Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Rabu, 18 Oktober 2023

Bersara pada waktunya


Gambar sedang internal workshop.

Keje ofis punya level stress kepala otak memang tinggi. Tu yang ramai dapat sakit kronik jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Lagi tinggi jawatan, lagi besar tanggungjawab - lagi stress.

Lagi stress lagi senang mati sebab sakit kronik.

Jalan keluar ialah:

1. Ubah gaya hidup, pemakanan dan fizikal.

2. Bersara/pencen bila cukup masa. Jangan tambah2 lagi keje. Cukup2lah, keje kita tu ramai lagi yang boleh buat. Kita bukan penyelamat dunia bahkan kita yang kena diselamatkan dari Dunia yang penuh tipu daya ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan