Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Khamis, 19 Oktober 2023

Kelab GO-Veg di universiti


Inisiatif saya di universiti.

Buat kelab makan. Makan sayur lebih, selebih yang boleh.

Ni bukan kelab vegan ya.

So sesiapa yang makan ayam, ok. Makan daging, ok. Cuma lebihkan sayur ye. Step by step sampai ke tahap apabila diberi pilihan, mereka akan memilih plant-based berbanding animal products.

Kelab yoga dah ada, kelab Zumba dah ada, kelab rugby ada. Semua kelab aktiviti fizikal boleh kata ada semuanya.

Yang takde, kelab jaga pemakanan.

Tiada gunanya beraktiviti fizikal tetapi tak jaga pemakanan. 

Aktiviti GO-Veg pertama pada bulan hadapan ialah buka booth dan offer plant-based food by donation. Nak makan free pun boleh. Donation yang dapat 100% masuk tabung kelab untuk next event. Tiada 30% management fee haha...

Ahli kelab juga volunteer-based.

Sumber inspirasi ahli kelab ialah apabila orang jadi sihat atau dapat reverse penyakit kronik mereka asbab jaga pemakanan berasaskan plant-based.

Semua aktiviti terhenti jika kesihatan tak mengizinkan. Kesihatan terjejas sebab pemakanan tak dijaga. Fikir-fikirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan