Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Selasa, 19 Mac 2024

Buku The Rest Is Noise (Alex Ross)

 


Buku seterusnya, The Rest Is Noise. Finalis Pulitzer 2007.

Berkisar tentang sejarah komposer abad ke-20; Strauss, Shostakovich, Bernstein, Stravinsky, Elgar, Copland dll.

Sambil baca sambil refer muzik klasikal dan opera abad ke-20 (modernism, impressionism, serialism and minimalism). 

Buku yang mungkin mencabar. Saya harap dapat belajar sesuatu darinya.

Isnin, 18 Mac 2024

Buku Guns, Germs & Steel (Jared Diamond)



Dah nak khatam. Terbaik buku ni. Melaluinya saya mula faham kenapa Tun Mahathir menjalankan Dasar Pandang Ke Timur dan Kempen Rakyat 70 juta (tahun 1982). Melalui buku ini  faham kenapa faktor populasi dan kedudukan geografi memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan sesuatu kawasan itu menjadi maju, kaya dan canggih.

Cabaran kita di Malaysia ialah kita tidak cukup jumlah rakyatnya - melainkan kita dengan negara jiran sama-sama berpakat (unification) dan bersaing/bekerjasama atas matlamat yang satu.

Sebab itu dasar pendidikan AI yang sedang diimplementasi di China lebih detail dan dapat dilaksanakan dengan mudah berbanding di Malaysia yang sekadar asal ada.

China, selain sudah maju dan mempelopori teknologi sejak ribuan tahun dahulu (kertas, kompas, gunpowder etc); kedudukannya yang dikelilingi negara saingan seperti Russia, Jepun dan Korea Selatan (yang juga pemaju sains+teknologi) menyebabkan dasar pendidikan mereka lebih realistik. Umum tahu bahawa pendahulu bagi AI ialah US dan China. Ditulis, “The Plan proposes that by 2030, China's artificial intelligence theory, technology and application will reach a world leading level, and will become the major artificial intelligence innovation center in THE WORLD.” (THE WORLD saya capitalise)

Berbeza dengan US, China hampir homogenous dari segi bangsa (Han Chinese, 91% dari populasi 1.4 billion – Korea Selatan dan Jepun juga homogenous Korean 96% dari populasi 52 juta, Japanese 98% dari 125 juta penduduk); unification menjadikan pemudah kepada apa-apa dasar yang dibuat. Di US pula, walaupun mat saleh sendiri bukan penduduk asal tetapi mereka menggunakan dasar terbuka, kalau kau pandai dan genius, mudah untuk jadi rakyat. Dengan lain kata, US is a pool of advanced brains – walaupun penduduk tak ramai berbanding dengan China (populasi 331 juta).

Dasar menjadikan populasi Malaysia 70 juta itu sudah betul tetapi kita tidak lagi unified (dan agak sukar pun inter-Malaysian atau intra-Malaysia South East Asia). Negara sekeliling kita pun lebih kurang je (melainkan Singapura – special sikit, boleh sembang lain). 

Oleh kerana Nusantara ini tidak unified, menyebabkan penduduk segregate dengan polisi yang pelbagai, hasrat kita menjadi peneraju sains dan teknologi jadi lambat. Melainkan, kita membuka dasar seperti US (lihat Dubai, Doha dan sekarang ini nak ikut sekali, Arab Saudi).

Ini takde kena mengena dengan bangsa dan keturunan (bukan racism). Ini adalah fakta yang terkumpul melalui sejarah. Maksudnya kalau negara China itu penduduknya Melayu dan jumlahnya 1 billion, masih menzahirkan perkara yang sama. China tetap maju.

Tun Mahathir is a genius in his own way (1982 kot) tak ramai yang faham tapi beliau dah nampak lama dah. Cuma tu lah, kena tweak banyak lagi tapi nak tweak ni la yang susah.

Terima kasih Jared. Buku anda membuka mata dan minda saya.

Sabtu, 16 Mac 2024

Plant-based dishes




1. Nasi beras wholegrains (brown, red and black)

2. Karot mini Australia grilled (RM2 sebatang huhu)

3. Sayuran kuah asam pedas

4. Sayuran mentah

5. Tempe goreng 

6. Buah oren dan jambu batu

Ahad, 21 Januari 2024

Menulis, satu penilaian semula.

Saya suka membaca. Saya juga suka menulis.

Bukti saya suka membaca ialah pada umur sekolah rendah, saya adalah pembaca yang kelaparan, terutamanya novel penyiasatan remaja; Alfred Hitchcock (Tiga Penyiasat), Enid Blyton (Lima sekawan) dan penulis hantu yang menulis novel Hardy Boys dan Nancy Drew.

Saya senaraikan apa yang saya telah baca. Setahun mencecah seratus buku telah dibaca.

Apabila peperiksaan makin dekat, saya rajin membaca buku teks dan buka latihan sambil menyelesaikannya.

Di umur remaja, apabila saya bergiat dengan muzik underground metal, saya menjadi salah seorang editor fanzine bernama Krenmaut. Sempat mengeluarkan tiga cetakan. Selain saya yang merupakan editor paling muda; Krenmaut juga diedit bersama dengan arwah Faizal Berkey, Ajak (Ultra Hingax Production) dan Rezal Hafiz (band Vulga). Kami juga adalah penulis.

Krenmaut sempat bernafas untuk tiga isu sahaja. Namun saya meneruskan penulisan saya yang berbentuk fanzine dengan Metal Terus ketika belajar di peringkat MSc di UTM. Sempat keluar 5 isu cetakan fotostat. Ketika itu, saya sahaja yang menjadi editor. Saya fikir saya perlu mengembangkan Metal Terus dan dengan kolaborasi kawan-kawan di Johor Bahru, kami telah berjaya mengeluarkan Metal Terus edisi cetakan kilang. Berjaya dua isu.

Untuk menulis, perlu banyak membaca. Walaupun sebagai editor fanzine. Kami terpaksa menyediakan diri kami dengan maklumat yang berkaitan. Membaca dari majalah-majalah metal dan fanzine yang lain. Kami juga perlu bersedia untuk memberi jawapan apabila ditanya, terutamanya yang melibatkan hal berkaitan muzik underground metal.

Ketika sambung belajar di peringkat PhD, saya telah menyambung minat penulisan di blog. Saya menggunakan nama blog Krenmaut. Saya menulis seolah-olah kelaparan seperti saya lapar membaca di sekolah rendah dahulu. Sehinggalah dunia mula ditelan oleh facebook. Dan saya pula sudah sibuk dengan karier sebagai pensyarah. Kedua-dua faktor ini menyebabkan masa untuk menulis semakin ditekan.

Saya cuba juga menulis setakat mana yang mampu. Saya menulis untuk majalah Konsert, contohnya. Namun, makin lama saya tidak lagi menulis. Sehinggalah password blog Krenmaut pun tak ingat dan hilang terus. Blog Krenmaut telah mati. Nasib baiklah ianya masih boleh diakses https://krenmaut.blogspot.com/ 

Menulis memerlukan pembacaan dan pemikiran, selain dari minat dan kebolehan. Tanpa faktor-faktor ini bergabung pada masa tertentu, penulisan tidak dapat dilakukan melainkan dengan paksaan. Tetapi dengan paksaan, penulis akan lunyai keletihan. Natijahnya, rehat yang lama diperlukan sehinggalah timbul balik untuk menulias.

Namun disebabkan peralihan teknologi sekarang ini, sesiapa pun boleh menulis. Walaupun apa yang ditulis itu make no sense. Itulah netizen, kekuasaannya tiada sempadan. Dan kurang pemikiran.

Semalam saya mula membaca buku Kassim Ahmad bertajuk The Road Home. Sebuah memoir yang ditulis oleh Kassim Ahmad sendiri. Beliau adalah figura kontroversi disebabkan buku beliau Hadith, Satu Penilaian Semula yang dikatakan sebagai deklarasi anti-Hadith. 


Dalam beberapa mukasurat yang saya baca, Kassim mengaku akan kontroversi tersebut namun dia seolah-olah mengatakan buku dan maksud beliau disalah erti, dan dia akan menjelaskannya dalam beberapa mukasurat di belakang (saya belum sampai lagi ke mukasurat tersebut).

Namun dalam beberapa mukasurat awal, beliau telah menulis tentang Tuhan dan Ketuhanan. Beliau mengatakan ketuhanan terbahagi kepada dua; pengetahuan dan perbuatan Tuhan. Tuhan tahu dari azali lagi apa yang akan berlaku tetapi Tuhan tidak berkehendakkan ia berlaku melainkan ia berlaku atas undang-undang ketuhanan. Contohnya - Tuhan tidak berkehandakkan buku The Road Home ini ditulis tetapi Tuhan tahu ia akan ditulis. Penulisan buku The Road Home ialah kehendak Kassim Ahmad sendiri yang bebas. Inilah yang dikatakan sebagai free-will manusia.

Dengan segera saya tahu Kassim Ahmad salah. Kerana apa yang ditulis oleh beliau diambil dari pemikiran ahli kalam. Yang kemudiannya beliau menulis di beberapa mukasurat di hadapan bahawa beliau membaca buku Ibn Sina semasa di tahan di penjara Kamunting.

Saya dapat menangkap kesalahan ini kerana saya sempat membaca buku Tahafut Al Falasifah oleh Al-Ghazali yang membangkang ahli kalam zamannya. Antara penyataan ahli kalam yang salah berkenaan ketuhanan ialah apa yand ditulis oleh Kassim Ahmad tersebut.

Mungkin kalau Kassim Ahmad membaca penulisan Al Ghazali, penyataan beliau mengenai ketuhanan akan berlainan.

Atau mungkin juga beliau telah membaca  penulisan Al Ghazali tetapi merasakan Ibn Sina lebih tepat. Buku Tahafut Al Falasifah kemudiannya dikritik kembali Ibn Rusydi melalui buku Tahaful al Tahafut.

Mungkin Kassim Ahmad telah mengambil pendirian bahawa, Ibn Sina dan Ibn Rusydi lebih betul. Namun apa pun pegangan yang ditulis oleh beliau, beliau ambil setelah membuat pembacaan yang intensif, sesuai dengan sifat dia sebagai seorang penulis, pembaca dan pemikir.

Panjangnya penulisan ini, yang sebenarnya saya ingin menyatakan bahawa mula timbul di benak saya; setelah mula membaca kembali seperti orang lapar beberapa bulan ini - dan setelah bersembang dengan orang rumah saya - saya mahu kembali menulis. Dan saya akan menghabiskan masa lapang saya untuk menulis dengan intensif. Buka sekarang, tetapi apabila saya bersara umur 55 tahun yakni, 5 tahun dari sekarang.

Dan, buku Kassim Ahmad The Road Home ini, disebalik penyataannya yang berlawanan dengan apa yang saya faham dan anuti, telah menguatkan lagi hasrat saya untuk menulis. Beliau telah berjaya melengkapkan masalah kenapa saya perlu menulis kembali.

Kassim Ahmad menyatakan bahawa beliau adalah pembaca yang lapar pada tiga zaman - zaman sekolah, zaman menjadi pelajar Universiti Malaya dan zaman beliau ditahan di penjara Kamunting. Sikit sebanyak ada persamaan dengan saya. Namun itu sahajalah persamaannya. Kassim Ahmad disebalik kontroversi berkait dengan anti-hadith, beliau adalah pemikir, cikgu, intelek, aktivis dan negarawan yang tersohor yang mana sifat-sifat terlampau sikit pada diri saya, itupun jika ada.

Blog ini yang asalnya bernama metalsayur ditukar kepada nama saya yang sebenar - Ibrisam Akbar, sebagai motivasi untuk saya menulis dengan lebih konsisten dan dengan lebih isi self-reflection.

Kepada sesiapa yang berminat untuk berkawan dengan saya atas dasar membaca, bolehlah kita berkawan di Goodreads. Jadi kawan saya ya https://www.goodreads.com/user/show/173660340-ibrisam-akbar