Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Ahad, 5 November 2023

Makan ubat itulah tanda kita tak sihat

 


Jangan terpedaya sihat sebab makan ubat. Makan ubat itulah tanda kita tak sihat.

Bila tak sihat, kenalah ubah gaya hidup i.e. jaga pemakanan dan aktif. Terpaksa buat walaupun tak suka.

Atas sebab tak nak mati sebelum umur 60-70 tahun.

Sabtu, 4 November 2023

Kelebihan buah nona (Annona squamosa)

 


Buah Nona lebih kurang RM5 sebiji (timbang berat) kat MBG. Lama tak makan.

Katanya elok untuk turunkan risiko darah tinggi, jantung dan kanser.

Annona squamosa is one of the most widely grown Annona species. The plant has also been shown to have various medical benefits, including antioxidant, anti-diabetic, anti-infective, and anti-dyslipidemic capabilities. LINK

Jumaat, 3 November 2023

Teori perlukan pembuktian

Disebabkan segala teori perlu dibuktikan maka itulah perlunya ada kerja makmal dalam kerja sains.

Banyak teori yang dapat dibuktikan dengan kerja makmal yang mudah, macam students ni buat three-hinged arch. Hampir semua universiti kejuruteraan ada apparatus ni.

Ada pula teori yang susah nak dibuktikan. Kadang-kadang nak buktikan kena ada makmal yang mahal sampai berbilion ringgit. Macam makmal CERN tu.

Tu yang kadang2 buat research ni jadi mahal. Nak kena ada apparatus dan makmal yang sesuai.

Bacaan di google, internet, FB, tiktok tu bukan research, itu adalah literature review. Tu pun nak letak sebagai literature review pun rasa segan ya amat untuk mereka yang mengetahui.

Bagaimana dengan pembuktian untuk agama pula? Secara ringkasnya kena ada dalil dari Al-Quran, sunnah, ijmak dan qiyas. Tak serupa macam pembuktian sains.

Khamis, 2 November 2023

Learn anything?


 

Learn anything?

Ini adalah satu soalan yang selalu diutarakan oleh Richard Feynman.

Tak kira samada sesuatu aktiviti itu seronok atau tak seronok. Jika kita dapat belajar sesuatu dari aktiviti itu, maka masa yang dilaburkan untuk aktiviti tersebut adalah tidak sia-sia.

Jika tak dapat belajar apa-apa, maka aktiviti itu perlu ditinggalkan.

Belajar = manfaat.