Sinopsis:
Standard American Diet (SAD) ialah corak pemakanan moden yang sudah menjadi budaya rakyat Amerika Syarikat. SAD menjahanamkan kesihatan jangka panjang. Mengikut definisi, SAD terdiri daripada makanan ultra-proses, gula, lemak, dan sodium. Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang, dan protein tanpa lemak sangat kurang dalam diet ini. [LINK]
Makanan fast food yang penuh dengan lemak, garam dan gula, berlebihan dalam pemakanan daging - siang dan malam dan setiap hari, tidak mengambil berat terhadap memakan sayuran dan buahan adalah kriteria utama SAD yang sudah menular dalam budaya pemakanan Melayu kita. Anak-anak sebaik sahaja putus susu, mula diperkenalkan dengan SAD sehingga mereka menjadi ketagih dan akan mengamuk jika tidak disajikan dengan makanan SAD.
Sedih kerana kita terperangkap dengan SAD yang begitu kuat mempopularkan budaya ini melalui iklan, lobi dan penipuan hingga menjadi sebahagian dari budaya hidup orang Melayu sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan