Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Ahad, 27 Ogos 2023

Lunch 11 Ogos 2023

 


Nasi basmati ditabur chia seeds

Jantung pisang dengan sambal tanpa belacan

Sayuran daun mentah

Cendawan enoki goreng

Sup sayur (kentang, karot, bawang dan tauhu)

100% plant-based!

(Bini masak semua tu)


Ahad, 20 Ogos 2023

Lunch 19 dan 20 Ogos 2023

Tiga bahan utama. Sayuran, gorengan dan kuah. Ada lagi satu tertinggal, nasi impit.

Sayuran yang terlibat (semua rebus): Kacang panjang, timun carik, sengkuang carik, bayam dan kangkung.

Gorengan yang terlibat: tempe dan tauhu.

Kesemuanya apabila disatukan menjadilah makanan plant-based PECAL yang padu!


Pizza home-made. Ada beberapa layer:

Layer pertama - Roti lebanon. 

Layer kedua - Paste pizza beli kat supermarket.

Layer ketiga - paste bayam dan cendawan buat sendiri (tak nampak dalam gambar sebab 'dimakan' layer paste pizza.

Layer ketiga - cendawan hiris dan paste kacang gajus (paste kacang gajus ni caranya saya pun tak faham, kena tanya bini sebab dia yang buat)

100% plant-based!

 

Diet lebih penting dari senaman



Mana-mana pakar pun akan kata diet makanan lebih penting dari senaman. Untuk kurangkan berat badan juga untuk kesihatan.

70-80% pemakanan dan 20-30% senaman. Ini kata pakar.

Seperti kata video di atas, untuk hilangkan 1 kg berat badan, memerlukan dua marathon iaitu bersamaan dengan larian 43 km x 2 = 86 km larian.

Andai kata kita berlari 5 km sehari, maka perlukan 17 hari larian 5 km. Semua ini untuk hilangkan 1 kg.

Tambahan lagi, lepas dah penat bersenam, selalunya kita akan reward diri kita dengan makan. Makan tu dah le makan entah apa-apa.

Dan seterusnya, kita reward lagi dengan rehat. Beberapa hari rehat.

Penyudahnya, back to square one. Lepas tu pelik, aik.... sama je takde apa beza.

Mari kita jaga pemakanan kita.

Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.


Jumaat, 18 Ogos 2023

Lunch dinner Ogos tanpa nasi

Nampak tak tu, Brussel Sprout. Lama mencari, baru jumpa. Mahal juga kalau tak salah bungkusan 200-300gm harganya RM10. Rasanya ada kepahitan. Mungkin kena rebus/steam lagi lama sikit sebab yang ini masih keras dan kepahitannya agak menyerlah. Sos kat tepi tu vegan sos rasanya macam sos tartar, malas nak pegi dapur check haha...


Kat atas tu keledek rebus. Sos pulak black pepper/mushroom. Ada black beans rebus juga tu bersama grilled baby potato. Lain-lain boleh figure out sendiri la ye.

100% plant-based.

Sekali sekala kita makan tanpa nasi. Saya dapati tanpa nasi, memang cepat turun berat badan. Siapa nak cepat turun berat badan, boleh skip nasi terus dan kekalkan dengan 100% plant-based seperti sajian di atas. 

Namun sesiapa yang tak berapa nak target turun berat badan dengan cepat dan mahu jaga pemakanan sihat jangka panjang (seumur hidup), pastinya tak tinggal makan nasi, sekali-kala je skip. Macam saya ;)

Terima kasih kepada wife yang menyediakan juadah sihat ini.

Khamis, 17 Ogos 2023

WAJIB TONTON - Punca diabetes / kencing manis bukannya gula oleh Dr Neal Barnard

 

Punca diabetes bukanlah gula.

Gula yang dimakan akan diserap oleh sel otot badan melalui darah. Untuk masuk ke dalam otot, gula perlukan insulin. Insulin adalah kunci pintu kepada otot untuk menerima gula yang dimakan.

Beliau buat perumpamaan, bayangkan kita balik rumah dan kita guna kunci rumah kita untuk buka pintu tapi lubang kunci tersumbat oleh chewing gum.

Jadi dalam kes otot tadi, insulin dah ada tapi rongga nak terima gula tu dah tersumbat. Yang menyebabkan sumbat tu apa?

Lemak.

Lemak yang telah menutup rongga sel otot tersebut.

Lemak tu berasal dari sumber haiwan dan juga minyak yang dimakan.

Jadi apa yang patut dibuat? Jangan makan makanan sumber haiwan. Lemak yang sumbat rongga lama-kelamaan akan mengurang dan rongga terbuka luas kembali. Kunci insulin pun ada, dan gula pun dapatlah diserap masuk ke dalam otot.

Setel masalah dan diabetes boleh dilenyapkan.

Dengar sendiri la. Tak panjang mana pun.




Rabu, 16 Ogos 2023

Kandungan MILO - khusus untuk kawan-kawan yang potong (cut) gula

 


Cuba baca ramuan (ingedients). Jeng jeng jeng... ada gula!

Walaupun kita order milo kosong kat kedai mamak sebab tak mau gula, tapi dalam ramuan dah automatik ada gula.

Padanlah sama je keadaan kesihatan saya ye, walaupun dah potong gula.

Gula memang ada dalam kebanyakan makanan ultra-proses. Walaupun kadang-kadang kat bungkusan tu tulis TANPA gula. Dia boleh tulis gula tu dalam bentuk saintifik. Contohnya seperti di bawah:

  • Dextrose.
  • Fructose.
  • Galactose.
  • Glucose.
  • Lactose.
  • Maltose.
  • Sucrose.
Sama je, gula haha. Licik sungguh kan permainan mereka?

Terpaksa licik sebab tanpa gula, kurang sedap. Tak laku, boleh tutup bisnes. Matlamat utama kapitalis ialah buat duit. Lagi banyak untung lagi bagus. Kesihatan priority ke-47.

Tapi ada vitamin tambahan bro... Sebenarnya, vitamin tu kita boleh dapat dari pemakanan sihat seperti sayuran. Ada beratus ribu jenis tumbuhan yang kita boleh makan untuk dapatkan zat dan vitamin dalam MILO ni.[LINK]

Elak bagi kat anak-anak juga. Kita cut, tapi anak-anak dengan senang hati kita bagi minum. Seawal umur 4-5 tahun dah bagi. Hari-hari pulak tu. InsyaAllah, umur 20 tahun mereka akan start develop sakit kencing manis. Tak percaya? 

Sayangi diri kita dan anak-anak kita. Makanlah makanan yang sihat. Korbankan sikit sedap tak mengapa.

Sarapan harian

 

Assalam pemakanan sihat.

Sarapan harian saya.

Oat, sesudu madu asli, chia seeds dan kismis. Kadang2 letak pisang kerat2 kecil. Kadang2 kosong je  sebab bahan2 sampingan habis terlupa nak top up stok. Takpe kita makan je dengan redha.

Tak sedap? Tak mengapa. Itulah pengorbanan 😉. Nak hidup lama lagi kan?

Seminggu sekali kita makan tosei atau bihun goreng etc kalau dah boring makan oat.

Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan sebab penyakit. Inilah antara ikhtiar kita, jaga pemakanan.

*madu bukan plant-based. Saya makan sebab ikut sunnah Nabi saw dan kenyataan dari Al-Quran tentang kebaikan madu lebah. Madu lebah kena pastikan benar-benar asli kerana madu tiruan bukanlah madu.

Selasa, 15 Ogos 2023

Kenapa perlu hidup sampai umur 60-70 tahun Part 1

Kita boleh hidup lama sikit, mati dalam linkungan 60-70 tahun sebab Nabi saw kata begitu. Malangnya, kita mati awal sebab penyakit sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan kanser yang berpunca dari gaya pemakanan yang tidak sihat.

Punca penyakit dari perut. Yang masuk perut ialah makanan.

Anyway, saya nak buat kira-kira sikit untuk diri saya.

Umur 2023 - 48 tahun

Umur anak perempuan bongsu - 6 tahun.

Saya nak hidup sampai sekurang-kurangnya saya dapat menimang cucu dari anak bongsu saya ini. Anggaran dia menikah dan dapat anak, umur dia 23-27 tahun.

Maka, baki nak kena hidup ialah 48 + (23-6) = 65 tahun, berbaki lagi 17 tahun kena hidup. Ini minimum sebab jangka anak bongsu ni dapat anak umur 23. 

Kalau umur 27 tahun baru dapat anak maka umur saya 69 tahun, berbaki 21 tahun lagi.

Ngam. Dalam range hadis Nabi saw (60-70 tahun). Umur saya 70 pada tahun 2045.

Baki 21-22 tahun ni la nampaknya saya dan isteri kena jaga pemakanan dan kekal aktif. Ikut kata pakar, pemakanan 70-80% dan aktif 20-30%. Nampak di sini, pemakanan adalah kingmaker.

Kalau dah mati juga pasal benda lain (eksiden... atau memang ajal dah sampai), nak buat camana kan? Allah swt juga yang perintah untuk ikhtiar.

Nak timang cucu anak bongsu ini antara matlamat. Ada matlamat lain yang lebih penting dari itu. Nanti sembang lain.




Meals for the rest of July

Spaghetti dengan kuahnya tapi ada lentils, karot, jagung, chickpeas. Tambah dengan sayur daun hijau/purple.


Nasi goreng cendawan bersama kacang panjang dan kobis ungu. Sayur daun dengan timun sliced.


 
Nasi goreng perisa tomyam vegan bersama karot, bell pepper, kobis ungu. Sayur daun dan lemon untuk perisa tambahan.

Lama tak update menu makanan. Sebabnya, kadang-kadang tak sempat nak ambil gambar, ngap dulu sebab dah lapar.


Sabtu, 12 Ogos 2023

Lifestyle


 

1. Weight loss lifestyle bermaksud:

-  80% diet jangka pendek (berhenti apabila berat ideal tercapai)

- 20% senaman/aktif (berhenti apabila berat ideal tercapai)


2. Healthy lifestyle bermaksud:

- 80% diet jangka masa panjang (berat ideal tercapai dan organ dalaman semua sihat sampai ke tua)

- 20% senaman/aktif (sampai ke tua)


Aktif sahaja tapi makan main sumbat je tak cukup. Ramai orang kita sangka, dah aktif, tak perlu jaga makan dah.

Ambil supplement tapi makan main sumbat pun tak cukup juga. Begitu juga yang ini, pemahaman yang salah.

Kesalahan kita ialah jaga pemakanan adalah sementara sahaja. Lepas tu balun balik. Dapat penyakit balik. Ubah lifestyle balik. Kitaran berpusing-pusing. Lepas tu pening, eh apsal penyakit datang balik?

Jumaat, 11 Ogos 2023

Kedai makanan mementingkan sedap tetapi meninggalkan khasiat.


Kedai makanan mementingkan sedap tetapi meninggalkan khasiat.

Kerana sedap itu berkait dengan syahwat.

Mudah untuk dijual. Pelanggan pun ramai pentingkan sedap.

Mungkin khasiat itu langsung tiada dalam fikiran penjual pun. Yang penting sedap. 

Kerana tiada soalan/perbincangan berkaitan khasiat pun antara pelanggan. Jadi buat apa perlu khasiat?

Disebabkan kita dah terbiasa dengan sedap, maka khasiat kita tepis tepi apabila nampak sedap.

Walaupun ketika itu penyakit dah mula hinggap. Dan tau apa akan jadi jika diteruskan.

Anak-anak masih kecil, sekolah tak habis lagi. Kasih sayang tak habis lagi ditagih/diberi. 

Kita sebagai ibubapa tiada planning untuk hidup lama untuk tengok anak-anak habis sekolah? Konvo? Tengok anak naik pelamin? Terima menantu? Menimang cucu?

Umur 40-50 tak sampai 60 dah cukup segala urusan, ready-to-go?

Khamis, 10 Ogos 2023

Wahai jantung


Wahai jantung,

Malam tadi kita berdua berjaga

Aku terjaga. Kau memang jaga sentiasa

Aku mendengar degupanmu

Degupanmu, sayup

Meresap ke setiap salur nadiku

Tenang

Ya aku mendengar keluhanmu

Asalnya aku buat tak tahu

Aku tak peduli sikit pun

Sedangkan kau berdegup

Ketika aku jaga mahupun tidur

Tanpa henti

Atas taatmu kepada perintah Tuhanmu

Sekarang aku mula peduli

Keluh kesahmu atas nafsu makanku


Wahai jantung

Terimalah ucapan terima kasihku

Atas khidmatmu

Aku berjanji untuk peduli

Makananku, untukmu

Agar tiada lagi keluh kesahmu dilanjutkan kepada Tuhanmu

Berdeguplah dengan aman

Tanpa lagi keluh kesah.

Seaman malam ini kita berdua seolah-olah tersenyum

Tenanglah Wahai Jantung

Izinkan aku menyambung tidurku

Dengan iringan degupanmu yang syahdu.


- Batara 10/8/2023

Rabu, 9 Ogos 2023

Kenyang dan sedap belum tentu berkhasiat.


Kenyang dan sedap belum tentu berkhasiat.

Tabiat diulang bertahun-tahun maka natijahnya akan muncul penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan kanser.

Generasi saya, bermula umur 40 tahun.

Generasi anak saya, bermula seawal umur 20 tahun.

Generasi mak bapak saya, bermula umur 60 tahun.

Makin jarang kita dengar kematian atas sebab tua. 

Bahkan kematian adalah sebab penyakit yang hinggap (asalnya tiada).

Sekuriti makanan

Radio ikimfm tadi ada syarahan tentang krisis sekuriti makanan.

Faedah yang saya dapat ialah bila kita 

1. belajar makan banyak sayuran, 

2. menjauhi makanan ultraproses dan 

3. masak sendiri (eksperimen ganti nasi dengan kentang, keledek etc); 

maka lebih mudah untuk menghadapi krisis sekuriti makanan.

Krisis sekuriti makanan yang pernah melanda negara kita antaranya; gula, telur, ayam etc. Ia akan berulang dan barangkali jadi lebih buruk lagi di masa hadapan.

Negara pengeksport beras pun sudah menghadkan eksport beras mereka. 

Sekuriti makanan adalah salah satu perkara yang menjadi perhatian PBB. Jika bukan perkara besar, ia tidak akan menjadi perhatian PBB.

Ahad, 6 Ogos 2023

Sumber protein dari tumbuhan



Sebagai rujukan masa hadapan.

Bila diet vegan, orang selalu tanya, protein dapat kat mana? 

Ditanya sebab kita telah terbiasa bahawasanya, protein = sumber haiwan (ayam, daging, ikan, susu etc).

Kadang-kadang doktor pun tanya soalan yang sama.

According to the Dietary Reference Intake report for macronutrients, a sedentary adult should consume 0.8 grams of protein per kilogram of body weight.

Kalau berat 80kg, maka 80kg x 0.8g = 64g protein sehari yang diperlukan.

Sabtu, 5 Ogos 2023

Ikhtiar kita untuk sihat

 1. Wife bagitau kawan MRSM dia meninggal dunia ketika berlari.

Allahyarham dalam persediaan training untuk masuk marathon. Beliau kerap sertai pertandingan marathon.

-------------------

2. Chef Wan hidap kanser. Beberapa minggu lepas dengar temuramah beliau di ikimfm dia declare sihat alhamdulillah takde penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung..

[LINK]


-------------------

Umur jaga-jaga. Walaupun kita ikhtiar namun Allah swt bagi sihat dan bagi sakit. Allah swt menghidupkan dan mematikan.

Antara ikhtiar kita ialah ubah gaya hidup. Kalau tak aktif, sekarang kena aktifkan. Kalau tak jaga makan, sekarang kena jaga makan.

Diet ada macam-macam. Boleh baca sendiri dan pilih.

Saya pilih vegan/plant-based diet selepas membaca dan bertanya.

Jumaat, 4 Ogos 2023

Makan supplement?


Supplement dimakan sebab ada zat yang tak cukup dalam badan kita. Supplement bukan ubat.

Tapi walaupun kita makan supplement, diet kita sama je macam dulu (merosakkan badan), tak guna juga.

Zat yang merosakkan badan tetap bertambah (gula, garam, lemak dan kolesterol yang BERLEBIHAN). Badan tetap rosak secara progresif.

Makan supplement dan ubah diet kepada yang lebih sihat, ini yang sepatutnya.

Anyway, supplement pun boleh dapat dari makanan harian. So tak perlu makan supplement pun dalam banyak keadaan, melainkan telah dinasihatkan oleh doktor selepas pemeriksaan perubatan.

Selepas pemeriksaan perubatan kita boleh tanya doktor, apa zat yang tak cukup lagi? Kalau nampak teruk sangat, pasti doktor akan syorkan makan supplement untuk dapatkan zat yang kurang tadi.

Cukup sekadar ubah diet kepada yang lebih sihat pun OK sebenarnya. Contohnya, diet vegan/plant-based. Kena cuba baru tau.