Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Jumaat, 28 Julai 2023

Podcast Starch Solution Weight Loss untuk kurus badan cara vegan/plant-based

Niat adalah unik untuk setiap individu yang mahu adaptasi diet vegan/plant-based/vegetarian. Untuk orang Islam, biasanya niat untuk kesihatan dan turunkan berat badan. Dua niat ni, kesihatan dan turunkan berat badan ada konotasi yang berbeza tau! Jangan samakan.

Jika kita niat nak turunkan berat badan, bolehlah follow podcast Starch Solution Weight Loss ni. 

Ada dua kategori; kategori tips biasanya pendek-pendek bawah 10 minit dan kategori cerita pengalaman yang panjang lebih dari 20 minit. 

Kategori tips ni dia akan bagi tau tips camana nak kuruskan badan dengan diet vegan/plant-based/vegetarian. Dia vegan so jangan harap dia promote apa-apa jenis makanan sumber haiwan. Saya suka tips dia bagi. Kadang-kadang dengar 2-3 kali ulang sebab nak ingat dalam kepala haha...

Kategori cerita pengalaman ni dia ajak client dia untuk reflek balik apa yang dialami sebelum diet, dan apa perubahan yang dia dapat selepas diet.

Biasanya saya dengar yang tips ketika memandu pergi dan balik dari ofis.

Cubalah dengar. Suara dia pun sedap haha...

Dengar sini SPOTIFY Starch Solution



Selasa, 25 Julai 2023

Lunch + dinner 24 - 25 July 2023

Nasi basmati dengan taburan chia seeds. Sayuran goreng: mushroom fungus, karot, sawi, bawang putih. Tempe goreng dengan perisa tomyam. Salad.


Tiada nasi. Baby potato grill dengan rempah ratus. Humus. Sayuran rebus: brokoli, bunga kobis, karot. Sayuran segar: salad dan kale. Mock chicken (asas sayur rasa macam ayam - beli kat Lotus's).


Nasi basmati dengan taburan chia seeds. Pumpkin masak lemak.Tempe goreng. Salad dan kale segar. 
 

Isnin, 24 Julai 2023

Lunch 23 July 2023

Pasta. Satu dicelup dengan kicap. Daun bawang.

Cendawan fungus (hitam). Cendawan King dan sayur bokchoy mini (tak ingat apa nama)

Vegan dumpling (beli kat Lotus's) dan kuahnya (buat sendiri).

Kesemua bahan tadi disatukan.

Alhamdulillah 100% plant-based/vegan.
 

Ahad, 23 Julai 2023

Lunch 21 July 2023

 

Kacang panjang dan tempe.

Sup taucu sayur dengan timun, tofu, kentang dan tomato.

Nasi dengan taburan chia seeds dan digabungkan dengan lauk-lauk di atas tadi.

Alhamdulillah 100% plant-based/vegan. Apabila kita amal diet sayur, kita tak perlu korbankan kesedapan, insyaAllah.


Jumaat, 21 Julai 2023

Keputusan fizikal setakat ini setelah mengamalkan plant-based diet selama 4 bulan


Gambar sekadar hiasan sahaja tiada kena mengena dengan sesiapa


Keputusan fizikal
setakat ini setelah mengamalkan plant-based diet selama 4 bulan

  1. Baju turun 1-2 size. Baju yang ketat 6 bulan lepas dah jadi menggelebeh.
  2. Seluar mengecil 4 inci. Seluar ofis dulu dah terlondeh je.
  3. Tali pinggang buat 2 lubang baru (mengecil)
  4. Seluar dalam turun 2 size.
  5. Jerawat pada badan, muka, kepala semua clear. Kulit jadi smooth. Bini dengan anak-anak jadi jeles kat Bapak.
  6. Berat turun hampir 20kg.

Keputusan ekonomi

Perbelanjaan dapur (grocery) jimat 20-30% sebab kurang sangat beli telur, ayam, daging, kambing, ikan etc.

Keputusan kesihatan

Akan diketahui minggu hadapan selepas pemeriksaan berkala bersama doktor.

Khamis, 20 Julai 2023

Vegan ramen buat sendiri 19 Julai 2023 (cuti Awal Muharram)

 

Ramen yang digunakan. Harga sebenar RM9 tapi tengah promosi RM7.

Ramuan ramen ni simple je. Unbleached tu kira sihat sebab gandum belum diproses. Campur air dan garam sahaja. Sifirnya ialah semakin kurang ramuan, semakin sihat. Ini tidak, dah la ramuannya banyak, ramuan tu sendiri kita tak tau apa benda... maka itu adalah tidak sihat.

Vegetarian tomyam paste. Dalam RM9 sebotol. Tiada MSG dan tiada shrimp paste. Tiada belacan.

Sayuran yang terlibat dalam resipi. Saya rasa brokolo dan bunga kobis tak sesuai sebab rasanya kuat dan ganggu rasa tomyam. Dan patutnya saya tambah veg-balls (fishball tapi plant-based)

Perasan tak sayur macam bok choy tu (atas cendawan di gambar). Comel. Macam miniature. Rasa pun ok, tak kuat maka mungkin sayur yang versatile untuk dimasak juga rebus-makan begitu je.


Kuah tomyam tadi sekali dengan mushroom.

Dah nak habis baru teringat nak ambil gambar.

Bahan semua dibeli dari Aeon Big IOI City Mall, Putrajaya. Alhamdulillah 100% vegan/plant-based.

Petangnya ziarah ke madrasah anak hantar barang dia tertinggal. Bawalah sekali ramen ni. Syukur juga anak pun makan tak komplen. Cuma tekak dia tak boleh makan tauhu lagi. Yang lain, OK boleh. Syukur. Moga dah jadi hafiz dan alim nanti, boleh bawa ke hadapan pemakanan sihat sekali kepada masyarakat. Alhamdulillah.

Makan di Sala, Alamanda Putrajaya 18 Julai 2023

Lahap. Baju ni masa awal pakai dah ketat dah tapi sekarang dah menggelebeh.


Tacos Shrooms dan BB Pulled Jack. Tuesday special beli dua hanya RM16


 Burrito El Dominic RM14 (size small)



dengan air mineral sebotol total RM35 lebih kurang.  Support VEGAN/PLANT-BASED business! Sila ke SALA untuk menu.


Filem berkaitan Alzheimer's (nyanyuk) yang membuka mata

 




Dah tua-tua ni saya minat tengok filem berkaitan Alzheimer's (nyanyuk). Ni antara penyakit tua yang moga-moga dapat dijauhkan. 

Saya rekemen filem ini:

1. The Father (2020) - Anthony Hopkins menang Oscar untuk watak beliau dalam filem ini.

2. Linoleum (2022) - tak menang Oscar tapi filem menarik.

3. Still Alice (2014) - Julian Moore menang Oscar untuk watak beliau dalam filem ini.

Mungkin disebabkan pengalaman menjaga orang tua yang menghidap Alzheimer's ni yang menyebabkan saya berminat. Juga sifat ingin tahu kesan Alzheimer's ini kepada pengidapnya. 

Seterusnya, saya mahu tahu samada ada jalan keluar dari penyakit ini dengan mengamalkan plant-based diet.

Rabu, 19 Julai 2023

Nasihat kesihatan dari Dr Daniel E. Lieberman

 


Nota-nota yang saya dapat dari temuramah ini:

  1. Jumlah jam yang cukup untuk tidur ialah 7 jam bukan 8.
  2. Bangun dari duduk setiap 10-15 minit.
  3. Briskwalking 7-8 ribu langkah sehari.
  4. Jangan tinggal senaman angkat berat walaupun umur dah tua supaya otot tak kendur dan jadi makin lemah.
  5. Jangan hisap rokok, bersenam dan kurangkan gula.

Dr. Daniel E. Lieberman is a prominent evolutionary biologist and paleoanthropologist. He is currently the Edwin M. Lerner II Professor of Biological Sciences and Chair of the Department of Human Evolutionary Biology at Harvard University. Dr. Lieberman's research focuses on understanding the evolution of the human body and its adaptations. [LINK]

Beliau adalah pengamal Mediterranean diet. "I eat a lot of fruit and vegetables and fish. And I almost never eat red meat."

Selasa, 18 Julai 2023

Kempen suku suku separuh bermula dan berakhir di klinik kesihatan Putrajaya

 


Saya ada appointment check darah di salah satu klinik kerajaan di Putrajaya. Saja jalan ke kantin. Malang, menu sarapannya tak menggambarkan portion suku suku separuh.

Masakan sayur langsung takde. 

Yang ada pelbagai lauk ayam dan nasi, bihun dan mee. Dan kuih muih.

Betoi ka kempen Kementerian Kesihatan makan suku suku separuh ni (nasi, protein dan sayur/buah)? Kat premis sendiri pun kempen dah gagal dan tiada teladan.

Kempen suku suku separuh bermula dan berakhir di klinik kesihatan.




Gaji RM1500 bajet makan RM200 sebulan

 


Gambar kutip dari facebook [LINK]

Selalunya infografik begini bersifat condescending dan patronizing

Dan selalunya akan dapat kecaman dari netizen.

OK, cuma fokus pada satu perkara sahaja dari gambar ini iaitu MAKAN RM200.

Seminggu bermaksud RM200 / 4 = RM50 seminggu. Bujang boleh lepas?

Boleh. Saya dah jumpa. Perbelanjaan dia RM30 seminggu. Dengan syarat, makanan vegan dan masak sendiri.

Tapi berapa ramai yang boleh buat?

Sekian terima kasih.

Isnin, 17 Julai 2023

Next show LANGSUIR di Sibu Sarawak 30 September 2023


 Kawan-kawan di Sarawak, marilah, kita beramas mesra. Dan bawa saya ke kedai makan vegan yang ada di Sibu nanti.

Ahad, 16 Julai 2023

Medical check up dah tak lepas? Kena ubah cara makan dan gaya hidup.

Tadi kat ofis sembang dengan rakan sekerja. Suami dia medical check semua tak lepas. Kolesterol, darah tinggi, blood sugar etc semua melebihi tahap selamat.

Saya nasihatkan dia untuk bantu suami dia diet. Diet tak boleh sorang2. Kena ada partner. Partner paling rapat, suami/isteri le.

Baru kes awal, masih boleh reverse. Jangan sampai kronik. Semua penyakit tu datang kemudian, bukannya dari lahir. Sebabnya, makanan dan gaya hidup.

Saya cadangkan untuk beliau terus amalkan diet plant-based. Kalau tak mampu, kurangkan makanan animal-based seminimum mungkin dan banykkan sayuran. Contoh, makan daging hujung minggu je. Hari bekerja, makan 100% plant-based.

Animal-based ni banyak elemen yang menyebabkan radang. Kolesterol pun tinggi. Sedangkan elemen keradangan dan kolesterol ni sangat2 minimum dalam makanan plant-based. Boleh check data saintifik untuk fakta ini.

--------------

*saya pos ni kat facebook saya semalam. Saya dapat feedback dari seorang kawan fb saya dan boleh dibaca di bawah ini.




Sabtu, 15 Julai 2023

Lunch dinner 13 & 14 Julai 2023

Baby potato gril, humus, cauliflower, brokoli. tempe dan sayuran hijau. Takde nasi.

Nasi basmati, mock fish, cucumber masak cuka. Sayuran masak air dan salad.

Nasi basmati goreng dengan cendawan shitake dan kobis ungu. Sayuran hijau.

100% vegan meals!
 

Jumaat, 14 Julai 2023

Nutrisi jus lemon dalam mengimbangkan asid urik (gout)


Atas saranan isteri saya, minum jus lemon setiap hari. Kata beliau, untuk lawan gout.

Atas sifat taat isteri (haha) saya pun minum je la. Lagipun, saya tak perlu buat apa-apa. Sedar-sedar gelas jus lemon dah dibawa kepada saya untuk diminum. Saya pun minum, walaupun masam. Sebab tiada gula ditambah. 100% perahan lemon. Tambah ais.

Baru je amal. Kemanisan lemon tu tak terasa lagi. Ikut prinsip habit, kena amal dahulu selama 21 hari berturut-turut, barulah akan jadi serasi dan segala nikmat/kesedapan dari minuman tersebut akan dapat dirasai.

Jadi, saya pun semaklah. Benarkah ada manfaat kepada pengidap gout?

Carian saya mendapati ada dua artikel saintifik yang mengakui hal ini. 

  1. SAT0318 Lemon Juice Reduces Serum Uric Acid Level Via Alkalization of Urine in Gouty and Hyperuremic Patients- A Pilot Study [LINK] 2015
  2. Lemon fruits lower the blood uric acid levels in humans and mice [LINK] 2017
Kita orang yang dididik dengan pendidikan sains dan teknologi, kenalah guna data saintifik juga. Tak begitu?

Kredibiliti artikel no 2 mungkin lebih dipercayai sebab dibawah penerbitan Science Direct. Artikel no 1 saya tak familiar penerbitnya.

Saya pun tak faham sangat sebab background saya engineering tetapi kita terus sahaja kepada penutup artikel pertama, subjek minum dua biji jus lemon yang dicampur dengan 2 liter air setiap hari selama 6 bulan (1/1/2013 and 30/6/2013)

To the best of our knowledge, this is the first study in the English literature to evaluate the use of lemon water in gout patients and individuals with hyperuricemia. In this study all individuals given lemon water showed a reduction in SUA, improvement of serum creatinine and GFR as well as urine alkalization after 6 weeks of lemon water.
Lemon water may be a useful adjuvant in the treatment of patients with gout. Large randomized controlled trials are needed to further evaluate the hypourecemic effect of lemons and usefulness of lemons/lemon juice and lemon water as an adjuvant in the treatment of gout.

Dengan bahasa Melayunya, jus lemon menjadi satu elemen untuk mengubah komposisi asid urik dalam badan untuk bertukar/ditukar keadaan (tak tahu kepada apa, tapi asid urik dalam badan dapat direndahkan). Disebabkan ini adalah kajian pertama (tahun 2015) jus lemon-gout, maka kajian seterusnya perlu dibuat dengan sample yang lebih besar.

Untuk artikel kedua, lebih panjang dan lebih detail. Jadi kita terus sahaja tengok abstrak artikel ini, subjek manusia diberi minum jus lemon sebiji setiap hari selama 6 minggu,
The results showed that the lemon fruit juice and/or the water soluble extracts significantly lowered serum uric acid levels in both human subjects and mice. Neither renal nor liver dysfunction was observed. The mechanistic results indicated that lemon might exert the role in lowering serum uric acid independent of inhibition of xanthine oxidase. The results lay a foundation for the future development of dietary treatments of hyperuricemia in humans.

Kajian menggunakan subjek manusia untuk zahir luaran dan tikus untuk organ dalaman mendapati bahawa tahap asid urik pun berkurang.

Ya saya akui, ini tidak konklusif. Tapi boleh la amal dahulu. Sebiji dua lemon sehari tidaklah mahal mana jika dibandingkan suplemen proses yang kononnya kita kena makan (harga beratus-ratus ringgit) untuk mengurangkan asid urik dalam badan.

Tetapi ingat ye, ini bukan ubat. Ini adalah diet. Diet ni selalunya boleh patah balik kesihatan yang buruk kepada yang lebih baik. Kebanyakan penyakit berpunca dari perut (makanan).

Khamis, 13 Julai 2023

Lunch 11 dan 12 July 2023

Nasi basmathi dengan chia seeds. Masak lemak kuning cendawan tiram, tauhu dan karot. Sayuran hijau.


 

Nasi basmathi dengan chia seeds. Masak merah mock-lamb dan kentang. Sayuran hijau.

Alamak, harga Mekdi dah naik la!


 Adoyai... abis la camni, nak makan apa?

Posting ni bukan politikal. Posting ini boleh dilihat dari perspektif yang lain. Perspektif makanan sihat.

Kalau harga makanan tak sihat (ultra-processed) dah naik, maka ini adalah masanya untuk kita berubah kepada makanan yang lebih sihat.

Ya, semua harga makanan mentah pun naik. Harga sayur pun naik.

Tetapi lebih baik kita bayar harga tersebut untuk makanan yang sihat dari makanan tak sihat, betul [LINK]?

Yang kita jual beli, hakikatnya adalah kesihatan kita. Umpannya adalah sedap dan craving.

Kesian kat keluarga kita, especially anak-anak kita yang tak mampu melawan craving dan sedap. Mereka bila-bila masa sahaja akan pilih craving dan sedap daripada sihat. 

Bahananya, disebabkan sudah mereka diperkenalkan dengan ultra-processed foods sejak selepas putus susu lagi, maka kita dapat lihat generasi mereka seawal remaja dah mula dapat sakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung etc. 

Kalau tidak kasihankan diri sendiri, kasihanilah mereka. Sebab mereka dalam tanggungan kita sebagai ibubapa.

Saya berharap makanan ultra-processed seperti Mekdi, KayEpChi. Pisahat etc semua naik menjadi harga tak mampu milik seperti zaman 80an, 90an dahulu.

Kita jauhi makanan sebegini bukan atas sebab politikal mahupun ekonomi, kita menjauhi mereka atas sebab kesihatan.

Rabu, 12 Julai 2023

Sunshine wholemeal bread

 

Kalau perasan, syarikat makanan yang besar-besar dah mula tawarkan makanan proses yang "lebih" sihat. Kat Malaysia ni lambat la sikit, tapi kat negara Barat dah hebat.

Sunshine ni jenama lama roti. Roti adalah makanan proses, bahkan ultra-proses [LINK]. Dah la gandum dalam roti biasa tu dah proses, kena proses lagi masa buat roti. Jadilah ianya ultra-proses iaitu bahan asalnya (gandum) sudah hilang sifatnya.

Wholemeal ni bermaksud,

Wholemeal bread is made from wholegrains that have been milled to a fine texture, giving a plain brown appearance. Wholemeal flour contains more fibre than white flour. Wholemeal bread also contains more vitamins and minerals than many white breads, but has a higher GI than wholegrain breads.

OK la, baik sikit dari roti biasa tu.

Yang kat gambar tu bukan gandum, tapi ada campuran oat. Harganya dalam RM5 kalau tak silap. Bahkan Sunshine juga ada beberapa roti buku wholemeal ni. Cuma susah nak jumpa kat kedai biasa. Boleh tengok kat website https://www.sunshine.com.sg/category/products/sunshine-bread/wholemeal-bread/ Kalau ada jumpa boleh cuba beli dan makan.

Sunshine Australian Oat Soft Grain Wholemeal Bread is freshly baked with 60% of wholemeal flour and premium Australian Rolled Oats which gives a delightfully soft and grainy chew. It is low in sugar and high in dietary fibre for a more balanced and healthier diet!

√ Premium Australian Rolled Oats
√ Low in Sugar
√ High in Dietary Fibre

Saya dah tak makan roti buku putih yang biasa tu. Mulut dan perut dah serasi roti wholemeal ni.

Plant-based ke? Ikut mata saya yang rabun ni, nampak macam plant-based semua kat ingredients. Mungkin saya terlepas pandang jika ada campuran dairy-products kat dalam tu. Jika tak pasti, kita tanyalah terus kepada customer service. Harap-harap dijawab segera.




Dinner 10 July 2023, Kedai Makan Peshawar

 


Kedai makan Peshawar ni ada merata di Lembah Kelang. Autentik Pakistani dishes katanya. Kebetulan dekat dengan madrasah anak perempuan saya. Lepas hantar dia balik ke madrasah, saya pun singgah untuk makan malam.

Capati, kacang pool dan mixed vegetables. Plant-based tapi minyak dia... fuh bahaya punya banyak.

Selasa, 11 Julai 2023

Plant-based dan luka (kudis) yang hilang

 

Sebelum ini kaki saya bahagian depan betis selalu ada kudis-kudis (scab) halus/kecil. Gatal. Dan bila layan gatal ni kita garu, bila garu maka berdarah.

Saya baru perasan sesudah beberapa lama amal plant-based diet ni, saya dapati kudis-kudis tersebut telah hilang. Malah kesan kudis tersebut (tompok hitam kecil) pun sudah tiada.

Maaf, tiada gambar sebelum. Gambar di atas diambil pagi tadi apabila isteri saya check. Dia pun tahu masalah saya ini. Dia pun terkejut sebab dah hilang.

Saya pun tidak pasti adakah ini adakah kerana amalan diet plant-based ataupun benda lain. 

Nak check kat google pun, tak tau nak search google. Yang ada cuma efek negatif kepada kesembuhan luka tanpa makanan sumber haiwan. 

Sedangkan efek saya positif cuma mungkin ini bukan sembuh luka.

Yang ada diet plant-based ini dapat menghilangkan jerawat dengan cara sayuran yang low-fat [LINK]

Tapi ada ke jerawat di kaki?



Jumaat, 7 Julai 2023

Kisah vegan Muslim di UK

Artikel ini sangat menarik untuk dibaca [LINK]. Mungkin antara kisah yang dipaparkan itu ada kaitan dengan keputusan saya untuk menjadi vegan/plant-based.

Soalan yang selalu bermain di fikiran orang Islam apabila bercakap tentang veganism ialah tentang penyembelihan binatang yang pada ideologi veganism adalah haram (pada istilah) sedangkan dalam Islam ianya halal (pada istilah dan syarak) bahkan dianjurkan untuk ibadah akikah dan korban.

Sayful Ahmed (seorang imam muda) dalam artikel ini mengharmonikan konflik ini dengan berkata,

As for sacrificing an animal at Eid al-Adha, Sayful says you don't have to actively perform a sacrificial slaughter yourself, but instead you can give money to a charity or to someone who can do it on your behalf, as most Muslims in the UK do.

yang mana ini juga menjadi kebiasaan untuk mereka yang tak sanggup nak melihat ibadah korban depan mata. Begitu juga mereka yang melakukan ibadah korban upah buat di luar negara.

Untuk diet harian pula, adakah suatu tradisi Islamik jika memakan sumber haiwan setiap kali makan dan setiap hari, 

"But what I say back to them is that if they did their research, the prophet Muhammad's diet was 90% plant-based and he lived largely on dates and barley. He very rarely ate meat."

Penyataan ini, mungkin boleh disemak semula untuk pengesahan. Namun mungkin ada akan kebenarannya. Bahkan dalam fatwa kita pun ada hadith tentang amaran berlebihan dalam memakan daging [LINK].

Selesai kita berbincang mengenai halal dan haram dalam amalan diet vegan/plant-based, kita tengok pula sebab mengapa Muslim mengubah diet mereka. Bagi Sumaya, ianya adalah atas sebab untuk menjadi lebih cepat sihat selepas beliau tercedera di bahagian buku lali. Setelah mengamalkan diet vegan, kecederaan sembuh dengan lebih cepat, dan secara amnya dia merasa lebih sihat,

"At this point, I was pretty desperate. I couldn't even walk up the stairs without being breathless, so I was now sold on veganism," she continues. "After trying it out for a couple of months, I felt great."

Ada juga yang merasakan sistem penyembelihan kita sekarang ini tidak mengikut apa yang didasari oleh Islam sendiri, iaitu, ihsan. Dalam hal ini, Mara berkata,

"Being Muslim, we must treat animals well before we eat them," Mara tells me. "I just don't think that in today's society that's happening, so we shouldn't be eating meat if we can't guarantee the animals will be treated well."

Ingat insiden di negara kita pada Hari Raya Haji yang lepas, tular video seekor lembu yang terjerut di leher dan mati, sebelum sempat lembu itu disembelih [LINK *amaran video sembelihan]? Ini bukan anjuran Islam bahkan ini adalah satu seksaan yang dilarang.

Namun saya tidaklah pula menyembunyikan diet vegan/plant-based saya kepada orang. Dengan bini pun saya suruh ikut diet yang sama. Alhamdulillah dia pun OK je, dan merasakan manfaatnya juga. Dengan anak-anak, saya selalu kata akan kebaikan memperbanyakkan makan sayur dan mengurangkan makan daging. OK je.

Dan ramai juga Muslim di UK yang mula menjadi vegan tetapi pada masa yang sama mengharmonikan diet ini dengan hukum agama, 

"When I go to events or talks I am seeing lots of young Muslims attending who are concerned about the environment. We want to be involved in the discussion more than we are – but I think the appetite is there, especially among young Muslims."

Yang sekarang kita nak tengok ialah semakin ramai Muslim di Malaysia yang setiap kali makan dan setiap hari makan daging, bertukar kepada diet vegan/plant-based [LINK].

Penyudahnya ialah amalan diet vegan/plant-based ini ada kebaikan lain yang tidak kurang besar juga iaitu menyelamatkan alam sekitar kita dari terus rosak [LINK]




Khamis, 6 Julai 2023

Punk dan veganism di Malaysia?

Antara genre muzik yang rapat dengan veganism ialah punk rock.

A 2014 study indicates that vegan punks are more likely to remain politically active through their diets and lifestyles than those who do not belong to this subculture. [LINK]

Dalam hal ini punk mengambil definisi vegan bukan sekadar diet tetapi termasuk dalam vegan ialah pergerakan animal-rights.

Animal rights is the philosophy according to which many or all sentient animals have moral worth independent of their utility to humans, and that their most basic interests—such as avoiding suffering—should be afforded the same consideration as similar interests of human beings [LINK]

Tapi kata kawan punk saya yang vegan, punk kat Malaysia susah nak jadi vegan. Al-maklum, susah nak elak makan daging, ayam tu sedap sangat tu hahaha... (laughs in metal)

Sejauhmana veganism ini menembusi budaya punk di Malaysia ini tidaklah saya ketahui. Mungkin kawan-kawan punk boleh bagi pendapat anda?

Video di bawah ini saya belum tonton lagi. Sejauh mana ia menjelaskan veganism + punk, tidak dapat saya pastikan. Ayuh kita tonton bersama-sama.



Isnin, 3 Julai 2023

Lunch and dinner vegan di Sala dan IKEA

Cuti Raya Haji saya ambil kesempatan untuk check out menu vegan di Sala (Alamanda, Putrajaya) dan IKEA Cheras.


Taco mushroom di Sala. Harga RM12. Rasanya sedap.

Salad di IKEA. RM9.90. Boleh la tapi saya harap lebih banyak sayuran hijau atas pinggan.


Vegan meatballs di IKEA. Tak ingat harga tapi dalam RM14 kot. Pun sedap juga.

Sabtu, 1 Julai 2023

Video - What you eat matters H.O.P.E.


Sinopsis:

Standard American Diet (SAD) ialah corak pemakanan moden yang sudah menjadi budaya rakyat  Amerika Syarikat. SAD menjahanamkan kesihatan jangka panjang. Mengikut definisi, SAD terdiri daripada makanan ultra-proses, gula, lemak, dan sodium. Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang, dan protein tanpa lemak sangat kurang dalam diet ini. [LINK]

Makanan fast food yang penuh dengan lemak, garam dan gula, berlebihan dalam pemakanan daging - siang dan malam dan setiap hari, tidak mengambil berat terhadap memakan sayuran dan buahan adalah kriteria utama SAD yang sudah menular dalam budaya pemakanan Melayu kita. Anak-anak sebaik sahaja putus susu, mula diperkenalkan dengan SAD sehingga mereka menjadi ketagih dan akan mengamuk jika tidak disajikan dengan makanan SAD.

Sedih kerana kita terperangkap dengan SAD yang begitu kuat mempopularkan budaya ini melalui iklan, lobi dan penipuan hingga menjadi sebahagian dari budaya hidup orang Melayu sekarang.

Khurafat Lokasi Tuhan


[Artikel Asal oleh Ustaz Mohd Nawawi Abdul Razak]

KHURAFAT LOKASI TUHAN

Mendaki Menara Firaun, Memanjat Bukit Darimi

Akibat kemarahan tak terhingga kepada golongan pelampau Jahmiyah dan Muktazilah, sebahagian Ahl Hadith & Hanabilah seringkali tergelincir hingga turut terjerumus menjadi pelampau, dalam versi mereka sendiri. Faktor terbesar ialah kelemahan dalam mengurus hujah dan mengatur kata-kata, ie mereka lemah dalam seni debat dan kalam. 

Apabila Jahmiyah dan Muktazilah mengatakan al-Quran itu makhluk, Ahl Hadith / Hanabilah akan melantun dan mengatakan Allah berkata-kata, bahkan dengan mulut تكليما من فيه. Bahkan direka-reka pula sifat baru iaitu Allah Diam السكوت. 

Apabila Jahmiyah dan Muktazilah mempertikai istilah Yad atau Tangan Allah, Ahl Hadith / Hanabilah akan meloncat mengatakan Tangan Allah menyentuh Adam a.s مسيسا ketika dia diciptakan, dan Allah menyerahkan Taurat dari Tangan-Nya ke tangan Musa a.s من يده إلى يده. 

Apabila Jahmiyah dan Muktazilah mendustakan hadith Nuzul, Ahl Hadith / Hanabilah lantas mencipta konsep الحركة iaitu Allah Bergerak – up and down, backward and forward. 

Apabila Jahmiyah dan Muktazilah menafikan sifat Istiwa’, Ahl Hadith / Hanabilah tanpa malu segan mengatakan Allah Duduk الجلوس, duduk pula di atas kerusi, lalu kerusi itu berbunyi الأطيط kerana dihempap oleh Berat Allah الثقل. 

Namun paling teruk dan memalukan ialah kata-kata Uthman ad-Darimi dalam kitabnya Naqdh Bishr al-Marisi, dalam usaha melawan kalam Jahmiyah yang mengatakan Allah ada di semua tempat, mengatakan;

رأس الجبل أقرب إلى الله من أسفله

“Puncak bukit lebih hampir dengan Allah, berbanding kawasan bawahnya (kaki bukit).”

Akibat terlalu emosi tatkala berhujah dengan seorang penganut Jahmiyah, ditambah pula dengan lemahnya struktur hujah dan seni kalam, seorang tokoh hadith seperti Uthman ad-Darimi tergamak mengatakan sedemikian, lalu jatuh teruk ke lembah zallah dan dzullah.

Ia tidak lain merupakan cubaan terdesak - namun naqis serba serbi - untuk memberikan reaksi dan respon kontra kepada ajaran Jahmiyah tersebut, hingga menggambarkan bahawa Allah menetap di sebuah lokasi yang ada kordinat, lengkap berlatitud dan longitud. Semata-mata untuk menafikan teori Allah ada di mana-mana. Bagi ad-Darimi, inilah satu-satunya cara untuk menjawab syubhat tersebut. Kesian. 

Memanglah puncak bukit atau gunung itu tinggi, dan lebih hampir dengan langit biru berawan komulonimbus yang kita nampak tu. Tapi takkan Allah yang Maha Agung duduk bertenggek di celah-celah awan? 

Ini satu ajaran bid’ah dalam aqidah yang tidak pernah diajar oleh Allah dan Rasul, dan tak pernah disebut oleh Sahabat dan Tabi’in. 

Bahkan jika melihat pada frasa أقرب إلى الله telah ada Hadith Sahih yang mengatakan saat seorang mu’min berada paling hampir dengan Allah ialah ketika dia sedang bersujud, bukannya ketika berada di atas bukit;

أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد فأكثروا الدعاء

Riwayat Muslim, an-Nasa’i, Abu Dawud, Ahmad dan lain-lain.

Bukankah ketika sujud, seorang mu’min meletakkan ke aras paling bawah dan rendah; iaitu tanah tempat sujud? Kenapa Rasulullah mengatakan saat itu dia paling hempir dengan tuhannya?

Sepatutnya – mengikut teori puncak bukit ad-Darimi – dia lebih hampir kepada Allah ketika qiyam, kerana kepalanya lebih tinggi, lebih hampir dengan langit. Bagaimana ahli hadith hebat macam ad-Darimi terlepas pandang perkara ini?

Inilah akibat bila terlalu agresif melawan hujah, namun dhaif dalam hujah dan kalam. Terlalu memusuhi kalam, dan emosional membela agama hingga melahirkan natijah yang tidak masuk aqal dan naqal. 

Ada yang cuba membela teori bukit ad-Darimi dengan berdalilkan peristiwa Isra’ dan Mi’raj, bahawa Nabi naik ke langit berjumpa Allah. Sebenarnya Nabi tidak pun berjumpa dan melihat Allah, baginda s.a.w hanya berhenti di Sidrah al-Muntaha di langit ketujuh. Nabi tak naik ke Arasy pun. Macam mana nak jumpa Allah yang jauh mengatasi semua makhluk termasuk Arasy? Langit ketujuh, pohon Sidrah dan Arasy semua masih lagi dalam alam makhluk. Realm of creation. Mi’raj Nabi dari dunia ke langit dunia, dari makhluk ke makhluk. 

Allah memanggil hamba-Nya yang salih di dunia sebagai Muqarrabun, sebagaimana malaikat di langit juga dipanggil Muqarrabun;

لَّن يَسْتَنكِفَ الْمَسِيحُ أَن يَكُونَ عَبْدًا لِّلَّهِ وَلَا الْمَلَائِكَةُ الْمُقَرَّبُونَ

إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ

Martabat Muqarrab langsung tidak ada kena mengena dengan lokasi manusia dan malaikat. Mereka mendapat Qurbah dan Taqarrub dengan kurniaan Allah dan amalan salih, bukan dengan hiking bukit! 

Sebab itulah Nabi ajar banyakkan doa dalam sujud, kerana saat sujud itu saat Taqarrub. Nabi tak ajar buat rumah tinggi-tinggi, panjat bukit atau solat di puncak menara. 

Bercakap tentang menara…ada yang tak malu berhujah pula dengan kata-kata Firaun yang menyuruh Haman membina menara tinggi agar dia boleh menjenguk tuhan Musa;

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى

Mereka katakan inilah akidah sahih yang Musa ajarkan pada Firaun. Really? Nabi Musa ajar Firaun; kalau nak jenguk Allah, binalah menara? Lalu Firaun pun percaya dan buat sebijik menara dan dia pun dapat melihat Allah di celah awan? 

Atau Musa mengajar bahawa Allah maha tinggi, mengatasi segala langit dunia, lalu Firaun dengan segala kekufuran dan kejahilan dalam hatinya mengatakan “Aku boleh buat menara yang sangat tinggi sampai aku benar-benar lihat bagaimana rupa tuhan engkau tu.”?

Bukan pelik pun Firaun mengatakan ada tuhan di langit biru, kerana aqidah Mesir Kuno sememangnya beriman dengan Dewa-dewi Langit atau Sky Dieties, seperti dewi Nut dan dewa Horus. Bangsa Greek menyembah Zeus tuhan di langit, bangsa Rom beriman dengan Jupiter dewa angkasa, dan dalam agama Hindu, dewa Brahma bersemayam di langit kayangan bernama Brahmaloka. Nothing new. 

Bahkan teori puncak bukit yang dibawa ad-Darimi mengingatkan kita kepada Mount Olympus, sebuah gunung di Greece yang diimani oleh orang Greek sebagai arasy dan tempat istiwa’ dewa dewi mereka. 

Namun Islam tidak mengajar konsep tuhan di langit sedemikian. Islam datang membawa aqidah yang besar daripada semua itu; mengesakan Allah dan menyucikan-Nya daripada sebarang unsur makhluk yang serba kekurangan. 

Bahkan Allah menempelak cubaan Firaun untuk sampai ke langit, dan mengatakan usaha membina menara itu suatu kesesatan dan amalan yang amat sia-sia;

وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ

Kalau cara faham Firaun tu betul, tepat seperti ajaran nabi Musa, sepatutnya Allah memujinya dan memberinya taufiq. Masalahnya, Allah mengatakan membina menara tu perbuatan bodoh سوء عمل dan تباب yakni sesat lagi sia-sia.

Jadi ajaran الله في السماء tidak ada kaitan dengan fizikaliti dan lokasi berkordinat. Bukan bermakna Atas tetapi Mengatasi, sama seperti فوق juga. Rujuk tulisan sebelum ini. 

Tapi menurut teori Uthman ad-Darimi syaikhul hadith kabir, Firaun di atas menara sememangnya hampir dengan Allah. 

Lebih pilu bila ada manusia di abad moden yang percaya dan yakin dengan ajaran bukit Darimi ni, dengan alasan beliau seorang Salaf yang berakidah Ahl Hadith bla bla bla. Maka mustahil dia tersilap. Salaf kot, kata mereka. 

Tidak mereka sedar, betapa jutaan manusia yang biasa mendaki bukit bukau dan gunung ganang, menaiki kapalterbang berpuluh, beratus kali, naik ke langit membelah awan…segala roket dan satelit yang naik ke angkasa lepas, hatta Neil Armstrong yang menjejak kaki ke bulan, semua ini tidak boleh dikatakan lebih hampir dengan Allah.

Apatah lagi si Darimi dengan bukitnya. 

Berapa ribu para Anbiya’ dan awliya’ yang tidak pernah naik ke langit biru macam kita, namun merekalah yang kaum Muqarrabun, yang hampir dengan Allah bifadhlih?

Berapa ramai pemilik istana dan menara tinggi, yang gah berseri, namun mereka merupakan sekufur-kufur makhluk, yang jauh daripada Allah? 

Bumi, sistem suria, galaksi, semuanya berputar dan mengorbit, bukan statik. Dengan kedudukan berubah2 macam mana nak dikatakan puncak bukit lebih dekat dengan Allah…takat naik bukit beberapa ratus meter, atau hatta Everest pun, terlalu kecil dibandingkan dengan saiz universe yang ada. 

Ibn al-Mubarak dan Ishaq bin Rahuyah juga antara nama fevret yang sering dijaja dan ditunggang oleh hanabilah ekstrimis, seperti Harb al-Kirmani sebagai sumber akidahnya yang batil. Mungkin kerana reputasi dan prestij yg ada pada mereka. 

And guess what…sekali lagi nama Ibn Al-Mubarak terpalit, di mana ad-Darimi berdalilkan kata-kata beliau yang kononnya diriwayatkan oleh Ishaq bin Rahuyah, bahawa puncak menara lebih hampir dengan Allah berbanding kawasan bawahnya;

رأس المنارة أقرب إلى الله من أسفله

Dalam seramai-ramai anak murid Ibn al-Mubarak, hanya Ishaq saja yang riwayatkan qaul ini.

Dalam seramai-ramai anak murid Ishaq pula, hanya Uthman ad-Darimi saja yang nukil tanpa sanad, bahkan tak jelas adakah dia betul-betul riwayat dengan sama’ atau balagh atau sekadar copy paste entah kitab mana.

Too fishy. 

Ditambah pula dengan lafaz yang ganjil, bahkan bertentangan dengan hadith sahih tentang Taqarrub dalam sujud, amat sukar untuk mana-mana mu’min yang berakal untuk mempercayai bahawa ia dituturkan oleh tokoh besar Ibn al-Mubarak. Dan kalau ia sahih pun dari Ibn al-Mubarak, kata-kata beliau bukannya Quran yang wajib diimani.

Dan sememangnya Uthman ad-Darimi dan hadith palsu amat sinonim dan tak dapat dipisahkan, khususnya dalam bab seperti ini. 

Di dalam kitabnya ar-Radd ‘ala al-Jahmiyah, si Darimi ini langsung tidak malu berdalilkan sebuah riwayat palsu daripada saidina Ali bin Abi Talib yang menyebut lafaz مكان bagi Allah;

خطب علي الناس الخطبة التي لم يخطب بعدها فقال: الحمد لله الذي دنا في علوه وناء في دنوه لا يبلغ شيء مكانه

Seperti kata-kata Ibn al-Mubarak di atas, kata-kata Ali ini juga hanya dijumpai dalam buku-buku karangan ad-Darimi, tidak dijumpai dan diriwayatkan oleh orang lain dalam dunia ini selain beliau seorang. Kalau riwayat palsu yang menunggang nama sahabat Nabi pun dipakai, apatah lagi riwayat palsu yang menunggang ulama yang terkebelakang seperti Ibn al-Mubarak. 

Justeru dinasihatkan agar kita mengambil pendekatan sederhana yang seimbang, meraikan aqal dan naqal, yang selari dengan penggunaan bahasa yang muktabar, dan memahirkan diri dengan seni berhujah, agar kita tidak tergelincir ke lembah yang sama tergelincirnya Uthman ad-Darimi yang menyangka Allah wujud di suatu lokasi, yang zat-Nya boleh dihampiri di atas bukit, kondominium dan menara tinggi. Niat memang baik, tapi cara tak kena. رحمه الله وغفر له