Dah nak khatam. Terbaik buku ni. Melaluinya saya mula faham kenapa Tun Mahathir menjalankan Dasar Pandang Ke Timur dan Kempen Rakyat 70 juta (tahun 1982). Melalui buku ini faham kenapa faktor populasi dan kedudukan geografi memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan sesuatu kawasan itu menjadi maju, kaya dan canggih.
Cabaran kita di Malaysia ialah kita tidak cukup jumlah rakyatnya - melainkan kita dengan negara jiran sama-sama berpakat (unification) dan bersaing/bekerjasama atas matlamat yang satu.
Sebab itu dasar pendidikan AI yang sedang diimplementasi di China lebih detail dan dapat dilaksanakan dengan mudah berbanding di Malaysia yang sekadar asal ada.
China, selain sudah maju dan mempelopori teknologi sejak ribuan tahun dahulu (kertas, kompas, gunpowder etc); kedudukannya yang dikelilingi negara saingan seperti Russia, Jepun dan Korea Selatan (yang juga pemaju sains+teknologi) menyebabkan dasar pendidikan mereka lebih realistik. Umum tahu bahawa pendahulu bagi AI ialah US dan China. Ditulis, “The Plan proposes that by 2030, China's artificial intelligence theory, technology and application will reach a world leading level, and will become the major artificial intelligence innovation center in THE WORLD.” (THE WORLD saya capitalise)
Berbeza dengan US, China hampir homogenous dari segi bangsa (Han Chinese, 91% dari populasi 1.4 billion – Korea Selatan dan Jepun juga homogenous Korean 96% dari populasi 52 juta, Japanese 98% dari 125 juta penduduk); unification menjadikan pemudah kepada apa-apa dasar yang dibuat. Di US pula, walaupun mat saleh sendiri bukan penduduk asal tetapi mereka menggunakan dasar terbuka, kalau kau pandai dan genius, mudah untuk jadi rakyat. Dengan lain kata, US is a pool of advanced brains – walaupun penduduk tak ramai berbanding dengan China (populasi 331 juta).
Dasar menjadikan populasi Malaysia 70 juta itu sudah betul tetapi kita tidak lagi unified (dan agak sukar pun inter-Malaysian atau intra-Malaysia South East Asia). Negara sekeliling kita pun lebih kurang je (melainkan Singapura – special sikit, boleh sembang lain).
Oleh kerana Nusantara ini tidak unified, menyebabkan penduduk segregate dengan polisi yang pelbagai, hasrat kita menjadi peneraju sains dan teknologi jadi lambat. Melainkan, kita membuka dasar seperti US (lihat Dubai, Doha dan sekarang ini nak ikut sekali, Arab Saudi).
Ini takde kena mengena dengan bangsa dan keturunan (bukan racism). Ini adalah fakta yang terkumpul melalui sejarah. Maksudnya kalau negara China itu penduduknya Melayu dan jumlahnya 1 billion, masih menzahirkan perkara yang sama. China tetap maju.
Tun Mahathir is a genius in his own way (1982 kot) tak ramai yang faham tapi beliau dah nampak lama dah. Cuma tu lah, kena tweak banyak lagi tapi nak tweak ni la yang susah.
Terima kasih Jared. Buku anda membuka mata dan minda saya.