Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Rabu, 31 Disember 2025

Madrasah Al-Hikmah, Jelebu


Saya rekemen madrasah ini untuk mereka yang berhajat nak hantar anak lelaki belajar hafiz dan alim (full agama, tiada akademik).

Bahasa pengantar English dan Arab. Populasi students tempatan dan international (China, Filipina, Australia, Thai etc).

Yuran daftar dan bulanan berpatutan.

Suasana madrasah selesa dan teratur.

Suasana kampung. Keluarga ziarah hujung minggu boleh layan air terjun dan juga warung N9 masak lomak gulai salai berdekatan.

Selasa, 30 Disember 2025

Wife saya ada degree economics (ukm)

Wife saya ada degree economics (ukm). Conscious decision dari kami untuk beliau berhenti kerja selepas melahirkan anak pertama. Best decision ever, alhamdulillah.

Anak 6 kesemuanya full breast-fed sampai umur 2 tahun.

Tangisan pertama, dari umur 0 sampai dah boleh berlari, naik basikal... ibunyalah yang pertama menyahut, bukan tok nenek, bukan makcik, bukan baby sitters bukan maid bukan bukan dan bukan.

Ibunya yang menatang kesemuanya sampai dah besar panjang ni...

Jawatan, intelligent and your high paying job? Well, pencen je semua tu dah takde nilai. You are just an old lady macam old lady yang lain menunggu mati. Kubur lagi la tak guna benda2 tu, jadi sumber nak kena balun dan azab lagi ada.

Salute to all ladies and moms who made that decision, to be a full time housewife.

Anak2 saya tiada yang masuk SBP, MRSM

Anak2 saya tiada yang masuk SBP, MRSM etc (walaupun saya & isteri ex MRSM spm 1992).

Anak-anak yang pergi asrama semua ke madrasah tahfiz, alim dan alimah. Belajar full agama bukan agama+dunia.

Keperluan dan kehendak kami sebagai ibubapa lain dari kebiasaan. Different paradigm. 

Dan anak2 saya bukan jenis nakal, tak boleh belajar, takde akhlak yang menyebabkan mereka dihantar ke madrasah.

Seperti yang dinyatakan tadi, keperluan dan kehendak yang berbeza.

Khamis, 25 Disember 2025

Kes ustaz pukul anak tahfiz.

Kes ustaz pukul anak tahfiz.

Izinkan bagi saya komen.

Ustaz yang garang dan baran ni biasanya dia sendiri belajar setakat hafiz dan syahadah sahaja. Kemudian terus jadi ustaz.

Ini adalah pengalaman saya yang hantar anak saya belajar tahfiz di beberapa madrasah.

Pada saya, ustaz sebegini belum habis belajar. 

Sepatutnya setelah habis dengan hafalan, mereka perlu sambung ke peringkat alim. Di peringkat alim inilah baru segala asas agama dipelajari. Tauhid, feqah dan akhlak.

Anyway, tak memadai dengan hafalan Al-Quran sahaja. Sebab ilmu tauhid, feqah dan akhlak waktu belajar hafiz sebagai sampingan sahaja, waktu lebihan. Tak cukup sebenarnya.

Hafalan itu adalah asas sahaja. Tak faham apa pun sangat ilmu2 agama dengan hafalan. 

Beza watak orang yang selesai hafiz dan alim dengan orang yang selesai hafiz sahaja. Sangat berbeza. Tengok gaya pun kita akan tau dan merasa bezanya.

Di kesempatan ini juga saya nak rekomenkan Madrasah Al Hikmah, Jelebu bagi mereka yang berminat untuk hantar anak mereka yang bersedia untuk jadi hafiz dan alim. InsyaAllah puashati.

Khamis, 27 November 2025

Maksud Melayu-Mystic Peninsular Tour

Melayu-Mystic Peninsular Tour dinamakan demikian dari awal lagi disebabkan di dalamnya ada dua -  Engkar dan Fitan.

1st leg (sudah berakhir Jan-Nov 2025) untuk Engkar.

2nd leg (baru nak mula Dis 2025-Jun 2026) untuk Fitan.

Selepas itu Langsuir akan berehat lama dari live show. 

Baki show hanya sampai Jun 2026 dan pada lokasi tertentu sahaja.

Jika ada kesempatan, hadirlah. Mungkin ini show terakhir Langsuir bersama anda. Yang lama bersunyi di dalam gua, keluarlah untuk kali terakhir.



Rabu, 26 November 2025

Master Jedi

Banyak nak cerita tapi tak cukup masa. Sikit-sikit dulu.

Master Jedi adalah sebuah lagu yang dicipta semasa saya berada di Australia. Demo untuk Langsuyr sebenarnya, untuk album Bullet. Tetapi tak terpilih. Stok lagu banyak dan saya hanya boleh bagi 4 lagu sahaja (4 lagi dari Azmaniac kemudian dirilis sebagai Bantaigram, cuma semua lirik saya ditukar hehe).

Anyway, Master Jedi ini kemudiannya jadi lagu Gentayangan Bajingan Malam (lirik oleh One Barchiel). Tukar lirik untuk selari dengan konsep album Dirgha Belasungkawa yang lebih dark.

Master Jedi kalau diteliti adalah cerita Star Wars The Empire Strikes Back keseluruhannya. Saya anggap lirik ini antara paling gila pernah saya buat haha... kenapa sesuai dengan Langsuyr? Kerana kita gila dengan Star Wars.



Isnin, 24 November 2025

42 pemimpin Muslim menang dalam pilihan raya Amerika Syarikat



kredit: Fathi Aris Omar

Seramai 42 pemimpin Muslim menang dalam pilihan raya Amerika Syarikat di pelbagai peringkat awal bulan ini, sekali gus mencipta rekod.

Perkembangan bersejarah ini membuktikan pengaruh dan sumbangan masyarakat Islam di negara kuasa besar itu semakin meluas.

Imej Muslim dan agama Islam banyak dicemari peristiwa serangan ke atas menara berkembar WTC New York pada 11 September 2001. 

Tuduhan terhadap penggerak serangan itu menimbulkan rasa takut terhadap Islam walau ada juga yang semakin berminat mengenali agama ini.

Hampir suku abad kemudian, tanggapan negatif terhadap umat Islam nampaknya makin pulih melalui pemilihan kumpulan 42 tokoh ini. 

Yang paling popular Zohran Mamdani yang menang  datuk bandar kota terbesar dan maju New York.

Mereka menang di sekurang-kurangnya sembilan negeri, dari New York dan Virginia hingga Michigan, New Jersey, Maryland, Washington, Ohio, Pennsylvania, dan Carolina Utara.

Jawatan yang dimenangi itu termasuk lima orang datuk bandar, empat penggubal undang-undang negeri, dua hakim, serta puluhan ahli majlis bandar, lembaga sekolah dan pegawai daerah. 

Pencapaian ini cerminkan keluasan dan kedalaman penyertaan Muslim dalam demokrasi Amerika.

Keputusan ini dipantau oleh Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) dan sayapnya CAIR Action. 

Kebetulan pula, arkitek utama "perang terhadap keganasan", bawah presiden George Bush, meninggal dunia pada 3 November.

Dick Cheney perancang utama perang terhadap Iraq dengan alasan wujud senjata pemusnah besar- besaran. Alasan ini kemudiannya didapati palsu. 

Taktiknya memperluas kuasa eksekutif, termasuk benarkan soal siasat yang kontroversial dan desak supaya suspek ditahan di luar proses mahkamah.

Memetik sumber CAIR, Muslim Network TV beri perincian Muslim yang menang seperti berikut:

Datuk bandar: 5 orang 

- Zohran K Mamdani (New York City, NY)

- Abdullah Hammoud (Dearborn, MI)

- Mo Baydoun (Dearborn Heights, MI)

- Faizul Kabir (College Park, MD) 

- Ted Green (East Orange, NJ)

Jawatan negeri dan dewan perundangan: 4 orang 

- Ghazala Hashmi (timbalan gabenor, Virginia)

- Sam Rasoul (Dewan Delegasi Virginia, Daerah 38)

- Atoosa R. Reaser (Dewan Delegasi Virginia, Daerah 27)

-:Al Abdelaziz (Dewan Perhimpunan New Jersey, Daerah 35)

Majlis bandar dan pekan, pesuruhjaya: 20 orang 

- Termasuk ahli majlis beragama Islam yang dipilih di Dearborn, Dearborn Heights, Hamtramck, Minneapolis, Paterson, Bellevue, Hilliard dan Bothell.

Kehakiman dan jawatan daerah: 2 orang 

- Ajmeri Hoque (hakim, Mahkamah Perbandaran Franklin County, Ohio)

- Soma S. Syed (Hakim, Mahkamah Agung Negeri New York)

Pendidikan dan lembaga sekolah: 6 orang

- Dr. Mohammad Alhawawsha, Alisha Khan, Anisa Liban, Kareem Moffett, Habeebah Haqq, dan lain-lain di daerah Ohio dan New Jersey.

Jawatan lain: 3 orang 

- Yusef Salaam (Majlis Bandaraya New York, Daerah 9) 

- Siddiq Kamara (Sherif, Delaware County, Pennsylvania) 

- Hamdi Mohamed (Suruhanjaya Pelabuhan Seattle, Washington)

Sabtu, 22 November 2025

Minyak adalah sangat penting dalam WWII


Minyak adalah sangat penting dalam WWII. Siapa miliki minyak, akan menang sebab pergerakan tentera moden bergantung kepada simpanan minyak. Takde minyak, hanya boleh jalan kaki dan guna kuda. Kapal laut dan terbang, trak, keretapi, kereta kebal etc semua guna minyak.

Semasa serang hendap Jepun ke Peral Harbor, pengkalan tentera US dimusnahkan tapi tertinggal tak musnahkan tangki2 minyak di situ. Battle of Midway tak lama kemudian, Jepun kalah teruk. Kalau dimusnahkan tangki simpanan minyak di Pearl Harbor, Jepun mungkin ada peluang menang di Midway.

Oh ya selepas pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki, segelintir pemimpin perang Jepun tak mau surrender. Perdana Menteri Jepun yang pro-surrender mahu dibunuh mereka. Nasib la Maharaja Jepun bertindak sendirian serah diri announce dalam radio.

Jepun tiada minyak. Berharap dengan takluk Nusantara dapat kawal minyak di Sumatera dan sekitar. Minyak untuk sokong kempen perang takluk Far East, termasuk serang Rusia di sebelah timur bantu German yang akan serang sebelah barat.

German konfiden nak kalahkan Rusia. Nak redah gempur ke Rusia, tengah jalan minyak habis. Terperangkap musim sejuk. German jadi lauk kepada Rusia.

Lepas WWII, British dan US sibuk cari sumber minyak. Dulu US pengeluar utama tapi sudah tidak.

Minyak mula ditemui di tanah Arab. Ibn Saud baru memerintah 2 dekad selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniah. Pada Ibn Saud, mencari air lebih penting dari minyak.

Dua kuasa dunia dengan ratusan tahun pengalaman memanipulasi dunia menghurungi Tanah Arab dalam keadaan raja2 baru di situ terkebil2 baru nak memerintah. Sudah tentulah mudah dimanipulasi seperti yang anda jangkakan.

*Nota pemahaman dari buku The Prize (Daniel Yergin)

Kepala Antifa dan fasis boleh je berbaik-baik

Kepala Antifa dan fasis boleh je berbaik-baik. Begitulah...

https://www.facebook.com/reel/3023458837825554

Jumaat, 21 November 2025

Yang bagi hutang dapat pahala bantu orang yang berhutang

 Sedang galak dengar podcast berkait dengan islamic banking. Lepas tu terdengar statement ini.

Ada ulamak yang kata bagi hutang lagi bagus dari sedekah.

1. Yang bagi hutang dapat pahala bantu orang yang berhutang (memerlukan).

2. Dapat pahala sedekah jika yang berhutang tak bayar hutang dan yang bagi pinjam niat halal jadi sedekah.

Kalau sedekah, dapat pahala sedekah sahaja.

Nampak rugi bagi yang bagi hutang dari sudut material tapi untung berlipat ganda dari sudut metafizik (pahalanya).

Rabu, 19 November 2025

Studying Philosophy Does Make People Better Thinkers

 Kredit Fathi Aris Omar

Empat bulan lalu (11 Julai 2025), penerbit Universiti Cambridge siar satu makalah berjudul "Studying Philosophy Does Make People Better Thinkers". 

Baca elok-elok: belajar falsafah memang bantu kita berfikir lebih baik. Jadi silaplah mereka yang pandang rendah, curiga atau was-was soal ini. 

Pada bahagian awal makalah itu, pengarangnya Michael Vazquez dan Michael Prinzing menulis: 

"Menggunakan set data yang besar (termasuk rekod daripada lebih setengah juta pelajar sarjana muda di ratusan institusi di seluruh Amerika Syarikat), kami meneliti pencapaian pelajar falsafah dalam ujian penaakulan verbal dan logik, serta ukuran pembawaan intelektual yang bernilai. 

"Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai keupayaan verbal yang lebih tinggi, serta lebih ingin tahu, berfikiran terbuka, dan teliti secara intelektual, lebih cenderung untuk mempelajari falsafah. 

"Bagaimanapun, selepas mengambil kira perbezaan asas tersebut, pelajar jurusan falsafah mengatasi semua jurusan lain dalam ujian penaakulan verbal dan logik serta dalam ukuran tabiat pemikiran yang bernilai. 

"Hal ini memberikan bukti paling kukuh setakat ini bahawa mempelajari falsafah sememangnya menjadikan seseorang pemikir yang lebih baik."

Jadi ingat, ya, 1. belajar falsafah itu bagus, dan 2. mendalami jurusan falsafah lebih bagus. Maka, jika mahu bijak dan berfikir teliti, sekurang-kurangnya ambil langkah 1. belajar falsafah

** ** ** ** 

Esok dunia menyambut Hari Falsafah, ulang tahun setiap Khamis minggu ketiga pada November. Buat peminat buku dan isu filsafat, ada beberapa rujukan asas yang menarik sebagai permulaan. 

1. The Story of Philosophy (1998) — Bryan Magee

Buku sejarah idea ini diterjemah dengan judul Cetera Falsafah tahun lepas. Ia dipenuhi gambar, data dan grafik menarik sehingga membacanya menjadi sungguh mudah dan asyik. 

Ia diterbitkan oleh Buku IBDE dengan bantuan dana kerajaan negeri bawah projek Siri Pencerahan Selangor. 

2. A History of Islamic Philosophy (1983) — Majid Fakhry

Buku ini pernah diterjemah oleh DBP dengan judul Sejarah Falsafah Islam (1989). Ia dijadikan rujukan ketika saya mengambil subjek filsafat sains Islam di Institut Teknologi Mara (1991). Mudah dan menarik. Cukup mencerahkan.

3. A History of Western Philosophy (1945) — Bertrand Russell  

Sewaktu sarjana ini dianugerah Hadiah Nobel, karya berkenaan disebut sebagai satu sumbangan kesasteraan beliau yang penting. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menterjemahnya dengan judul Sejarah Falsafah Barat (1993).

4. Sophie's World (1991) — Jostein Gaarder

Novel remaja mengenai falsafah ini cukup popular di serata dunia, seperti karya klasik cara membaca buku How to Read a Book (1972) karangan Mortimer J Adler dan Charles Van Doren.  

Lebih 40 juta naskhah Sophie's World dijual dalam hampir 60 bahasa! Di Malaysia, terjemahannya berjudul Dunia Sophie diterbit pada 2006. Cukup bagus untuk remaja atau siswa berjinak-jinak dengan falsafah secara lebih santai.

Buat mereka yang mahu mendekati falsafah utama dunia, tidak termasuk tamadun China atau India, empat buku ini pasti mampu memudahkan serta memadatkan pembacaan. Cuba!

Selasa, 18 November 2025

Cover artwork LANGSUIR Fitan

 


Cover artwork LANGSUIR Fitan

Setakat ini semua cover artwork Langsuir adalah hasil kerja tangan manusia, samada atas kertas ataupun digital. AI belum lagi, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Kami tidak menolak AI cuma meletakkan AI pada tempatnya.

Mungkin sebab teknologi AI tak sampai tahap lagi tetapi yang lebih penting ialah, kehilangan interaksi antara band dengan pelukis dalam menghasilkan artwork tersebut. Kedua-dua pihak mendapat manfaat zahir dan batin.

Dengan AI, prompt dan siap. Sebaik mana prompt kita, sebaik itulah hasilnya. Lebih kurang, one-man show.

Ya, harga lukisan mahal. AI kalau berbayar pun, tidak semahal pelukis. Tetapi puashatinya tidak ternilai sebab jauh di sudut hati, ini adalah hasil tangan seorang pelukis, manusia yang berperasaan dan bertanggungjawab. Ada attachment.

Mudah faham untuk mereka yang merasa CD fizikal itu penting berbanding dengan streaming semata.

Untuk menghasilkan artwork Fitan ini, sekurang-kurang dua lukisan terdahulu telah dihasilkan (dan dibayar). Namun kedua-duanya belum dapat memuaskan hati saya. Sehinggalah terjumpa lukisan ini. Sekali pandang, terus jatuh hati. Sesuai sangat dengan tajuk dan konsep Fitan.

Berbeza dengan dua lukisan sebelumnya yang bermula dengan perbincangan antara saya dan pelukis dan mengambil masa berbulan-bulan bermula dari kertas kosong tetapi lukisan ini sudah lama dilukis. Bahkan sudah lama cuba dijual cuma tidak berjumpa dengan pembeli. 

Hinggalah saya menjumpainya.

Harganya? Empat digit. Mahal ke murah tu, sebagai band underground?

Harga ini bukan hak milik keseluruhan lukisan. Hanya membeli lesen untuk kegunaan Fitan dan berkaitan sahaja. Untuk membeli keseluruhan rights, dua kali ganda harganya.

Namun hati saya tidak tenang andai lukisan lain menjadi cover Fitan. Saya cuba melupakannya dan mencari alternatif lain yang lebih mesra poket. Namun tidak berjumpa.

Makin cuba dilupa makin resah hati.

Kalau tiba-tiba terjual bagaimana? Mana nak cari ganti? Apakah penyesalan yang bakal menanti?

