Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Ahad, 31 Mei 2026

Majlis pelancaran album HERRIOT Celestial Chaos

 


Semalam saya sempat bersama majlis pradengar mini album Celestial Chaos dan album Black Day Massacre Herriot Band (Official). CC sudah rilis melalui Goatlordth Records sedangkan BDM diperam dahulu. Semuanya diperdengarkan semalam.

Ulasan penuh keduanya akan dibuat kemudian. Saya sekadar mahu mengulas majlis semalam. Cukuplah sekadar saya nyatakan bahawa untuk Engkar, saya meletakkan album SIL KHANNAZ The Madness of Fear sebagai batu aras, terapi untuk rilisan Langsuir seterusnya, BDM pula akan menjadi batu aras. Ya, sebaik itu produksinya dan jika tidak diusahakan  band lain di Malaysia, ia akan kekal di atas untuk beberapa lama.

Majlis berjalan dengan baik sekali hasil dari kerja keras Goatlordth Records dan juga PR suami isteri Amin Muhammad dan Hidayah Nor. Untuk pengetahuan semua, Langsuir tidak pernah skip majlis pradengar album semenjak rilisnya Dirgha Belasungkawa (2019). Saya berpendapat, majlis pradengar ini hendaklah menjadi amalan biasa band kita. Banyak manfaatnya.

Herriot menjemput juga bekas-bekas ahli band untuk sama-sama menjayakan majlis. Setiap mereka berpeluang untuk menjawab soalan yang ditujukan dan juga memberi refleksi terhadap penglibatan mereka bersama Herriot.

Herriot menegaskan komitmen untuk terus berpegang dengan prinsip "Gotheborg", untuk mendapatkan jiwa dan raga jatidiri melodik death metalnya tanpa rasa segan apatah lagi rasa bersalah. Oleh sebab itu, diusahakan CC dan BDM dirakam (kecuali vokal) dirakam di Fredman Studio dibawah pengawasan teliti Fredrik Nordström. 

Dinyatakan bahawa langkah ini dibuat bukan kerana tidak mempercayai skill lokal yang ada tetapi talent yang ada tiada pengalaman menyelenggara produksi album dari band Gotheborg sendiri seperti In Flames, Dark Tranquillity dan lain-lain. Mereka berharap dengan pengalaman bersama dengan Fredrik nanti boleh digunakan untuk rakaman di Malaysia.

Saya bersetuju. Ada bezanya dan saya merasa sebab album Dirgha Belasungkawa dirakam di Bandung, Indonesia.

Dari segi peralatan, memang tidak banyak beza. Semua boleh dibeli kalau ada duitnya. Yang tidak boleh dibeli ialah kepakaran individu yang menyelenggara. Oleh itu, saya juga menggalakkan band kita untuk merakamkan album kalian di luar Malaysia. Pengalaman itu tidak dapat diucapkan dengan tulisan mahupun bicara bahkan perlu dirasa sendiri.

Andai Fredrik, berkeinginan berbuat sesuatu di Malaysia; dengan ini saya menawarkan Studio Harimau Jadian untuk digunakan oleh beliau secara percuma tanpa had masa.

Shahamzeer Jotunblood (Chen) juga meluahkan perasaan terima kasih kepada Langsuir atas sokongan dan inspirasi dan saya membalas yang sama. Founder ke founder, kami melihat kejayaan masing-masing sebagai persaingan yang sihat positif dan bukan menjadi alasan untuk bercakaran. Jika ini dilihat sebagai bodek membodek sesama sendiri, ada sesuatu yang tidak kena dengan worldview anda kerana persaingan tidak selalunya dan semestinya bersifat negatif.

Saya dapat merasakan keperitan bersama Chen dalam meneruskan band seumpama Herriot yang penuh dengan pancaroba dan pengorbanan. Pancaroba bersama menguruskan ahli band yang keluar masuk dan juga pengorbanan harta benda dan masa. Keperitan ini tidak dapat dirasakan bersama melainkan anda juga seorang founder kepada band yang mahu diteruskan juga by hook or by crook.

Akhir kalam, tahniah kepada Herriot dan mereka yang terlibat dalam majlis pradengar CC dan BDM. Saya berasa terhormat kerana dijemput bersama untuk meraikan kegembiraan bersama. Dan semoga majlis pradengar ini berterusan menjadi amalan band di Malaysia, tak kira baru atau lama.

Ulasan berkenaan rilisan akan menyusul kemudian.

Sabtu, 30 Mei 2026

PBAKL hari pertama

 





PBAKL hari pertama. Belanja anak-anak dahulu. Hari saya, kemudian 😉 

Dua buku pilihan anak lelaki madrasah. Sebab bahasa pengantar madrasahnya English dan Arabic, maka buku-buku pilihannya berbahasa English.

*Dia minat psikologi dan seni bahasa. 

The 43rd Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 was held from May 29 to June 7, 2026, at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

Jumaat, 29 Mei 2026

Dostoevsky (1821-1881) VS Nietzsche (1844-1900)


Dalam satu podcast tentang buku kegemaran beliau, SH Hamza Yusuf memilih Fyodor Dostoevsky (1821-1881) dan Friedrich Nietzsche (1844-1900) sebagai penulis yang paling faham tentang psikologi manusia dengan sangat mendalam. Cuma, arah mereka bertentangan.

Dostoevsky melihat bahawa apabila manusia menjauhkan diri daripada Tuhan, mereka berdepan risiko kehilangan arah moral dan makna kehidupan. Dalam karya-karyanya, penderitaan sering menjadi jalan kepada kesedaran, kerendahan hati dan pencarian kebenaran.

Nietzsche pula melihat bahawa manusia perlu membebaskan diri daripada nilai-nilai lama (ketuhanan) yang dianggap mengongkong potensi insan. Beliau menekankan idea pembentukan makna melalui kekuatan diri, kehendak, dan proses mengatasi kelemahan sendiri.

Dua kutub ini adalah realiti pegangan manusia masa kini.

Mungkin sebab itu Dostoevsky dan Nietzsche masih relevan sehingga sekarang walaupun lebih seabad zaman mereka telah berlalu.

*Buku masih berbalut menunggu giliran untuk dibaca. Bila? Entahlah...

Khamis, 28 Mei 2026

Simpanan untuk lembu korban terbaik

 



Inisiatif baik dari Masjid Labu Lanjut. Memberi peluang kepada ahli kariah untuk turut serta dengan menyimpan dari awal untuk korban tahun hadapan.

Walaupun tidak wajib namun tak rugi jika dibuat untuk bekalan akhirat. 

Diharap surau dan masjid lain boleh contohi untuk ahli kariah masing-masing.

Korban adalah satu amalan besar dalam agama.

Yang belum pernah buat korban, bila lagi nak buat?

Sengaja diletak buku-buku ini di kepala katil

 


Sengaja diletak buku-buku ini di kepala katil untuk mengingatkan saya bahawa banyak lagi buku yang belum dibaca, kenapa kau masih beli buku tak berhenti-henti? Jangan berhenti!

Kepala katil kau orang ada apa pula?

Rabu, 27 Mei 2026

Tuan ni artis ke?

 Tuan ni artis ke?

Soalan dari ahli kariah kepada saya ketika berjuadah kari kambing di surau lepas Zuhur tadi.

Mata saya terkebil-kebil sambil senyum kambing...

Selamat Hari Raya Aidiladha!


Namanya Ihsan

 Namanya Ihsan (saya beri nama).






Selasa, 26 Mei 2026

Without knowledge

 


"Without knowledge, we are at the mercy of luck and uninformed preference. We are "unanchored" and so can only act based on habit, tradition, personal preference and impulse."

*Unanchored knowledge is a term coined by Plato.

This paragraph is very strong. From the Islamic perspective, knowledge (‘ilm) is not merely intellectual achievement, but an anchor for the soul and moral compass for life. Without knowledge, human beings become easily driven by hawa nafsu, emotion, habit, blind tradition and personal preference. Islam repeatedly warns against acting based on assumption and desire without guidance.

This is why the first revelation was “Iqra’” (Read). Knowledge anchors a person to truth, adab and accountability before Allah. A knowledgeable person may still struggle, but at least he struggles with awareness. Without knowledge, we drift through life reacting to impulses while believing we are guided.

In Islam, ignorance is dangerous not simply because we “do not know,” but because it can make us confidently follow falsehood while thinking it is the truth.

This connects well with the other book I am reading, Kitab Ilmu by Al Ghazali.

Isnin, 25 Mei 2026

Aerial bombing is a strategic terror!

 


Aerial bombing is a strategic terror!

Siapa sangka aerial bombing yang selalu dibungkus sebagai “strategi ketenteraan” sebenarnya menepati banyak definisi asas terorisme:

1. Penggunaan atau ancaman keganasan

2. Mewujudkan ketakutan atau intimidasi

3. Bermotif politik, ideologi, agama atau strategi

4. Menyasarkan orang awam/bukan kombatan atau mempengaruhi kerajaan dan masyarakat awam

Kalau dah teroris kenapa masih berulang? Kena jawab dahulu siapa yang pegang kuasa, siapa yang kawal naratif, dan siapa yang punyai teknologi.

Ahad, 24 Mei 2026

Hack otak sendiri paling asas - membaca buku

 


Satu hack otak sendiri paling asas yang perlu masuk dalam list ini ialah membaca buku.

Tetapi membaca buku bukan macam tekan suis lalu terus keluar dopamine, serotonin, oxytocin dan melatonin secara automatik. Yang lebih tepat ialah membaca buku boleh mencetuskan keadaan mental dan fisiologi tertentu yang berkait dengan sistem hormon/neurotransmitter ini.

Dopamine: Bila membaca buku yang menarik, otak sentiasa menunggu “ganjaran” seperti plot twist, kefahaman baru atau rasa puas habis satu bab. Sebab itu kadang-kadang kita rasa susah nak berhenti membaca.

Serotonin: Membaca dalam suasana tenang membantu mengurangkan stres dan memperlahankan “kebisingan” mental. Sebab itu ramai rasa lebih relaks dan stabil emosi selepas membaca.

Oxytocin: Membaca novel, memoir atau kisah manusia membantu kita memahami emosi dan perspektif orang lain. Sebab itu pembaca tegar biasanya lebih mudah berempati.

Melatonin: Membaca buku fizikal sebelum tidur membantu otak masuk ke mod rehat tanpa gangguan cahaya skrin. Itu sebab membaca selalu dikaitkan dengan tidur yang lebih berkualiti.

Membaca buku melibatkan fokus, imaginasi, memori, kefahaman, emosi dan disiplin kognitif. Dalam lain kata, otak bukan duduk pasif bila membaca. Otak bekerja. Otak menyusun makna. Otak membina hubungan antara idea, pengalaman dan perasaan.

Kepuasan memahami sesuatu perkara baru atau perkara yang lama dah kita nak mencari jawapan melalui pembacaan membuatkan kita puas! Itu ada unsur ganjaran mental. Baca novel pula boleh melatih empati sebab kita masuk ke dalam dunia, konflik dan jiwa orang lain. Baca buku sebelum tidur pun jauh lebih baik daripada melayan skrin sampai mata pedih dan kepala serabut.

Membaca adalah satu latihan mental. Ia membina daya fikir, menenangkan fikiran dan dalam banyak keadaan, membantu kita memahami diri sendiri dengan lebih menyeluruh, transparen dan lebih jujur.

Tak kisahlah buku agama, sejarah, falsafah, muzik, novel seram, biografi, atau zine underground sekalipun. Kalau ia membuatkan kita berfikir, merasa dan memahami hidup dengan lebih baik, itu pun “hack” otak juga.

Iqra" (اقْرَأ) Bacalah... (terjemah ayat pertama Al-Quran yang turun kepada manusia).

Jumaat, 22 Mei 2026

Might is right

Might is right

“Pandangan yang dianggap ‘betul’ sebenarnya ialah pandangan golongan yang sedang memegang kuasa. Menurut golongan moral realis ini, masyarakat biasa akhirnya akur dan patuh kerana mereka tiada pilihan lain. Sama ada seseorang itu percaya undang-undang itu benar atau tidak, kebanyakan orang tetap menurut kerana mereka tidak mempunyai kuasa — dan kadangkala keberanian — untuk melawan.”

Perasan tak?

Khamis, 21 Mei 2026

Simbol Sonnenrad dalam muzik Black Metal

 

Simbol Sonnenrad, atau lebih dikenali sebagai “Black Sun”, ialah satu lambang berbentuk roda matahari dengan susunan geometri berulang yang menyerupai rune atau pancaran matahari. Dari sudut visual, ia kelihatan seperti bulatan yang mempunyai jejari bersudut dan tersusun secara simetri. Simbol ini sering dikaitkan dengan unsur okultisme, mistik Eropah, pagan moden, dan tafsiran pseudo-sejarah terhadap dunia pra-Kristian. Namun, makna simbol ini tidak boleh dipisahkan daripada sejarah gelapnya. Sonnenrad menjadi terkenal kerana hubungannya dengan Wewelsburg Castle di Jerman, sebuah lokasi yang dikaitkan dengan SS Nazi. Oleh sebab itu, walaupun ada pihak yang melihatnya sebagai simbol esoterik atau mistik, dalam konteks moden ia lebih kerap dibaca sebagai lambang yang mempunyai beban ideologi sayap kanan ekstrem, neo-Nazi, dan supremasi kulit putih.


Kes San Diego memperlihatkan bagaimana simbol ini berfungsi dalam dunia sebenar, bukan sekadar sebagai hiasan visual. Dalam laporan tentang penyerang remaja yang dikaitkan dengan serangan terhadap masjid di San Diego, simbol Sonnenrad dilihat dipakai sebagai patch bersama simbol dan tulisan lain yang berunsur Nazi. Ini penting kerana simbol tersebut tidak muncul secara neutral. Ia hadir dalam satu rangkaian makna yang lebih luas, termasuk radikalisasi dalam talian, pemujaan terhadap pelaku keganasan terdahulu, budaya ekstremis internet, serta penggunaan ikonografi Nazi sebagai tanda pengenalan ideologi. Dalam keadaan begini, Sonnenrad bukan lagi sekadar lambang misteri atau “gelap”, tetapi menjadi kod visual yang menghubungkan individu tersebut dengan imaginasi politik ganas, kebencian ras, dan fantasi kehancuran sosial yang sering dikaitkan dengan fahaman accelerationism.


Hubungan simbol ini dengan black metal pula lebih rumit. Sejak kemunculan gelombang black metal Scandinavia pada awal 1990-an, genre ini banyak menggunakan simbol yang berkait dengan kegelapan, paganisme, anti-Kristian, ritualisme dan penolakan terhadap nilai arus perdana. Dalam konteks itu, simbol seperti Sonnenrad mudah masuk ke dalam bahasa visual black metal kerana ia kelihatan kuno, misteri, keras, dan transgresif. Bagi sesetengah band atau pendengar, penggunaan simbol sebegini mungkin lebih bersifat estetika, iaitu untuk membina suasana mistik, ekstrem atau “forbidden/taboo”. Namun kemunculan NSBM, iaitu National Socialist Black Metal, telah menjadikan hubungan ini lebih bermasalah. Melalui NSBM dan subkultur ekstremis internet, simbol seperti Sonnenrad, rune SS, Totenkopf, dan ikonografi pagan tertentu mula digunakan secara jelas sebagai lambang politik neo-Nazi dan supremasi kulit putih.

Di sinilah black metal berdepan dilema besar. Tidak semua penggunaan simbol pagan atau esoterik dalam black metal bersifat politik tetapi dunia luar tidak lagi membaca simbol ini secara lewa. Apabila Sonnenrad telah muncul dalam konteks keganasan sebenar seperti San Diego, Christchurch dan jaringan ekstremis dalam talian, maka maknanya telah berubah. Ia bukan lagi jadi simbol “gelap” yang boleh digunakan tanpa kesedaran sejarah. Dalam era digital, simbol bergerak pantas daripada album cover, patch jaket, forum internet, ruang sembang ekstremis, sehinggalah ke tubuh pelaku keganasan. Maka, bagi scene black metal hari ini, persoalannya bukan semata-mata “apa niat kita menggunakan simbol ini?”, tetapi juga “bagaimana simbol ini dibaca dan apakah akibatnya apabila ia terus digunakan?”

Dapat disimpulkan disini, Sonnenrad ialah contoh jelas bagaimana satu simbol boleh bergerak daripada ruang mitos dan okultisme kepada ruang muzik underground, kemudian dirampas oleh politik ekstremis sehingga menjadi lambang keganasan moden. Black metal boleh terus mempertahankan kebebasan estetika, kegelapan, dan provokasi sebagai sebahagian daripada identitinya, tetapi kebebasan itu tidak boleh dipisahkan daripada kesedaran sejarah. Dalam dunia hari ini, simbol bukan benda mati dan statik. Ia membawa memori, ideologi, dan akibat. Maka menggunakan Sonnenrad tanpa memahami beban politiknya bukan lagi sekadar pilihan visual yang edgy, tetapi satu tindakan yang boleh dibaca sebagai normalisasi terhadap simbol ekstremisme.

...And Fipper for all

 



...And Fipper for all. Support local products.

Saya telah menggunakan selipar Fipper ni berulang-ulang kali. Ini baru seminggu pakai harga RM12 (lepas voucher) di kedai rasmi Fipper di Shopee.

Yang digantikan Fipper juga. Mungkin dah 2 tahun pakai. Tapak masih ada baki bunga namun bila tempat berair ada sedikit licin. Masih dalam keadaan boleh pakai sebenarnya.

Nak kata memang selipar Fipper ni tahan masa dan lasak.

Mungkin ada yang nak tanya, laaa takde warna lain ke? Warna pink yang dipilih. Sama je dengan bini dan anak-anak. Pakat gelak ramai-ramai.

Sebab pertama, saiz 12 takde dan saiz 11 tak banyak yang ada. Yang ada saiz 11 ni warna dan fesyen tinggal 3-4 jenis.

Sebab kedua, saya memang nak pilih warna yang terang benderang supaya mudah nak cari bila solat Jumaat.

*Awas produk palsu, cetak rompak dengan harga yang lebih murah. Ada yang ubah sikit logo jadi FLIPPER. Nampak? 

** Fipper berkualiti sebab pakai getah asli. Sebab itu lasak dan padu. 

Pendaratan dua buku

Pendaratan dua buku. Tak tau apa nak jadi nanti. Dibaca atau tidak. Semoga dipermudahkan.




Rabu, 20 Mei 2026

Fahami perkataan "radicalized"


https://en.wikipedia.org/wiki/2026_Islamic_Center_of_San_Diego_shooting

Fahami perkataan "radicalized".

Ia adalah proses yang panjang dan bertubi-tubi.

- kemarahan yang disuburkan

- rasa terpinggir

- naratif “kita lawan mereka”

- rasa dunia tidak memahami 

- dendam berpanjangan

- tekanan mental yang dipendam terlalu lama

Proses ini ada dua penyudah ekstrimnya 1. Jadi teroris 2. Jadi gila.

Untuk memahami radicalized ini, saya cadangkan buku Good Muslim, Bad Muslim (Mahmood Mamdani). Setelah faham maksud radicalized dan prosesnya, kita tengok pula SIAPA yang bertanggungjawab dalam proses itu. Kita selalunya kurang berminat nak tahu SIAPA.


Sebab-sebab yang parents hantar anak belajar kat tahfiz

Malam tadi nyembang dengan bini pasal kemelut UEC vs Tahfiz. Bini kata dia baca orang pos kat socmed sorang tu hantar anak dia ke tahfiz kerana dia yakin bila anak dia dah hafiz secara tak langsung anak dia tu akan bina cara belajar yang betul dan memudahkan anak dia score SPM.

Saya katakan, parents hantar anak ke tahfiz untuk hafal al-Quran dengan pelbagai sebab:

1. Motivasi Akademik & Kognitif

Sebahagian ibu bapa melihat tahfiz sebagai tempat membina kekuatan mental dan disiplin belajar. Hafazan dianggap mampu melatih fokus, daya ingatan, kesabaran dan rutin belajar yang konsisten. Ada yang percaya anak yang mampu menghafal al-Quran akan lebih mudah menguasai pelajaran akademik kemudian hari, termasuk untuk menghadapi SPM dan pengajian tinggi.

2. Motivasi Pembentukan Akhlak & Disiplin

Ramai ibu bapa menghantar anak ke tahfiz kerana mahu perubahan sikap dan pembentukan adab. Persekitaran yang lebih terkawal, berjadual dan berorientasikan agama dilihat mampu membantu anak yang agak lasak, kurang disiplin atau terdedah kepada pengaruh sosial negatif. Dalam konteks ini, tahfiz bukan sekadar tempat belajar agama tetapi juga institusi pembentukan karakter.

3. Motivasi Keagamaan & Spiritual

Bagi sesetengah keluarga, tujuan utama ialah membina hubungan anak dengan agama dan al-Quran. Menjadi hafiz dilihat sebagai satu pencapaian rohani yang tinggi, bukan sahaja untuk anak tetapi juga untuk keluarga. Ada ibu bapa yang berharap anak akan membesar sebagai individu yang kuat pegangan agama, mampu memimpin masyarakat, dan membawa keberkatan serta nilai akhirat kepada keluarga.

4. Motivasi Sosial & Budaya

Dalam sesetengah komuniti Melayu Muslim, menghantar anak ke tahfiz juga berkait dengan identiti sosial dan budaya. Ia boleh menjadi simbol keluarga yang menitikberatkan agama serta satu bentuk kebanggaan sosial. Kadangkala keputusan tersebut turut dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling, tradisi keluarga atau norma komuniti yang melihat pendidikan tahfiz sebagai sesuatu yang mulia dan dihormati.

5. Motivasi Alternatif Pendidikan

Sebahagian ibu bapa merasakan anak mereka kurang sesuai dengan sistem pendidikan arus perdana yang terlalu berorientasikan peperiksaan dan persaingan akademik. Tahfiz menjadi laluan alternatif untuk anak yang lebih cenderung kepada pembelajaran berbentuk hafalan, spiritual dan kehidupan berdisiplin. Dalam keadaan tertentu, ia juga menjadi pilihan apabila ibu bapa melihat anak tidak menyerlah dalam sistem sekolah biasa tetapi masih mempunyai potensi untuk berkembang dalam suasana pendidikan yang berbeza.

6. Motivasi Asas Untuk Pengajian Islam Lanjutan

Bagi sebahagian keluarga, tahfiz dilihat sebagai langkah awal untuk membina laluan pendidikan Islam yang lebih mendalam. Hafazan al-Quran dianggap asas penting sebelum anak melanjutkan pengajian dalam bidang seperti bahasa Arab, tafsir, hadith, fiqh dan usuluddin sama ada di dalam atau luar negara. Dalam konteks ini, tahfiz bukan destinasi akhir tetapi permulaan kepada pembentukan ilmuwan agama atau individu yang mempunyai kefahaman Islam yang lebih mendalam dan tersusun.

Pilih je la apa sebab pun. OK je. Yang tak ok mengutuk parents yang hantar tu atas alasan yang tak munasabah. Contohnya, nak cuci dosa parents 😉  Kau tak nak ada orang tolong kau ke kat akhirat nanti? Konfiden?

Buddha bukanlah Tuhan

 


Penat tadi dengar podcast Filosofi 101 melawan Ateism dalam topik infiniti menggunakan hujah Ibn Sina, Al Ghazali, Ibn Rusyd dan Ibn Taimiyyah. Kita tambahkan penat dan pening sambung baca buku teks falsafah Intro to Philosophy dah masuk bab 3 dari 18; The Sophist.

Bab 2 tadi mengenai Filosofi Asia - Lao-tzu, Confucius dan Buddha. Menariknya mereka bertiga ini dalam doktrinnya, bukanlah berbentuk ketuhanan bahkan cuba menjauhinya seperti contoh;

If we are not yet able to serve man, how can we  serve spiritual beings? If we do not yet know about life, how can we know about death? (Confucius).

Buddha sendiri bukanlah Tuhan tetapi seorang yang telah mencapai tahap tertinggi iaitu nirvana - annihilation of ego, state of emptiness or "no-thing-ness". It is a state of bliss because there is only "pure consciousness" with no sense of individuality, separateness, discrimination or intellectualizing.

Dikatakan Buddha ada dua pilihan. Kekal dalam keadaan nirvana atau meninggalkannya untuk membantu manusia lain mencapai tahap nirvana. Buddha memilih yang kedua.

Sophist ni apa pula? Chatgpt ada jawapannya tetapi ia tidak boleh ganti dapatan dan stimuli dari pembacaan buku 

Selasa, 19 Mei 2026

Islam & Buddhism

Saya sedang membaca buku teks Archetypes of Wisdom: An Introduction to Philosophy (Douglas J. Soccio). Selepas bab pendahuluan, bab kedua adalah berkenaan Eastern Philosophy - Lao-Tze, Confucius dan Buddhism.

Sh Hamza Yusuf pernah mengatakan Siddarta Gautama Buddha itu kemungkinan seorang Nabi. Kata beliau, ramai juga cendiakawan Islam yang berkata begitu.

Kebetulan ada sebuah buku karangan Imran Hosein ini yang juga berkait dengan Buddhism. Saya baca intronya untuk cetakan kedua ini (1998) - buku ini ditulis pada tahun 1971 dan dicetak tahun 1972 ketika beliau berumur 29 tahun hasil dari gesaan Prof beliau. Foreword asal buku ditulis oleh Prof beliau yang memuji kecerdikan intelek Sh Imran Hosein dan atas sebab itu beliau mengarahkan Sh Imran menulisnya.

Ini adalah buku Sh Imran Hosein yang pertama.

Kenal Sh Imran Hosein ni? Dia kontroversi sebab dua perkara 1.  Anti-vaksin covid19 dan 2. Meng-riba-kan majoriti perbankan Islam

Isnin, 18 Mei 2026

Belajar agama kekal dengan ilmu agama

Beginilah yang saya maksudkan tadi dengan anak yang belajar agama kekal dengan ilmu agama.

Susahnya ialah belanja sendiri dan ambil masa yang lama. Sabar kena tinggi.

Ada orang tuduh, kau nak tebus dosa kau tu pasal hantar anak kau belajar agama sedangkan agama kau tunggang-langgang.

Bukan begitu. Maksud kita hantar anak-anak kita belajar ialah supaya

1. Dia dapat jadi lebih baik dari kita sebab kita dah tau apa nak jadi dari pengalaman hidup.

2. Dia selamat dunia dan akhirat.

3. Bila berhadapan dengan Allah swt, kita boleh buktikan kita telah tunaikan tanggunjawab sebagai ibubapa.

Kalau kau hantar anak untuk jadi lawyer ke, saintis ke, banker ke, economist ke, cikgu ke, pemuzik ke, ustaz ke, maulana ke - sama je objektif 1-3 tu. 

Ke lain?

"Shaykh Yahya Rhodus, salah seorang permata Tarim di Amerika.

Yahya Rhodus atau namanya sebelum Islam, John Franklin Rhodus Jr dilahirkan di Kansas City, Missouri Amerika pada 1975.

Sejak kecil, Beliau telah menunjukkan minat yang besar terhadap agama dan spiritualisme. Ketertarikan itu mendorongnya untuk mempelajari tradisi dan filsafat banyak agama, termasuk Islam. Pada usia 19 tahun, Beliau memutuskan untuk memeluk Islam ketika berada di Santa Clara, California dan mula mempelajari Islam daripada Shaykh Hamza Yusuf yang merupakan seorang Ulama sunni terkenal Amerika.

1998, Beliau meneruskan kembara ilmunya ke Mauritania menuntut ilmu dari beberapa ulama besar Mauritania termasuk Murabit al-Hajj Ould Fahfu, seorang Ulama yang terkenal dengan keteguhan sanad, keluasan ilmu dan zuhud. Beliau kemudian melanjutkan pendidikan formal di Syria untuk menguasai bahasa arab dan Al-Quran. Setelah itu Beliau meneruskan kembara ilmunya ke bumi Tarim Hadramaut Yaman pada tahun 2000. Menjadi murid di Darul Mustafa dibawah bimbingan Al-Allamah Ad-Daie Sayyidil Al Habib Umar bin Hafidz, Sayyidil Al Habib Ali Al Jufri dan para Habaib yang lainnya.

Akhir 2005 Beliau sempat kembali ke Amerika dan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Institute Zaytuna yang diasaskan oleh Shaykh Hamza Yusuf sebelum kembali semula ke Tarim. Selepas menamatkan pengajiannya di Darul Mustafa, Beliau kembali ke Amerika dan belajar di beberapa institusi akademik dengan kemuncaknya Beliau memperolehi gelar PHD dalam Teologi dan Pengajian Agama dari Universiti Cambridge, England.

Beliau kini salah seorang cendekiawan Islam yang disegani di dunia barat khususnya Amerika dan aktif berdakwah. Beliau juga mendirikan Al-Maqasid, sebuah madrasah dan pusat pengajian Islam di Macungie, Pennsylvania, Amerika.

(Hidayah milik Allah) 

Kekal hafal al-Quran

Tak senang tetapi tak mustahil.

Hajat saya supaya anak-anak aliran agama, kekal dengan aliran agama. 

Kalau aliran perdana, jangan lupa kewajiban agama.

Agama nak tak nak, adalah wajib.

Ahad, 17 Mei 2026

Buku teks adalah untuk orang yang lembab dan malas



Buku teks adalah untuk orang yang lembab dan malas.

Penyataan ini saya olah dari kuliah Sh Hamza Yusuf.

Sebabnya dalam buku teks dikumpulkan dan dipermudahkan keseluruhan idea untuk sesuatu subjek. Yang mana, untuk dibaca satu persatu idea tersebut adalah terlampau mencabar dan sukar.

Maka datang seseorang yang telah diyakini ilmunya untuk mengumpul dan meringkaskan semua itu untuk ditulis dalam bentuk buku teks.

Bagaimana pula jika yang tak baca pun buku teks, apatah lagi apa-apa buku pun? Itulah keadaannya di media sosial.

Elakkan pengkelasan diri ke dalam kelompok buta & tuli dengan pembacaan dan berfikir.

*Sedang baca buku teks An Introduction to Philosophy. 

Jumaat, 15 Mei 2026

Kelebihan band underground

Clockwork Records expect Langsuyr buat album seperti Cradle Of Filth.

Yang keluar ialah Asyik.

Itulah kelebihan band underground. Tidak perlu ikut telunjuk sesiapa. 



Khamis, 14 Mei 2026

Alam semesta adalah makhluk yang boleh dicerap secara empirikal

Alam semesta adalah fizikal. Bila fizikal ia terbuka kepada cerapan empirikal.

Jika alam semesta bersifat infiniti, membuktikannya menjadi masalah, walaupun pelbagai teori telah dibangunkan.

Jika alam semesta bersifat finite (terhingga), membuktikannya juga menjadi masalah, walaupun pelbagai teori turut dibangunkan.

Cerapan empirikal sehingga hari ini masih belum mampu membuktikan secara muktamad sama ada alam semesta bersifat infiniti ataupun finite. Maka di sinilah falsafah mula memikul beban persoalan-persoalan besar berkaitan kewujudan, ruang, sempadan dan realiti.

Saintis Hardcore

- Stephen Hawking (alam semesta terhingga tetapi tiada sempadan)

- Roger Penrose (cenderung kepada alam semesta berkitar dan tidak terhingga)

- Sean Carroll (cenderung kepada alam semesta tidak terhingga)

- Alan Guth (cenderung kepada alam semesta tidak terhingga)

- Andrei Linde (sangat cenderung kepada alam semesta tidak terhingga dan multiverse)

- Leonard Susskind (cenderung kepada multiverse dan landskap tidak terhingga)

- Max Tegmark (sangat cenderung kepada infiniti matematik)

- Edward Witten (tidak pasti / dimensi tinggi spekulatif)

- George Ellis (berhati-hati dan agnostik terhadap infiniti fizikal)

- Lawrence Krauss (cenderung kepada kosmologi tidak terhingga)

Ahli Falsafah Sains Hardcore

- Tim Maudlin (agnostik / bergantung kepada fizik)

- David Albert (terbuka kepada model tidak terhingga)

- William Lane Craig (pendukung alam semesta terhingga)

- Quentin Smith (cenderung kepada kosmologi tidak terhingga)

- John Leslie (struktur kemungkinan tidak terhingga)

- Adolf Grünbaum (skeptikal / agnostik)

Persoalan apakah “di dalam” dan “di luar” alam semesta merupakan perbahasan panjang yang telah berlarutan sejak zaman Aristotle dan Plato lagi. Dan sehingga hari ini, ia masih belum benar-benar selesai.

Sebahagian daripada kita suka mentertawakan pemikiran ahli falsafah Yunani kerana merasakan manusia moden sudah jauh lebih maju memahami alam semesta. Tetapi hakikatnya, ramai saintis dan ahli falsafah moden yang jauh lebih canggih peralatannya masih terus mencerap, menyiasat dan berdebat tentang persoalan yang sama.

Alam semesta ialah makhluk yang dicipta. Maka mengkajinya sedalam mana pun tidak menjadi masalah.

Namun Allah SWT bukan makhluk, bahkan Al-Khaliq. Selain Allah SWT, semuanya ialah makhluk.

Apabila zat Allah SWT mula disamakan dengan kaedah keberadaan makhluk, maka pelbagai kekeliruan akan muncul. Di situlah manusia mula memasuki “rabbit hole” metafizik yang sangat panjang dan mungkin tiada penghujungnya.


Rabu, 13 Mei 2026

Buku Understanding The Four Madhhabs (Abdal Hakim Murad)


Hebat karya pendek ini. Ringkas, pantas dan terang.

30 m/s keseluruhan tetapi separuhnya adalah footnote.

Sebab itu antara harapan saya ialah anak saya dapat bersuhbah dengan beliau, Sh Abdal Hakim Murad, sebagai murid. 

Belief (kepercayaan)

Pada zaman ini, belief (kepercayaan) dilihat dari satu perspektif sahaja iaitu kepercayaan belum tentu betul kerana ia bergantung kepada perasaan seseorang terhadap maklumat tertentu walaupun ianya bukanlah kebenaran.

Satu lagi perspektif yang kurang diberi perhatian ialah kepercayaan itu memang telah betul, cuma tiada siapa pun yang berupaya untuk membuktikannya pada waktu itu.

Pembuktian itu pun perlu suatu definisi yang lain pula.

Kerana belief bukan semestinya berdasar kepada knowledge (ilmu). Kerana ilmu mesti betul.

Ilmu tidak jadi ilmu jika ia tidak betul.

Saya bercakap mengenai perbalahan theist vs atheist.

*Inilah kesan baca buku falsafah. Bagus atau tidak?

Kata mutiara Elbert Hubbard

The recipe for perpetual ignorance is: be satisfied with your opinions and content with your knowledge.

- Elbert Hubbard

Elbert Green Hubbard (June 19, 1856 – May 7, 1915) was an American writer, publisher, artist, and philosopher.

Plato vs Aristotle

 Walaupun kita menghormati Plato tetapi kita juga menghormati kebenaran. Malah kita menghormati kebenaran lebih daripada Plato. (Aristotle)

Dikutip dari Tahafut Al Falasifah, Imam Ghazali.

Familiar statement ni, kan?

Definisi Ilmu

 Ilmu ialah ketibaan sesuatu makna, hasil daripada maklumat yang benar ke dalam diri seseorang.

- Prof. Naquib al-Attas

Selasa, 12 Mei 2026

Selesai bacaan Animal Farm (George Orwell)


11 Mei 2026

Selesai bacaan Animal Farm (George Orwell) yang ditulis Nov 1943 - Feb 1944. Tiga bulan untuk menyiapkan novel parodi politik ini berhalaman 94 m/s. Antara 29K - 31K perkataan. Menjadi novel wajib baca sampai sekarang. Lebih 40 juta naskah cetakan pelbagai bahasa (termasuk bahasa Melayu).

Namun beliau tak sempat famous semasa hayatnya. Hanya selepas kematiannya baru jadi "viral".

Snipet yang saya tanda tu adalah taktik biasa mana-mana kerajaan dalam dunia ni. Tak kira apa pun ideologinya.

Animal Farm ditulis dengan bahasa yang mudah. Perkataan dan struktur ayatnya pun mudah seolah-olah mengisyaratkan ia perlu juga dibaca oleh murid sekolah rendah. Supaya sejak dari awal lagi,  faham persamaan jalan cerita dengan keadaan politik semasa. Supaya tidak mudah terpedaya dengan retorik politik kerajaan yang memerintah mahupun yang membangkang.

Tiada yang pelik dan mengejutkan dengan keadaan geopolitik semasa. Semuanya seolah-olah been there, done that. Yang tinggal hanya nuansa. Sebab itu apabila Animal Farm dibaca, kita rasa sangat familiar walaupun ia ditulis pada tahun 1944. Dan sebab itu jugalah novel ini dibaca oleh generasi terkemudian.

Kalau AJK surau remind kau PERSONALLY setiap kali ada kuliah


Kalau AJK surau remind kau PERSONALLY setiap kali ada kuliah, lepas tu puji2 sikit... Kau nak buat apa lagi?

Hadirlah ke surau! 

Gagahkan juga walaupun "konon" sibuk menyelesaikan masalah dunia kerana tanpa aku menyelesaikannya, dunia akan berhenti berpusing ataupun kau memang pun malas nak ke surau.

Terbaik la AJK surau aku ni. Kalau majoriti AJK surau buat macam ni, mungkin sinar akan menyenari seluruh surau2 di alam yang fana ini. 

Honorarium penceramah agama

Jadual ni diharapkan jadi tanda aras semua surau/masjid untuk bayaran penceramah. Aras tu maksudnya aras MINIMUM. Biasanya ikut senioriti. Tetapi tidak semestinya.

Gred tu tukar jangan berdasar kepada ijazah. Sebab ramai ustaz yang hebat, SPM pun tak ada. SPM bukan perlu untuk ilmu agama. Mungkin boleh tukar kepada jumlah tahun mengajar. 1-3 tahun 4-5 tahun, 6-10 tahun dan 10 tahun ke atas.

Kemudian Ajk atau ahli kariah boleh nilaikan internally, samada ustaz yang dijemput tu perform atau tak? Kalau jenis datang kuliah bebas je meleret2 takde hujung pangkal, tak buat persediaan mengajar etc tukarlah ustaz lain.

Duit surau/masjid tu mesti digunakan untuk imarahkan surau/masjid. Supaya orang makin ramai datang. Sudah tentu ia berkadar dengan perbelanjaan BUKAN simpanan.

Tidak apa yang nak dibanggakan dengan simpanan tapi sepatutnya yang  dibanggakan ialah meriahnya aktiviti surau/masjid.

Abis tu ada juga ahli kariah yang tak nak datang tu nak buat camana? Hidayah dan taufik itu bukan keputusan kita.

Tetapi USAHA yang perlu. Keputusan serahkan pada Allah swt

Ahad, 10 Mei 2026

Kegilaan apakah ini?



Kegilaan apakah ini? Setiap orang ada gilanya. Tiada orang gila yang mengakui dia gila. Gila-gila adalah satu majalah kartun yang pernah digilai ramai (r.i.p.).

Pendaratan bundle dua kotak buku namun semuanya dipilih bukan rawak. Bundle sebab harga murah jackpot.

Seperti biasa, buku-buku ini akan dinilai secara kati (berat) dan kulitnya sahaja dahulu kerana isinya belum dibaca.

+++++++++++

Aku nak tulis buku pasal Ipoh's Metal Militant Supremacist. Nak kena interview sorang2 yang involved. Kena berdepan. 

Ni aku rasa paling mendesak. Sebab mati makin dekat. Dan ada yang dah mati pun. Kalau dah mati, camana nak interview?

Perspektif mereka dibawa bersama dengan jenazah mereka.

Sabtu, 9 Mei 2026

Pendaratan buku beli dahulu, baca belum tentu.



Pendaratan buku beli dahulu, baca belum tentu.

Buku dibeli sebab pengarangnya, Syed Hossein Nasr (Islam In the Modern World dan Science & Civilization in Islam). 

Beliau ialah salah seorang pemikir Islam kontemporari yang paling berpengaruh dalam dunia intelektual moden, khususnya dalam bidang falsafah Islam, tasawuf, metafizik, dan hubungan antara manusia dengan alam. Beliau banyak menulis tentang krisis spiritual manusia moden yang semakin jauh daripada nilai tradisi dan ketuhanan akibat dominasi materialisme serta pemikiran sekular. Buku-buku Nasr mengajak pembaca memahami Islam sebagai satu peradaban ilmu, adab, dan keseimbangan antara akal, roh, serta alam ciptaan Tuhan. Penulisan beliau juga banyak mempengaruhi golongan intelektual Muslim yang mencari jalan untuk memahami tradisi Islam secara lebih mendalam dalam menghadapi cabaran dunia moden.

Buku The Sublime Revelation pula dibeli secara impulsive; kerana adanya Sh  Qadir al-Jilani. Buku pasal apa? Tak tau 😉 

Bini kata nak kena beli rak buku baru sebab buku dah melimpah. Kalau itulah yang perlu dibuat disebabkan mematuhi falsafah beli dahulu baca belum tentu, ayuh, kita beli rak buku baru!

Rabu, 6 Mei 2026

Ustaz je ke yang salah bila kuliah?



Apa yang tuan screenshot tulis tu betul. Saya setuju.

Pada masa yang sama, jemaah yang mendengar pun kena ubah sikap. Duduk kuliah bukan sebab nak habiskan masa menunggu Isya. Kat rumah nak tengok tv pun ada ada apa cerita, nak lepak ngeteh pun takde kaki.

Jemaah ada yang muka mengantuk. Ada yang main henfon. Ada yang sembang2 orang sebelah. Ada yang muka boring. Muka toya. Tidur pun ada.

Kena proaktif. Niat kita duduk kuliah agama sebab apa?

Taman-taman syurga, dapat pahala, wajib duduk belajar ilmu agama etc. Macam-macam ganjaran dapat tu. Boleh check sendiri. 

Kita datang kuliah agama bukan pasal nak judge ustaz tu. Kita nak dapatkan ganjaran dan manfaat, di sebalik siapa pun yang mengajar tu. Kalau tak dapat manfaat isi kuliah, dapat pahala majlis ilmu!

Boring ke sedap ke, kita bagi je perhatian. Paksa diri. Nak bagi perhatian tak boleh menyandar je. Pastikan anggota badan kita sentiasa bergerak. Bagaimana? Ambil nota kuliah.



Bila majoriti jemaah pakat ambil nota, ustaz mengajar pun semangat. Sebab apa dia sebut tu kita catat. 

Di sinilah sinergi sebenar.

Keunggulan mazhab yang empat itu tidak cukup dengan kealiman imam tetapi kesungguhan anak murid yang tekun belajar. 

Kita buatlah. Kita sendiri yang boleh wujudkan suasana ini. Tak guna dah komplen2 ustaz dan kuliah tak best ni sebab kita sebagai jemaah yang duduk pun muka toya je.

*Catatan kuliah malam tadi (gambar). Lepas kuliah ada minum2, saya tanya dua soalan (yang yang saya catat masa kuliah) berkenaan kuliah tadi pada ustaz. Lepas dapat jawapan saya cepat2 minta diri sebab nampak gaya boleh jadi panjang lepaknya tengok gaya ustaz melayan hehe...

Selasa, 5 Mei 2026

Lagi pendaratan buku



Pendaratan buku beli dahulu, baca belum tentu.

Crime & Punishment tersenarai sebagai 100 buku wajib baca sebelum anda meninggalkan dunia yang fana ini.

The Dead Do Not Die disebabkan pengarangnya disebut dalam buku Good Muslim, Bad Muslim (Mahmood Mamdani) tetapi buku yang dirujuk bertajuk A History of Bombing.

The New Age of Empire: How Racism and Colonialism Still Rule The World  dipilih secara rawak dan setelah semak pintas di Goodreads 4.27 bintang oleh 1098 pembaca.

Wakaf Al-Quran perlu ke tidak?

 


Ada benarnya.

Anak tahfiz pakai satu sepanjang pembelajaran 3-4 tahun tu. Sampai lunyai. Bantuan sebenar yang diminta oleh madrasah/pondok adalah untuk kos binaan infrastruktur, bayar bil letrik/air, sumbangan makan/minum etc. Tak pernah lagi nampak mereka minta sumbangan naskah Al-Quran.

Yang keduanya di surau dan masjid kalian ada nampak tak Al-Quran? Ada banyak kan? Lepas tu tengok lagi sekali, berapa ahli jemaah yang ambil Al-Quran tu dan baca. Naskah yang diambil baca dengan yang tinggal di rak, ratio dia berapa? 1:100? 1:50? 

Nak bagi sumbangan pada madrasah/pondok tahfiz adalah seperti point pertama di atas. Untuk masjid/surau, QR atau selit je duit dalam tabung.

Maaf bang Yuzli Mohd Yusof screenshot. Jangan hantar LOD pada saya

Isnin, 4 Mei 2026

Beli madu tulen?



Setelah digasak oleh salesman Kash Honey (dalam gambar) dengan pelbagai “fakta” yang saya sendiri tak mampu nak sahkan betul atau tidak, akhirnya saya mengalah.

Madu tualang (cerah) dan cengal (gelap) pun saya beli.

Harga kombo RM330.

Keputusan itu, sebenarnya, banyak bergantung kepada kepercayaan.

Antara yang paling “meyakinkan” ialah dakwaan bahawa Kash Honey kerap menyertai program jualan anjuran kerajaan negeri di seluruh Malaysia untuk menjual madu asli (contoh seperti dalam gambar). Selain itu, diberikan juga pelbagai penerangan:

- Cara bezakan madu asli dan tiruan

- Cara makan madu yang “betul”

- Proses mendapatkan madu

- Dan pelbagai lagi “ilmu madu”

Masalahnya, salesman yang mahir memang boleh memberikan sales pitch dan persembahan dengan sangat meyakinkan.


Dan inilah realiti bagi orang yang “terdesak” seperti saya yang betul-betul nak cari madu lebah asli.

Kita beli bukan kerana kita pasti tetapi kerana kita percaya.

Asli atau tidak penyudahnya?

Saya tak tahu. Dan secara praktikalnya, memang sukar untuk saya sahkan.

Jadi sandaran terakhir hanyalah… penjual itu sendiri.

Kalau ada kawan-kawan yang ada maklumat, pengalaman, atau “fakta” yang boleh menyokong atau menyangkal, silakan kongsi. Terutama terhadap madu Kash Honey.

Sebab dalam hal seperti ini,

pengetahuan kolektif mungkin satu-satunya cara untuk kita kurangkan risiko kena kelepet oleh penjual madu yang menipu.

Saya berharap sungguh saya telah membeli madu yang asli. 

*Gerai Kash Honey ini terletak di Centrum Mall, Brinchang.

Ahad, 3 Mei 2026

Madu ori

 Sementara kita dalam viral kelepet ni, dari kelepet bank islamik ke kelepet zakat, satu lagi area kelepet yang patut diberi perhatian ialah...

MADU.

Seriously, orang Islam yang mahu mengamalkan pemakanan madu berada dalam dilema. Sebab, BERLELUASANYA penjualan madu tiruan.

Kerana madu disebut secara terang dalam Al-Quran and Al-Hadith sebagai makanan penyembuhan dan keberkatan.

Syaratnya mestilah madu asli bukan tiruan.

Pemakanan madu adalah anjuran agama Islam. Ia ada nilai agama.

Walaubagaimanapun, spertimana zakat, ia boleh dieksploit secara jahat jika tiada pemantauan.

Apabila melibatkan duit dan kekayaan; tiada beza mafia, kartel, orang awam mahupun orang agama. Semua boleh putih mata.

Yang jadi mangsa sudah tentulah orang Islam jika tidak keseluruhan manusia.

Takde ke badan autoriti nak ambil tanggungjawab? 



Port Lepak Jerung

 Dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands pastikan singgah Port Lepak Jerung (sebelum "terowong").

Kebetulan lepas hujan. Kabus menyelubungi. Suasana sejuk gitu. Kena pula layan mee kari claypot (RM10). Syahdu.




Jumaat, 1 Mei 2026

Kaitan George Orwell dan On Palestine




Kaitan George Orwell dan On Palestine (sila lihat posting sebelumnya).

Nyata, Noam Chomsky telah membaca buku 1984 karya George Orwell untuk mengguna kembali terma "unpeople".

Terus saya terasa terkait. Satu buku sedang dibaca dan satu lagi akan dibaca.

Seolah-olah telah ditakdirkan! Kerana ketika sedang memilih bahan bacaan seterusnya, ia agak memeningkan kepala.

Mungkin ini adalah satu petunjuk dan ilham.

On Palestine tinggal sikit lagi untuk habis.



On Palestine tinggal sikit lagi untuk habis.

Saya baca sikit beberapa mukasurat Animal Farm sebagai pembuka selera. 

Animal Farm dan 1984 adalah dua novel yang rata-rata akan masuk semua list 100 buku wajib dibaca sebelum meninggal dunia.

Kebetulan buku ini milik anak saya. Dia yang suruh beli untuk dia baca. Dan sudah dia baca.

Saya bukan pembaca buku fiksyen, tetapi untuk jadi pembaca sebenar, saya kena baca buku fiksyen dan bukan fiksyen.

Kedua-duanya saling melengkapi.

Seterusnya saya perlu membaca karya Leo Tolstoy dan Fyodor Dostoevsky. Mungkin juga Friedrich Nietzsche.

Bagaimana pula dengan alam Melayu? Ada tak list 100 buku yang wajib dibaca?