Semasa jadi visiting researcher kat US 2013 dulu sempat la jadi mat stabak. Murah je kat sana secawan $1.50-$2 je. Outlet pun merata2 ada.
Sekali tu beli kopi decaf. Kawan orang US tengok, dia cebik bibir. Tak jantan la minum kopi decaf. Saya sengih kelat sebab kopi2 ni tak tau. Tau minum je.
Bila check decaf ni kafein dia dah dibuang lebih 90%. https://www.healthline.com/nutrition/decaf-coffee-good-or-bad
Apa benefitnya? Ya lah, ada orang sensitif dengan kafein ni tapi nak minum kopi, pilih yang decaf.
Bila check kat google samada ianya efek kat orang yang ada anxiety atau tidak, didapati kesannya tiada. Maksudnya, decaf better than kopi biasa untuk pengidap anxiety.
Salah seorang anak saya ada anxiety ni dan dia peminum kopi. Baru-baru ni doktor nasihatkan dia jangan minum kopi. Dia pulak mengadu, craving nak minum kopi. Rasa kesian.
Pertamanya, nak soal, betul ke kopi decaf ni boleh diminum oleh mereka yang ada anxiety ni? Sape ada pengalaman?
Yang keduanya, kalau betul takde efek pada mereka yang ada anxiety, maka ini adalah business opportunity untuk menu kopi decaf. Saya tau kat stabak ada dan kemungkinan besar chainstore kopi antarabangsa ni ada menu decaf.
Study: Over 1.6 Million M’sians Suffer From Anxiety, The Highest Rate in Southeast Asia https://worldofbuzz.com/study-over-1-6-million-msians-suffer-from-anxiety-the-highest-rate-in-southeast-asia/
Local players ada menu decaf tak? Saya check kat menu Zus Coffee macam takde kopi decaf.




































