Kalau perasan, syarikat makanan yang besar-besar dah mula tawarkan makanan proses yang "lebih" sihat. Kat Malaysia ni lambat la sikit, tapi kat negara Barat dah hebat.
Sunshine ni jenama lama roti. Roti adalah makanan proses, bahkan ultra-proses [LINK]. Dah la gandum dalam roti biasa tu dah proses, kena proses lagi masa buat roti. Jadilah ianya ultra-proses iaitu bahan asalnya (gandum) sudah hilang sifatnya.
Wholemeal ni bermaksud,
Wholemeal bread is made from wholegrains that have been milled to a fine texture, giving a plain brown appearance. Wholemeal flour contains more fibre than white flour. Wholemeal bread also contains more vitamins and minerals than many white breads, but has a higher GI than wholegrain breads.
OK la, baik sikit dari roti biasa tu.
Yang kat gambar tu bukan gandum, tapi ada campuran oat. Harganya dalam RM5 kalau tak silap. Bahkan Sunshine juga ada beberapa roti buku wholemeal ni. Cuma susah nak jumpa kat kedai biasa. Boleh tengok kat website https://www.sunshine.com.sg/category/products/sunshine-bread/wholemeal-bread/ Kalau ada jumpa boleh cuba beli dan makan.
Sunshine Australian Oat Soft Grain Wholemeal Bread is freshly baked with 60% of wholemeal flour and premium Australian Rolled Oats which gives a delightfully soft and grainy chew. It is low in sugar and high in dietary fibre for a more balanced and healthier diet!
√ Premium Australian Rolled Oats
√ Low in Sugar
√ High in Dietary Fibre
Saya dah tak makan roti buku putih yang biasa tu. Mulut dan perut dah serasi roti wholemeal ni.
Plant-based ke? Ikut mata saya yang rabun ni, nampak macam plant-based semua kat ingredients. Mungkin saya terlepas pandang jika ada campuran dairy-products kat dalam tu. Jika tak pasti, kita tanyalah terus kepada customer service. Harap-harap dijawab segera.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan