Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Jumaat, 14 Julai 2023

Nutrisi jus lemon dalam mengimbangkan asid urik (gout)


Atas saranan isteri saya, minum jus lemon setiap hari. Kata beliau, untuk lawan gout.

Atas sifat taat isteri (haha) saya pun minum je la. Lagipun, saya tak perlu buat apa-apa. Sedar-sedar gelas jus lemon dah dibawa kepada saya untuk diminum. Saya pun minum, walaupun masam. Sebab tiada gula ditambah. 100% perahan lemon. Tambah ais.

Baru je amal. Kemanisan lemon tu tak terasa lagi. Ikut prinsip habit, kena amal dahulu selama 21 hari berturut-turut, barulah akan jadi serasi dan segala nikmat/kesedapan dari minuman tersebut akan dapat dirasai.

Jadi, saya pun semaklah. Benarkah ada manfaat kepada pengidap gout?

Carian saya mendapati ada dua artikel saintifik yang mengakui hal ini. 

  1. SAT0318 Lemon Juice Reduces Serum Uric Acid Level Via Alkalization of Urine in Gouty and Hyperuremic Patients- A Pilot Study [LINK] 2015
  2. Lemon fruits lower the blood uric acid levels in humans and mice [LINK] 2017
Kita orang yang dididik dengan pendidikan sains dan teknologi, kenalah guna data saintifik juga. Tak begitu?

Kredibiliti artikel no 2 mungkin lebih dipercayai sebab dibawah penerbitan Science Direct. Artikel no 1 saya tak familiar penerbitnya.

Saya pun tak faham sangat sebab background saya engineering tetapi kita terus sahaja kepada penutup artikel pertama, subjek minum dua biji jus lemon yang dicampur dengan 2 liter air setiap hari selama 6 bulan (1/1/2013 and 30/6/2013)

To the best of our knowledge, this is the first study in the English literature to evaluate the use of lemon water in gout patients and individuals with hyperuricemia. In this study all individuals given lemon water showed a reduction in SUA, improvement of serum creatinine and GFR as well as urine alkalization after 6 weeks of lemon water.
Lemon water may be a useful adjuvant in the treatment of patients with gout. Large randomized controlled trials are needed to further evaluate the hypourecemic effect of lemons and usefulness of lemons/lemon juice and lemon water as an adjuvant in the treatment of gout.

Dengan bahasa Melayunya, jus lemon menjadi satu elemen untuk mengubah komposisi asid urik dalam badan untuk bertukar/ditukar keadaan (tak tahu kepada apa, tapi asid urik dalam badan dapat direndahkan). Disebabkan ini adalah kajian pertama (tahun 2015) jus lemon-gout, maka kajian seterusnya perlu dibuat dengan sample yang lebih besar.

Untuk artikel kedua, lebih panjang dan lebih detail. Jadi kita terus sahaja tengok abstrak artikel ini, subjek manusia diberi minum jus lemon sebiji setiap hari selama 6 minggu,
The results showed that the lemon fruit juice and/or the water soluble extracts significantly lowered serum uric acid levels in both human subjects and mice. Neither renal nor liver dysfunction was observed. The mechanistic results indicated that lemon might exert the role in lowering serum uric acid independent of inhibition of xanthine oxidase. The results lay a foundation for the future development of dietary treatments of hyperuricemia in humans.

Kajian menggunakan subjek manusia untuk zahir luaran dan tikus untuk organ dalaman mendapati bahawa tahap asid urik pun berkurang.

Ya saya akui, ini tidak konklusif. Tapi boleh la amal dahulu. Sebiji dua lemon sehari tidaklah mahal mana jika dibandingkan suplemen proses yang kononnya kita kena makan (harga beratus-ratus ringgit) untuk mengurangkan asid urik dalam badan.

Tetapi ingat ye, ini bukan ubat. Ini adalah diet. Diet ni selalunya boleh patah balik kesihatan yang buruk kepada yang lebih baik. Kebanyakan penyakit berpunca dari perut (makanan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan