Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Sabtu, 14 Oktober 2023

Katanya rumah di kampung lebih tenang.

Sebagai orang bandar, memang saya tak boleh hidup kat kampung banat. Tapi saya juga tak suka hiruk pikuk bandar.

Maka saya cari kampung pinggir bandar. Kampung pinggir bandar mungkin ambik masa sikit nak jadi bandar, kira-kira saya masuk kubur dulu baru la kawasan tu jadi bandar. OK la tu.

Alhamdulillah, bini telah jual tanah pusaka di kampung (sebab dia pun dah tak boleh hidup kat kampung) dan beli tanah di pinggir bandar poskod 42700.

Pantai Morib pun 5 minit je. Excellent.

Tugas saya pula untuk bina rumah di atas tanah tersebut. InsyaAllah in 2-3 years.


 Katanya rumah di kampung lebih tenang.

Alasan:

1. Mereka dah duduk bandar dan kerja sejak usia 20an. Dah biasa suasana hiruk pikuk di sini.

Tiba-tiba duduk kampung sunyi sepi. Kemudahan semua jauh. Anak2 jauh. Line internet slow.

2. Kelas agama kat bandar lagi banyak. Ramai ustaz2 duduk bandar. Masjid lebih aktif.

3. Bila dah duduk 10-20 tahun, kawan baik dah ramai. Jiran semua dah kenal. Kat kampung, mereka jadi orang asing walau dulu membesar di kampung tu.

4. Dulu mak ayah masih ada. Sekarang, takde siapa lagi kat kampung. Adik beradik majoriti duduk Lembah Klang. Saudara jauh je ada.

5. Ada yang nak cuba bertani dan ternak binatang. Tapi tak menjadi dan rugi. Sebab tak fit dan takde pengalaman.

Sebenarnya, bagi yang asal kampung dan duduk bandar majoriti ada cita-cita nak kembali ke kampung.

Namun, realitinya tak semua indah seperti diharapkan.

Begitulah.

Sumber: Twitter |  Faisal Rahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan