DARK ANGEL akan rilis album terbaru Extinction Level Event
34 tahun menunggu… kalau ada anak, kita dah bercucu. Akhirnya Dark Angel kembali dengan album baru bertajuk Extinction Level Event yang akan keluar pada 5 September ini.
Album terakhir mereka, Time Does Not Heal (1991), dah lama jadi rujukan thrash metal dengan reputasi “9 songs, 67 minutes, 246 riffs!”.
Line-up terkini diketuai oleh Gene Hoglan (drum), Ron Reinhart (vokal asal kembali), dan pasukan baru yang bersemangat untuk hidupkan semula roh thrash Los Angeles era 80-an.
Persoalan besar: adakah Extinction Level Event akan mampu berdiri sebaris dengan Darkness Descends atau Time Does Not Heal? Atau sekadar jadi “album comeback” yang lebih bersifat nostalgia?
Pada pendapat saya yang hina dina ini, setelah mendengar sekali harung - malangnya, ia lebih bersifat nostalgia. Mungkin sebab, maaf kata, saya tak pernah meletak album Dark Angel di dalam golongan album thrash pilihan saya. Single yang ini pun takdelah menyebabkan saya berubah hati (link di komen).
Mungkin saya lebih menjulang Gene Hoglan sebagai drummer di dalam band yang lain, terutamanya DEATH melalui album Individual Thought Patterns (1993), yang bila saya dengar, eh hebat nak mampus dia punya drumming, kenapa tak menyerlah di dalam Dark Angel?
Saya kira ini ada berkait dengan "siapa" pencipta lagunya. Chuck Schuldiner, genius death metal. Siapa sahaja yang bersama beliau, pasti akan menyerlah. Tak percaya? Kalian dipersilakan untuk selidik diskografi Death dan bandingkan pemuziknya dengan band yang lain. Anda pasti akan bersetuju mereka lebih menyerlah apabila bersama dengan Chuck.
OK saya tarik balik. Tak jadi nak libatkan Andy La Rocque bersama King Diamond haha...
Ah sudah melalut. Sepatutnya komen Dark Angel, dah masuk ke Death pula.
Tetapi soalan terakhir, kenapa Gene Hoglan menghidupkan Dark Angel selepas 34 tahun dengan mengetahui ianya tidak akan bawa apa-apa selain dari nostalgia? Mungkin band = perniagaan adalah jawabannya.
Anda pula bagaimana?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan