Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Selasa, 10 Oktober 2023

Dokumentari Live to 100: Secrets of the Blue Zones

 Dokumentari menarik di Netflix bertajuk Live to 100: Secrets of the Blue Zones. Baru je tengok Episod 1. Dokumentari mengenai populasi centenary (hidup umur 100 tahun). Populasi kajian - Okinawa, Jepun.

Faktor/budaya yang menyebabkan ramainya golongan centenary di situ adalah:

1. Diet makanan (lebih 90% sumber makanan adalah plant-based). 

2. Berhenti makan sebelum kenyang.

3. Keseimbangan badan (duduk atas lantai lebih dari atas kerusi). Aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bercucuk tanam (banyak bongkok, squating etc)

4. Aktiviti sosial - bersembang, main muzik, bersenam etc secara berkumpulan untuk elak rasa keseorangan. Ini contribute hingga 15 tahun umur!

5. Sense of purpose - walaupun umur dah 70, 80, 90, 100 semua ada "sense of purpose" yang merasakan aktiviti yang diorang buat tu beri manfaat kepada orang ramai, walaupun sekadar bercucuk tanam sayuran, volunteering dsbgnya.

https://www.youtube.com/watch?v=it-8MIm29bI

Point 4 dan 5 ni sangat membuka minda. Kebiasaannya kita bila lepas umur pencen, kita dah tak tau nak buat apa. Maka semangat untuk hidup pun takde dan ini contribute kepada mati awal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan