Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Jumaat, 6 Mac 2026

Naratif Prof Jiang Xueqin dan buku berkaitan

Naratif Prof Jiang Xueqin adalah berdasarkan kepada Game Theory yang diasaskan oleh John von Neumann melalui kertas teknikal On the Theory of Games of Strategy pada tahun 1928. Kita tak berapa kenal von Neumann ni kan? Tapi kita lebih kenal Prof John Nash. Siapa John Nash tu? Kena tengok la filem A Beautiful Mind (2001) lakonan Russell Crowe.

Sebenarnya nak bagitau, empat buku ini yang telah saya khatam dan tersusun di rak buku di rumah:

1. Lords of Finance: The Bankers Who Broke the World (Liaquat Ahamed, 2009)

2. How Markets Fail: The Logic of Economic Calamities (John Cassidy, 2009)

3. Guns, Germs, and Steel: The Fates of Human Societies (Jared Diamond, 1997)

4. The Prize: The Epic Quest for Oil, Money, and Power (Daniel Yergin, 1991)

Buku 1, 3 dan 4 adalah pemenang Pulitzer Prize. 

Empat buku ini memudahkan saya faham naratif Prof Jiang. Apa yang disebut dalam satu ayat beliau mengembalikan memori perenggan dalam buku. Ada yang ingat, ada yang lupa. Tapi, memudahkan kita faham dan banyak yang boleh disahkan melalui pembacaan buku-buku di atas.

Kena sabarlah dalam pembacaan. Dah la panjang sampai nak cecah 800 m/s font kecil, nak sabar pula dengan semak istilah dan terma. Namun, penghujungnya sangat rewarding.

Pembacaan buku menambahkan faham, memberikan struktur dan mengelakkan dari bersangka-sangka yang bukan-bukan.

Isnin, 2 Mac 2026

Kepimpinan Barat tak kisah pun Sunni ke Syiah

Kepimpinan Barat tak kisah pun Sunni ke Syiah selagi mana mereka dapat manfaat terus.

Apatah lagi jika jadi ancaman kepada kepentingan mereka yang bersifat materialistik. 

Yang didambakan mereka ialah sunni dan/atau syiah yang tak mengganggu kepentingan materialistik mereka. Tak kiralah samada raja, presiden, sultan bahkan diktator sekalipun.

Yang selamat ialah mereka yang menjadikan Barat sebagai kawan setia. Dalam politik, kawan jadi setia apabila persahabatan disulam dengan harta benda dan kuasa.

Perang Iran vs Israel

 Di belakang tabir, socmed kita dipenuhi dengan berita pengeboman dan debat siapa betul siapa salah. 

Tetapi sebenarnya ada kerja-kerja halus yang sedang berjalan.

Badan-badan risikan dan covert operation. Apa yang dibuat mereka biasanya orang awam terhijab.

Selepas berpuluh tahun iaitu selepas classified documents menjadi declassified barulah kita tahu.

Ataupun sekurang-kurangnya apabila ada buku yang ditulis mengenainya dicetak oleh penulis yang bertahun-tahun mengkajinya.

Tetapi ianya ambil masa. Apabila semua telah reda. Dimana segala huru hara socmed ketika itu? Tiada.

The truth, lambat lagi kita tahu.

Tetapi kita boleh belajar. Dari pembacaan buku yang detail mengenai sesuatu isu. Sebab biasanya, nothing new. Only nuances. Kes berulang.

Sebab nothing new itulah Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk.

Masalah dengan kuasa ialah kuasa itu sendiri.

Masalah dengan kuasa ialah kuasa itu sendiri.

Kita rasa kita boleh buat banyak kebaikan apabila kita berkuasa.

Ketika tidak berkuasa, kitalah yang paling kuat manghina penguasa-penguasa yang kita rasa korup.

Tetapi apabila diberi kuasa, kita tak tahan godaan dan menyalahgunakan kuasa itu.

Dalan konteks Iran; Ayatollah vs Shah. Dalam sejarah, kedua-duanya ada sisi korupsi tersendiri.

Pada sisi yang lain tetapi tidak kurang pentingnya, Iran adalah sebuah negara yang besar pengaruhnya di Timur Tengah. Korup atau tidak menjadi perkara kecil jika negara tersebut mudah setuju dengan kuasa luar yang mempunyai kepentingan.

Syiah vs Sunni tidak relevan atau kurang relevan bahkan ia menjadi retorik tunggangan pihak yang berkepentingan.

Apakah penyelesaiannya?

Ahad, 1 Mac 2026

Daniel Yergin dan Iran vs Israel

Di dalam buku The Prize (Daniel Yergin) yang saya ambil masa berbulan-bulan nak habiskan telah dinyatakan konflik dunia Arab vs Iran vs Isr dan juga perebutan kuasa antara nasab Shah vs kepimpinan Ulama.

Ditengah-tengahnya adalah dominasi kekayaan lembangan Asia Tengah dengan minyak. 

US dan Eropah mendapat manfaat bersama di hujungnya.

Ini semua adalah siaran ulangan.