Terima kasih Goatlordth Records kerana merealisasikan visi dan misi Langsuir. Kami tahu, anda telah banyak berkorban untuk kami. Jasa anda dikenang.

Selasa, 11 November 2025

Selepas album Black Metallica nak push lagi

 


Cerita dia macam ni... 

Selepas album Black Metallica nak push lagi, takat mana boleh dikomersialkan Metallica. Maka lahirlah Load/Reload. Sebab lagu pun senang dan tak banyak pikir, tu jadi dua album terus. Horay horay je dalam studio sedar2 ada 145 lagu terus haha...

Eh, laku juga Load/Reload, tak sangka. Pada masa yang sama Metallica dah jadi the biggest rock band in the world. Maka masing2 jadi ujub, bangga diri semua yang menyebabkan huru hara James masuk rehab. Jason keluar dari Metallica. Crabman masuk.

Depa pun pikir balik what's next? Ni dalam mesyuarat syarikat depa la. Ada psikatris, tukang urut, tukang kipas semua ada. Setelah pikir2 depa kata, kita try laju aahh sikit ada punk2 macam tu. Maka lahirlah St Anger. Ternyata hampeh. Ada ke patut sound snare bunyi kuali. Podacit!

Mustaine pula masa tu sengih je tengok kat depa ni. Bodo piang. Satu malam tu dia call la Lars, woi mangkuk, salah strategi hang tu. Aku dah kabor dari dulu lagi komer tak boleh besor sangat. Nanti bangga diri ujub. Tengok macam aku, rilek je. Padahal Lars tau Mus ni lagi selalu masuk rehab dari James.

So anyway, Lars pikir2 balik, betul juga kata Abang Mus ni. Nyesal ambik Kirk, kalau dia ada aku rasa Metallica jadi lagi power kot hahaha... 

Tu la lepas tu keluar Death Magnetic yang kononnya back to the roots. Itupun Lars ambik masa 5 tahun nak rilis sebab si James asyik pergi shopping je time patut jemming. Nak melayan Kirk tak berapa masuk pulak. Susah nak explain kat Kirk, ko patut main camni camni melodi dia bukan camtuuuuuuuuu....

Dah rekod semua, hampeh juga. Dah jadi loudness war pulak dah adoyai... dulu AJFA bass takde, ni dah compressed pulak. Tak tau la apa nak jadi kata James. Semua ini adalah mangkuk, jerit hati James.

Bersambung...

Ahad, 9 November 2025

Langsuir beberapa sudut

 


Banyak angle yang saya boleh reply tapi saya ambil satu je la dahulu.

Berpuluh tahun dahulu semasa saya masih di bawah jagaan mak bapak saya (sudah tiada kedua-duanya, semoga Allah swt merahmati roh mereka berdua) di Balai Polis Menglembu dan saya sudah bergiat dalam muzik metal - saya mula berwatak metal. Iaitu, berpakaian serba hitam, rambut panjang. Disebabkan saya kurus macam lidi dan sentiasa selesema, masyarakat setempat nampak saya macam pelik. Tidak normal.

Mereka suspek saya penagih dadah.

Begitulah masyarakat awam. Tetapi mereka dimaafkan sebab tak tau. Akhirnya, lama-lama benda tu hilang macam tu je lah.

Tapi kalau so-called mat metal pun ada tanggapan begitu, rasa slack la sikit, kan? I mean, kita kan metalheads? Being different itu adalah antara ciri utama metalheads. Nak tulis panjang-panjang karang kata membebel pulak.

Apapun, betul la tu bang. Kami tak normal atau biasa macam yang lain. Ada pelik sikit. Dan "pelik" dan "tak normal" ini bukan benda baharu dalam Langsuir. We've done that since 1991.

Moga perasaan tersinggung anda itu tidak berpanjangan.

Jumaat, 7 November 2025

Geopolitik antarabangsa ni bukan hitam putih

Geopolitik antarabangsa ni bukan hitam putih, salah betul. Islam kafir.  

Dia banyak grey area. Kena banyak tolak ansur.

Nak faham, bukan dengan tengok media sosial semata. Kena banyak baca buku dan dengar podcast dari belah sana. Kena tahu banyak sejarah.

Sebab yang affected, ialah mereka yang dibelah sana.

Teringat masa saya di US selama tiga bulan. Bulan ramadan masa tengah tunggu Isya/Tarawih, saya dok sembang2 dengan sorang rakyat US berbangsa Bangladesh. Dia dah nak habis PhD dan dia cerita la yang dia excited dah nak dapat job dengan satu company IT besar dengan gaji yang agak besar. Saya sengih je (tapi raut sengih yang merendahkan beliau). Maklumlah US, I mean, syaitan dunia! Yang dia nak happy2 buat apa. Patutnya dia tak kerja dengan syarikat tu yang bayar tax untuk hantam Iraq, Palestin etc.

Dan saya telah mengeluarkan beberapa perkataan yang saya rasa menghiris hati beliau. Dia kelu dan diam je.

Pada masa yang lain, saya solat Jumaat. Dalam khutbah Jumaat, khatib mendoakan supaya Allah swt bagi ilham yang baik2 kepada kerajaan. Kerajaan mana tu, kerajaan US le. Yang hantam Iraq, Palestin etc semua tu! Nada suara khatib, sebak!

Maka terdetiklah pada dalam diri saya. Saya sebenarnya tak faham realiti di situ.

Kita boleh bagi masa dengar penjelasan, ceramah, kuliah, soal jawab dan pelbagai lagi dari orang Islam sendiri yang juga rakyat US, UK melalui podcast yang melambak-lambak ada sekarang ini. Bagaimana mereka mengharungi semua ini pada masa yang sama cuba mengekalkan identiti Islam dalam keadaan huru hara lambakan idealism, falsafah, woke, lgbtq, racism etc. 

Nak tunggu pencalonan Sunni Muslim yang 100% ikut kehendak kita menerajui NYC dan menang? Korang gila ke apa? Dah tengok NYC tu camana keadaan dia?

Kesimpulannya, choice memang banyak tapi yang boleh menerajui, mungkin 2 saja. Dari yang 2 itu, dipilih yang paling kurang keburukan tetapi dapat menyelesaikan masalah yang paling mendasar. Itulah sebabnya ramai Muslim di NYC yang menyokong Mamdani. Lebih dua juta rakyat NYC keluar mengundi.

Dan dia menang. Oleh sebab itu juga saya gembira dengan kemenangan beliau. Tapi gembira bersyarat la. Kalau dia dah berkuasa pun jadi macam Cuomo, saya tidak lagi gembira. 

Itulah namanya smart geopolitics. Korang camana?

Khamis, 6 November 2025

Kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York

 


Kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York bagi kesan juga pada saya. Saya telah mendengar podcast, interview dan ucapan kemenangan beliau. Dan akan mendengar yang lain. Kenapa? Apa kepentingan New York City pada saya?

Sebabnya, New York - saya telah beberapa kali berada di bandar ini lebih 10 tahun lepas. Pada saya, bandar New York ini adalah ikonik terutamanya dalam seni muzik dan filem. Saya ambil filem kerana lokasi klasik Hollywood – Banyak filem legenda seperti Men in Black (1997), Godzilla (1998) dan Sleepless in Seattle (1993) menjadikan bandar ini latar utama.

Dalam filem-filem ini kita dibiasakan dengan Central Park, Statue of Liberty & Ellis Island, Times Square, Empire State Building, Brooklyn Bridge...

dan SUBWAY! Bukan restoran tu, tapi New York City Subway yang dibuka pada tahun 1904, merupakan jaringan keretapi bawah tanah yang tertua dan terpanjang di dunia. 470 buah stesen!

Jadi apabila saya menonton wayang bersama keluarga bila ada shot di Central Park ataupun Subway, saya akan katakan pada mereka, I was there! 

kredit foto: New York Police Department (NYPD). Mana boleh tak bergambar dengan polis paling famous di dunia wayang gambar!

Rabu, 5 November 2025

Saka Harimau Jadian

 

Saka Harimau Jadian adalah sebuah lagu ciptaan Langsuir. Lagu ini terdapat dalam ep Engkar dan masih boleh dibeli secara fizikal dalam bentuk cd atau kaset (boleh beli dari shopee). Ia juga boleh didengar melalui platform streaming popular (Spotify, Apple etc).

Beberapa fakta mengenai lagu ini:

1. Intro adalah suara yang diterbalikkan. Setakat ini tiada siapa yang boleh menterjemahkannya lagi.

2. Di tengah-tengah lagu ada melodi joget yang mengasyikkan. Ia direka supaya semasa lagu ini dimainkan live, penonton akan joget lambak bersama.

3. Lagu ini adalah lagu kegemaran yang pasti akan dibawa secara live.

4. Sebahagian dari lirik adalah jampi serapah.

5. Muzik dan lirik direka, disusun dan digubah oleh Dr Ibrisam Akbar

6. Selain dari vokal growl, Azlanthor juga menggunakan suara natural dia semasa nyanyian "pantun".

Sila dengar atau beli. Terima kasih.

Isnin, 3 November 2025

Kenapa “Ride the Lightning”?

 


Ride The Lightning sebagai lagu cover terakhir Megadeth

Kita dikejutkan dengan berita Megadeth akan merakamkan lagu Ride the Lightning (Metallica) sebagai lagu bonus track. Lagu ini signifikan kerana ia mempunyai kaitan sejarah dengan pengasas Megadeth, Dave Mustaine. Lagu ini akan rilis bersama dengan album studio terakhir mereka bertajuk Megadeth, yang dijadualkan keluar pada 23 Januari 2026. 

Woooo... atau... Woowwww?

------------

1. Kenapa “Ride the Lightning”?

Beberapa poin penting:

a. Dave Mustaine mempunyai kredit penulisan terhadap “Ride the Lightning” sewaktu beliau masih bersama Metallica sebelum dipecat pada 1983. 

b. Dalam wawancara, Mustaine menyatakan bahawa memilih lagu ini bukan semata-mata nak “buat versi” sahaja, tetapi ia adalah satu usaha untuk menutup bulatan (closing the circle) dalam kerjaya beliau: “it was about completing the circle … us showing what James and I as guitar players did to change the world.” 

c. Dia juga menegaskan ia adalah tindakan penghormatan (respect) terhadap James Hetfield dan Metallica, bukan sekadar balas dendam atau semata-kerana kontroversi. 

d. Versi Megadeth kelak akan mempunyai perubahan: lebih pantas sedikit, dimainkan dalam kunci yang lebih rendah, dan vokal Mustaine melakukan pendekatan berbeza daripada Hetfield dalam versi asal. 

-----------------

2. Apa Makna dan Implikasi Untuk Album & Band

a. Menjadikan “Ride the Lightning” sebagai bonus track pada album terakhir mereka memberi simbolisme kukuh bahawa Megadeth mula daripada akar yang berhubung dengan Metallica (melalui Mustaine) dan kini hendak menamatkan perjalanan dengan satu lagu yang mewakili permulaan tersebut.

b. Ini boleh dilihat sebagai satu jenis reklaim sejarah bagi Mustaine: beliau menulis bahagian lagu itu namun tak punya peluang merakamnya dalam versi asal bersama Metallica, dan sekarang beliau “mempunyai versi sendiri”.

c. Dari perspektif peminat dan muzik: ia membuka ruang untuk melihat bagaimana Megadeth akan mentafsir semula lagu yang sangat ikonik dalam thrash metal – adakah mereka akan mengekalkan struktur asal, atau membawa perubahan besar seperti yang dinyatakan Mustaine.

d. Dari sudut warisan, ini adalah penutup epik: selepas lebih 40 tahun, Megadeth memilih untuk ‘mengakhiri’ pada puncak mindanya sendiri, dengan album terakhir dengan event-besar untuk fans, dan bonus track yang menjadi titik pertemuan antara dua band thrash terbesar dunia. 

--------------------------

3. Beberapa Catatan Teknikal & Lubuk Kritik 

a. Sebagai cover, soal lesen / hak cipta pastinya sudah diuruskan; Mustaine menyebut bahawa Metallica belum mendengar versi tersebut sebelum pengumuman. 

b. Peminat mungkin akan membandingkan versi asal Metallica (1984) dengan versi Megadeth – dari segi tempo, kunci, solo gitar, vokal, produksi – satu perbandingan yang tak dapat dielakkan dan pasti akan berlaku.

c. Ada risiko reaksi: ada peminat yang melihat tindakan ini sebagai penghormatan tulus, namun ada juga yang mungkin skeptikal, “Kenapa Mustaine pilih lagu ini? Adakah sebab lama tersimpan?” Beberapa komen di forum sudah menunjukkan kedua--dua reaksi. 

------------

Sebelum ni pun dah ada, The Four Horsemen vs The Mechanix. Rasanya dah boleh agak DNA Megadeth dalam Ride The Lightning nanti, kan?

Dan saya RASA, bila album ini rilis, lagu pertama yang akan didengar ialah lagu Ride The Lightning, bukan lagu-lagu lain, kan?

Ahad, 2 November 2025

Nebiula 30th Anniversary

 


Nebiula 30th Anniversary malam tadi adalah istimewa dan melihat Langsuir masih ada lagi berdiri. Lagi berapa tahun berdiri? Tak lama.

Sebab itu show anniversary adalah penting haha...

Terima kasih kepada mereka yang datang, dekat dan jauh. Yang datang solo, bersama kawan dan juga keluarga. Terima kasih juga kepada keluarga2 mereka yang hadir kerana memahami minat pasangan anda yang terpaksa membuat perjalanan tersebut. 

Terima kasih kepada Jaie Ramzee Jokhannaz sebagai tonggak show, Max Sayuthi kerana menjadi penasihat teknikal gitar (bersama sound luruh jantung -Kemper Profiler), Goatlordth Records label yang membelakangi aktiviti Langsuir sejak dari Engkar dan band yang perform malam tadi dengan sepenuh hati kerana ia adalah show metal tempatan tonggak tahun 2025 ini.

Kepada mereka yang beramah mesra bersama saya, terima kasih. Segala feedbacks, perkongsian, pandangan, harapan, pujian anda sangat dihargai.

Jumpa lagi pada tahun 2055.

*kredit foto Rozairi Yahya: Keberanian Shah Shijjar naik pentas untuk aksi rasukan saka semasa set Langsuir. Aksi begini tak boleh didapati di Wacken. Sekian terima kasih 😉

Rabu, 29 Oktober 2025

Pembacaan buku The Prize karya Daniel Yergin

 


Pembacaan buku The Prize karya Daniel Yergin ini sudah bawa saya ke m/s 205 yang mana eksplorasi minyak yang bermula di US, kemudian Rusia dan Timur Jauh (Sumatera) sudah sampai ke Timur Tengah.

Perjanjian Garis Merah (Red Line Agreement) tahun 1928. Perkara pertama yang menarik perhatian ialah ketiadaan Isra di atas peta itu. Sebaliknya, kawasan tersebut masih dilabel sebagai “Paltine (British Mandate)” , wilayah di bawah pentadbiran British selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyyah.

Peta ini bukan dilukis untuk bangsa atau negara, tapi untuk minyak. Garis merah itu merangkumi hampir semua kawasan pengeluar minyak utama di Timur Tengah  kecuali Parsi (Iran) dan Kuwait. Syarikat-syarikat minyak Barat bersetuju untuk tidak beroperasi dalam kawasan itu melainkan secara bersama, di bawah Turkish Petroleum Company. Atas kertas nampak seperti kerjasama, tapi hakikatnya penuh dengan perebutan dan tipu helah.

Inilah wajah geopolitik kolonial. Garisan yang dilukis di London dan Paris menentukan nasib negara padang pasir dan suku-suku Arab beribu batu jauhnya. Garis Merah itu kononnya untuk membawa kepada kestabilan, tetapi sebenarnya adalah benih kepada konflik dan perebutan kuasa yang tak selesai sampai ke sudah.

Mereka lukis garisan atas peta je dah boleh ubah dunia. Apa garisan baru yang sedang dilukis hari ini tanpa kita sedar?

Ahad, 31 Ogos 2025

DARK ANGEL akan rilis album terbaru Extinction Level Event

 


DARK ANGEL akan rilis album terbaru Extinction Level Event

34 tahun menunggu… kalau ada anak, kita dah bercucu. Akhirnya Dark Angel kembali dengan album baru bertajuk Extinction Level Event yang akan keluar pada 5 September ini. 

Album terakhir mereka, Time Does Not Heal (1991), dah lama jadi rujukan thrash metal dengan reputasi “9 songs, 67 minutes, 246 riffs!”.

Line-up terkini diketuai oleh Gene Hoglan (drum), Ron Reinhart (vokal asal kembali), dan pasukan baru yang bersemangat untuk hidupkan semula roh thrash Los Angeles era 80-an.

Persoalan besar: adakah Extinction Level Event akan mampu berdiri sebaris dengan Darkness Descends atau Time Does Not Heal? Atau sekadar jadi “album comeback” yang lebih bersifat nostalgia?

Pada pendapat saya yang hina dina ini, setelah mendengar sekali harung - malangnya, ia lebih bersifat nostalgia. Mungkin sebab, maaf kata, saya tak pernah meletak album Dark Angel di dalam golongan album thrash pilihan saya. Single yang ini pun takdelah menyebabkan saya berubah hati (link di komen).

Mungkin saya lebih menjulang Gene Hoglan sebagai drummer di dalam band yang lain, terutamanya DEATH melalui album Individual Thought Patterns (1993), yang bila saya dengar, eh hebat nak mampus dia punya drumming, kenapa tak menyerlah di dalam Dark Angel?

Saya kira ini ada berkait dengan "siapa" pencipta lagunya. Chuck Schuldiner, genius death metal. Siapa sahaja yang bersama beliau, pasti akan menyerlah. Tak percaya? Kalian dipersilakan untuk selidik diskografi Death dan bandingkan pemuziknya dengan band yang lain. Anda pasti akan bersetuju mereka lebih menyerlah apabila bersama dengan Chuck.

OK saya tarik balik. Tak jadi nak libatkan Andy La Rocque bersama King Diamond haha...

Ah sudah melalut. Sepatutnya komen Dark Angel, dah masuk ke Death pula.

Tetapi soalan terakhir, kenapa Gene Hoglan menghidupkan Dark Angel selepas 34 tahun dengan mengetahui ianya tidak akan bawa apa-apa selain dari nostalgia? Mungkin band = perniagaan adalah jawabannya.

Anda pula bagaimana?

Jumaat, 29 Ogos 2025

TANDUS Match With The Best, Die Like The Rest

 


TANDUS Match With The Best, Die Like The Rest 

Kita akan perasan bila dengar lagu Tandus ini (link di komen), ada riffs yang beri penghormatan (homage) kepada lagu ATHOTORGH Promaster Dieyana pada awal track dan SAXO Satu Perjuangan sebelum masuk gitar solo.

Riffs penghormatan sebegini adalah biasa. Kadang-kadang kita terdengar, eh, ini riffs macam pernah dengar. Bila kita semak, memang benar. Terpulang kepada band tersebut untuk memberi kredit atau tidak.

Cuba dengar lagu TIAMAT The Pentagram. Cuba teka, keseluruhan lagu ini adalah homage kepada band apa?

Tetapi ini bukanlah maksud saya menulis. Saya bermaksud untuk menulis tentang band Tandus sebagai rakan seperjuangan.

Tandus telah merilis ep Logam Maut (1997), menyumbang 3 lagu untuk kompilasi Ultra Violence (2000) - kedua-duanya di bawah Ultra Hingax Production dan akhirnya merilis album Skuad Pemusnah (2020) di bawah pengurusan Muzik Box Productions (arwah Fadzil).

Saya berkesempatan berbual dengan Acun (Nasrulhadi Ses) ketika siri jelajah Langsuir – Melayu-Mystic Peninsular Tour 2025 – pada 12 Julai 2025. Dahulunya beliau adalah pemain bass sekarang menggalas tugas bass + vokal. Original member yang masih kekal dari 1991 sehingga kini. Dari 5-piece, tinggal 3-piece.

Terserempak dengan original vokalis, Greye di tangga tempat kejadian sebelum persembahan Tandus namun tidak dapat berbual lama kerana beliau nampak tergesa-gesa.

Apa yang diluahkan oleh Acun adalah antara intipati kenapa band underground susah nak kekal. Masalah line-up yang keluar masuk.

Bukan salah line-up pun tetapi mangsa keadaan. Semuanya berlegar kepada masalah komitmen. 

Band bermula ketika muda remaja, tiada kekangan. Celik pejam semuanya adalah untuk band.

Namun apabila meningkat umur, tanggungjawab pun meningkat. Main band yang dahulunya jadi keutamaan, kini menjadi kenangan. Tidak lagi boleh diberi masa, tenaga dan harta.

Sememangnya, buat dan menggerakkan band adalah kerja sukar.

Kami bersembang lama. Saya sekadar beri kata semangat. Saya menyediakan telinga untuk mendengar dan hati untuk memahami. Kami sudah kenal lama semenjak saya belajar di UTM 1993-98. Tandus dan Langsuir dilahirkan pada tahun yang sama, 1991. 

Ternyata malam itu adalah malam Tandus. Ramai yang merindui dan bersemangat kembali dan sama-sama menyanyikan bait lirik Match With The Best, Die Like The Rest yang berpuaka ini.

Semoga Acun dan Tandus dapat bangkit kembali. Berilah sokongan dan kata semangat untuk mereka. Mulakan ini dengan mendengar Match With The Best, Die Like The Rest.

Dr Ibrisam Akbar

* Match With The Best, Die Like The Rest adalah lagu dalam kompilasi Panggilan Pulau Puaka II (1999) keluaran Psychic Scream Entertainment.

** Saya nampak banyak band baru yang ditubuhkan. Mereka pasti akan melalui cabaran yang sama dihadapi oleh band yang sudah ditubuhkan lebih dari 30 tahun. Apakah penghujung mereka? Bak kata TANDUS Match With Best Die Like The Rest!

Khamis, 31 Julai 2025

Kemelut XPDC: Kenapa ianya REAL?

 


Kemelut XPDC: Kenapa ianya REAL? 

(Foto kredit: Harian Metro)

Penafian: Tulisan ini disusun se-objektif mungkin dan tidak memihak kepada mana-mana daripada tiga barisan yang menggunakan nama XPDC.

XPDC kini wujud dalam tiga versi, termasuk Real XPDC. Situasi ini telah melakar landskap konflik muzik yang unik di Malaysia, di mana elemen vokal dan tone instrumen bersaing merebut perhatian peminatnya. Tiga entiti ini menjelaskan bahawa kelangsungan legasi XPDC selepas ketiadaan Mael dan Ali bergantung pada beberapa elemen utama. 

Pertama, nada vokal yang serasi atau terjemahan baru sebagai pengganti penyanyi asal. Kedua, tone signature dan solo gitar yang mantap. Ketiga, lakaran bass yang memberikan nafas dan nyawa kepada muzik XPDC.

Penyelidikan neuroimaging mendedahkan bahawa apabila kita berulang kali mendengar suara vokal,  dalam kes ini, Mael, otak kita akan membina satu templat khusus dalam sistem pendengaran (auditory cortex). Dengan templat ini, otak kita dapat mengecam suara tersebut secara serta merta.

Jadi, apabila penyanyi Real XPDC menyanyikan lagu XPDC dengan mengekalkan atau menyerupai vokal Mael, sistem neuron pendengar yang telah ditemplatkan tadi akan segera diaktifkan. Keaktifan ini memberikan ilusi bahawa Mael sendiri sedang menyanyikan lagu-lagu XPDC di atas pentas. 

Sebaliknya, dua entiti XPDC yang lain menampilkan vokalis dengan gaya yang berbeza daripada cara bawaan Mael. Mereka menyuntik variasi dan lenggok baharu kepada lagu-lagu klasik XPDC, sekali gus menawarkan cara yang baru dan segar untuk menikmati sentuhan Mael.

Selain dari sistem otak kita, memori yang penuh emosi juga memainkan peranan yang sangat penting. Ada satu gumpalan kecil protein, berbentuk almond dan terletak di bahagian temporal lobe pada otak kita yang bernama amygdala. 

Amygdala ini memainkan peranan menyimpan momen emosi yang sangat peribadi. Contohnya, konsert pertama bersama Mael, peristiwa penting dalam hidup di mana lagu-lagu Mael menjadi peneman setia, atau detik pertama kita mendengar lagu XPDC melalui kaset yang dibeli. 

Setiap pengalaman seperti ini terus dipeluk dalam ingatan dan dizahirkan apabila munculnya jelmaan seperti Mael. Bagi mereka, mendengar vokal yang sangat dikenali, menghampiri kepada vokal Mael adalah pencetus memori yang penuh emosi sehinggakan mengalirkan air mata. 

Di pihak sebelah pula roh XPDC adalah lebih penting dengan kehadiran anggota asal. Riffs autentik gitaris Izo ataupun petikan bass Zuar menjadi pengikat, menjadi lebih erat, apatah lagi mereka berdua masih hidup dan boleh dilihat depan mata.

Hubungan parasosial, iaitu satu hubungan satu hala peminat kepada idola (dalam kes ini, peminat-Mael) adalah kritikal. Hubungan parasosial ini menyatakan bahawa, peminat merasakan mereka mengenali Mael, bahkan rapat, walaupun Mael sendiri tidak mengenali secara rapat siapakah peminatnya itu. 

Hubungan satu hala ini membuatkan peminat berasa seolah-olah mereka benar-benar mengenali Mael. Mereka menyerap setiap gerak geri daripada cara senyum, intonasi suara, gaya badan, malah cara bercakap, seolah-olah Mael duduk di sebelah mereka. 

Sensasi keakraban maya inilah yang mengekalkan ikatan emosi walaupun ia hanya wujud di dalam minda. Semua ini adalah hasil dari bertahun-tahun meminati Mael dan menwujudkan ilusi bahawa mereka “memiliki” Mael. Untuk peminat Real XPDC, penyanyinya menjadi titik penting untuk mewujudkan kembali hubungan parasosial ini. 

Sebaliknya, hubungan parasosial bagi kem sebelah pula berasaskan keaslian ahli band asal dan lengguk instrumen mereka. Peminatnya setia kerana kehadiran Izo di gitar dan Zuar di bass mengekalkan identiti muzik XPDC. Mereka tidak terlalu bergantung kepada ketulenan nada dan tone vokalis untuk merasai ‘jiwa’ kumpulan itu.

Sebenarnya, kes sebegini bukanlah unik di Malaysia tetapi sudah berlaku sebelum ini di luar negara. 

Kita ambil kisah band Queensrÿche yang berpecah dua (2012-2014), satu versi penyanyi asal Geoff Tate lantas dinamakan Geoff Tate’s Queensrÿche yang mengekalkan gaya vokal Tate yang sangat dikenali oleh peminatnya. Kem sebelah pula, Wilton-La Torre, menggunakan nama Queesnryche asal, mengekalkan lenggok permainan intrumen muzik autentik. Tiada siapa yang mahu mendengar solo gitar atau stroke drum yang berlainan dari memori, kan? 

Peminat berpusu-pusu menghadiri persembahan Tate untuk mendapatkan nostalgia vokalisnya sementara yang lain pergi kepada kem yang lagi satu untuk ketulenan permainan instrumennya.

Juga berlaku kepada band Great White pada tahun 2010 ketika penyanyi asalnya, Jack Russell mengalami masalah kesihatan yang kemudiannya dibuang dari band. Jack Russell’s Great White pun diwujudkan selepas itu, main di kelab-kelab kecil sementara pemain gitarnya, Mike Kendall meneruskan Great White tanpa Russell, membawa nama rasmi, juga mendapat perhatian daripada peminat yang masih mahu mendengar muzik, solo gitar autentik dan pada masa yang sama boleh berlebih kurang dengan penyanyi gantian. 

Ini sudah cukup untuk menjelaskan kepada kita bahawa peminat boleh sahaja terbahagi kepada beberapa bahagian, mengikut apa yang penting kepada mereka samada kemiripan vokal ataupun ketulenan tone instrumen.

Namun kedua-dua band Queensrÿche dan Great White sudah menyelesaikan kemelut ini. Mahkamah menyelesaikan kes Queensrÿche pada April 2014 yang mana kem Wilton-La Torre diberi hak untuk menggunakan nama trademark Queensrysche sementara Tate melepaskan tuntutan beliau dan terpaksa berpuashati dengan nama Operation: Mindcrime (iaitu nama album ketiga Queensrÿche). 

Sebelumnya, pada bulan Mac 2012, Russell menyaman kem sebelah dan diselesaikan dengan gencatan senjata iaitu Jack Russell’s Great White dan juga Great White boleh meneruskan aktiviti mereka secara aman. Ini memberi penjelasan yang transparen kepada promoter untuk menguruskan persembahan pentas dan peminat untuk menghadirinya, ikut citarasa masing-masing.

Apa susah, pergi la semua show yang ada nama XPDC. Semua variasi boleh telan. Kata Wak Dojer sambil menyumbat roti canai banjir dal ke dalam mulut. Kata dia bukan kata saya.

Buat masa ini, XPDC Zuar sangat aktif dengan rekod 51 show pada tahun 2024. XPDC Izo pula dengar cerita sudah mula merakamkan album baru dan bakal memberikan persembahan di ruang prestij, Zepp pada 8 November 2025. Real XPDC dengan vokalis mirip Mael, masih terkial-kial di festival makanan kecil tetapi sedikit demi sedikit membina momentum yang mungkin akan melonjak tinggi. Mungkin. 

Namun, bab settlement ini, kita masih menanti. Samada ia akan menjadi penamat atau pemula kepada konflik yang baharu, kita pun tak tahu. Siapa yang nak menyaman, siapa yang disaman? Siapa yang menang, siapa yang kecundang? Paling penting, siapa yang untung dan siapa yang rugi di hujungnya? 

8 myths about Civil Engineering busted!

 If turning equations into structures sounds like your kind of thrill, let’s chat:

🔹 Online Civil Engineering Programme Preview – 14 Aug (Thu)

🔹 HWUM Open Days – 16 & 17 Aug (Sat–Sun) + 23 Aug (Sat)

Places for the September 2025 intake are filling up fast—don’t miss the chance to build your future with us.