Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Rabu, 29 Oktober 2025

Pembacaan buku The Prize karya Daniel Yergin

 


Pembacaan buku The Prize karya Daniel Yergin ini sudah bawa saya ke m/s 205 yang mana eksplorasi minyak yang bermula di US, kemudian Rusia dan Timur Jauh (Sumatera) sudah sampai ke Timur Tengah.

Perjanjian Garis Merah (Red Line Agreement) tahun 1928. Perkara pertama yang menarik perhatian ialah ketiadaan Isra di atas peta itu. Sebaliknya, kawasan tersebut masih dilabel sebagai “Paltine (British Mandate)” , wilayah di bawah pentadbiran British selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyyah.

Peta ini bukan dilukis untuk bangsa atau negara, tapi untuk minyak. Garis merah itu merangkumi hampir semua kawasan pengeluar minyak utama di Timur Tengah  kecuali Parsi (Iran) dan Kuwait. Syarikat-syarikat minyak Barat bersetuju untuk tidak beroperasi dalam kawasan itu melainkan secara bersama, di bawah Turkish Petroleum Company. Atas kertas nampak seperti kerjasama, tapi hakikatnya penuh dengan perebutan dan tipu helah.

Inilah wajah geopolitik kolonial. Garisan yang dilukis di London dan Paris menentukan nasib negara padang pasir dan suku-suku Arab beribu batu jauhnya. Garis Merah itu kononnya untuk membawa kepada kestabilan, tetapi sebenarnya adalah benih kepada konflik dan perebutan kuasa yang tak selesai sampai ke sudah.

Mereka lukis garisan atas peta je dah boleh ubah dunia. Apa garisan baru yang sedang dilukis hari ini tanpa kita sedar?