Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Isnin, 12 Januari 2026

CIA ni selalunya ada bergerak

CIA ni selalunya ada bergerak di setiap negara dunia yang Amerika ni ada hati/kepentingan, walaupun nampak macam konflik dalaman negara tersebut.

Read the literature for proof.

Selasa, 6 Januari 2026

AI dan muzik

 

Main muzik dan instrument melibatkan pelbagai jenis skill kemanusiaan (soft skill dan hard engineering). Soft skill termasuk komunikasi sesama pemuzik,  emosi, empati etc (boleh faham kalau anda pernah terlibat dengan buat lagu dalam band). Juga melibatkan kesihatan otak dan mental kerana proses pembikinan lagu memerlukan koordinasi  anggota badan memainkan instrumen bersama idea, musical notes di dalam kepala.

Hard engineering termasuk pembikinan, maintenance instrumen yang memerlukan pengetahuan fizik dan matematik dari planning sampailah siap sebiji instrumen.

Anak-anak tak perlu lagi belajar main gitar, main drum, main biola, piano, saksofon, piano etc sebab parents nampak tak perlu lagi sebab what's the point? Semua AI boleh buat, bahkan lagi sedap dari ciptaan manusia.

Furthermore, lagu2 AI nanti nak dipersembahkan di pentas dengan robot/android/hologram? 

Itu sebenarnya kerisauan yang mendasar.

Khamis, 1 Januari 2026

AI dalam muzik?

 AI dalam muzik?

Saya tiada kuasa ke atasnya. Yang pasti ia akan menjadi sebahagian dari kehidupan dunia moden.

Oleh kerana saya suka bermain gitar bersama band, kenapa perlu saya tinggalkan ia dan beralih kepada AI?

Tidak akan sama zahir dan batin muzik yang dimainkan oleh manusia dengan instrumen dan nyawa jika mahu dibandingkan dengan muzik AI dan promptnya.

Debatlah atau justify semahunya muzik AI, tidak akan sama jua akhirnya.