Disebabkan segala teori perlu dibuktikan maka itulah perlunya ada kerja makmal dalam kerja sains.
Banyak teori yang dapat dibuktikan dengan kerja makmal yang mudah, macam students ni buat three-hinged arch. Hampir semua universiti kejuruteraan ada apparatus ni.
Ada pula teori yang susah nak dibuktikan. Kadang-kadang nak buktikan kena ada makmal yang mahal sampai berbilion ringgit. Macam makmal CERN tu.
Tu yang kadang2 buat research ni jadi mahal. Nak kena ada apparatus dan makmal yang sesuai.
Bacaan di google, internet, FB, tiktok tu bukan research, itu adalah literature review. Tu pun nak letak sebagai literature review pun rasa segan ya amat untuk mereka yang mengetahui.
Bagaimana dengan pembuktian untuk agama pula? Secara ringkasnya kena ada dalil dari Al-Quran, sunnah, ijmak dan qiyas. Tak serupa macam pembuktian sains.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan