Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Khamis, 5 Februari 2026

Pelajaran anak adalah tanggungjawab ibubapa

Dalam satu podcast, pembicara (ex-Prof UM) berkata, pelajaran anak adalah tanggungjawab ibubapa bukan orang lain. Bukan ahli politik, kerajaan, pinjaman PTPTN etc. Rezeki yang ada hendaklah dihabiskan dahulu kepada pelajaran anak-anak. Kerana semua ini menghasilkan pahala.

Bahkan jika ada anak orang miskin tapi berpotensi, hendaklah masyarakat yang gotong-royong untuk menyara pembelajaran anak itu. Dengan harapan, kelak nanti boleh claim pahala di akhirat. Berebut-rebut untuk dapatkan pahala.

Pahala tiada nilai, hanya duit. Kerana kita semua hatinya adalah materialistik. Semua dikira ditimbal balik secara materialistik.

Tamat quote.

Mula tambahan dari saya.

Tetapi umumnya, kita banyak meminta-minta dan merungut. Anak berjaya tapi selain dari membesarkan, kejayaan dari masuk sekolah asrama sampailah ke PhD, kita cuba elak untuk keluar duit, selagi boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan