Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Khamis, 25 Mei 2023

Kelebihan tempe

 


Antara snack vegan yang bagus ialah tempe goreng. Senang je. Potong memanjang atau diced. Letak serbuk kunyit sikit, garam sikit dan goreng. Boleh makan begitu sahaja. 


Tempe (bahasa Jawaꦠꦺꦩ꧀ꦥꦺtranslit. témpéJawiتيمڤي) ialah makanan kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa bahagian Ponorogo di Pulau JawaIndonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berlainan. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu. [LINK]

Bahaya makanan Ultra-processed (darah tinggi/diabetes)


Bahaya kerana membawa kepada:
  • Darah tinggi
  • Kanser
  • Kematian

Bagaimana ia menyebabkan DIABETES (Type 2)?
Melihat hasil daripada soal selidik yang diberikan kepada lebih daripada 100,000 orang yang tidak menghidap diabetes selama enam tahun. Para penyelidik mendapati bahawa mereka yang makan makanan ultra-process (kira-kira 22% daripada diet mereka) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes (15%) berbanding dengan mereka yang kurang makan makanan ultra-processed.

 

Rabu, 24 Mei 2023

Lawak vegan #1


 

Allah swt itu tidak bertempat


Answered by Muhammad Yasir Al-Hanafi

Our dear brother, Abu Mussab, is asking this question as I believe he’s unaware of basic principles. This is like asking why did Prophet Mūsā (upon whom be peace) travel to mount Al-Ṭūr to converse with Allāh? Or, as per authentic ḥadīth, is Allāh in the direction of the Kaʿba? Because our beloved Prophet ﷺ said: When one of you offers Ṣalāh, they should not spit in front of them, for indeed Allāh is in front of them when they pray (Bukhārī). The Quran states: ‘And He (Allāh) is with you wherever you are’ (al-Ḥadīd). Note that the pronoun ‘huwa’ (He) in this verse is primarily used to refer to an entity (dhāt) and not an attribute (ṣifa). 

If Allāh is above the throne with His entity, then why did Prophet Mūsā speak to Him near the mountain whereby Allāh said to him: ‘Indeed, I am Allāh’ (Quran)? If He is above His throne, then why are we instructed not to spit in the direction of the Kaʿba because the ḥadīth suggests He is there? There are countless of Quranic verses and ḥadīth that ostensibly postulate various places and directions, including above the throne. No one takes them in the literal sense. I’m certain that brother Abu Mussab doesn’t too otherwise he will have a vivid contradiction in his stance. 

Allāh is free from *all* directions. These places and directions that are mentioned are chosen by Allāh, not for Him to reside in - and Allāh’s refuge is sought - but for the creation to worship Him. This is why Allāh says: ‘To Allāh belong the East and the West: So wherever you (might) turn, there is the presence of Allāh. For Allāh is all-Encompassing, all-Knowing’ (al-Baqarah); meaning, He doesn’t need a direction for us to worship Him - we do. 

Imām Al-Ṭaḥāwī states in his classical creedal work, which is also accepted by the Salafīs:

لا تَحْويِهِ الْجِهَاتُ السِّتُّ كَسَائِرِ الْمُبْتَدَعات 

‘He (Allāh) is not contained by six directions like the rest of created things.’

To confine Allāh to a place and direction is tantamount to saying that He resides in His creation as He’s the Creator of everything including place and direction - and Allāh’s refuge is sought. Our beloved Prophet ﷺ said:

كان الله ولم يكن شيئ غيره

"Allah existed, while there was nothing in existence (including place and direction) besides Him" [Bukhari, 59.2:3191].

May Allāh enable us to worship Him the way He deserves to be worshipped. Āmīn.

Metal vegan - Mille Petrozza (Kreator)

 

Mille Petrozza (gitar/vokal/founder band KREATOR) adalah salah seorang penyumbang kepada majalah vegan bernama Kochen ohne Knochen.



Are people ever surprised that Kreator's lead singer is vegan?

Not in this day and age, man. There's so many vegans nowadays, it's become kinda trendy. People are interested more than anything. Even people who aren't vegan love vegan food! Of course the whole world will never become vegan, even though it'd be better for the planet, but it's an interesting genre of food, so to speak. LINK

Saya setuju pada jawapan beliau yang hijau tu. Eksplorasi makanan vegan ni menarik sebab sebelum ni tak tau pun yang makan tumbuhan sahaja ini boleh menjadi sedap dan adventurous



Selasa, 23 Mei 2023

Maksud Veganism dan cara saya melaksanakannya

Veganism is the practice of abstaining from the use of animal product—particularly in diet—and an associated philosophy that rejects the commodity status of animals. An individual who follows the diet or philosophy is known as a vegan.

Distinctions may be made between several categories of veganism. Dietary vegans, also known as "strict vegetarians", refrain from consuming meateggsdairy products, and any other animal-derived substances. An ethical vegan is someone who not only excludes animal products from their diet but also tries to avoid using animals, animal products, and animal-tested products wherever practical. Another term is "environmental veganism", which refers to the avoidance of animal products on the premise that the industrial farming of animals is environmentally damaging and unsustainable. Further motivations for vegan diets include concerns about animal welfare.

WIKIPEDIA



Kalau diterjemahkan wikipedia tu; VEGANISM ialah gaya hidup makan tumbuhan sahaja dan tidak memakan apa-apa yang berasal dari haiwan. Lebih dari itu, veganism menolak dasar haiwan sebagai komoditi yang dijual beli untuk di makan.

Kategori veganism:

1. Dietary veganism - berkisar kepada diet pemakanan sahaja. Tidak makan apa-apa yang berasal dari haiwan termasuklah daging, susu, telur etc.

2. Ethical veganism - bukan sekadar diet pemakanan, malah menolak produk berasal dari haiwan (contohnya pakaian), menolak produk yang menggunakan haiwan sebagai bahan kajian atas dasar kekejaman terhadap haiwan, non-sustainable, merosak alam sekitar. Kawasan ternakan haiwan besar-besaran adalah punca besar kepada kerosakan alam sekitar.

---------------------

Ini adalah perbincangan yang sangat panjang.  Perbincangan falsafah veganism ni merata di alam maya. Cuba google atau youtube.

Jadi, apakah hala tuju saya?

Pertama-tamanya, saya lebih cenderung kepada Dietary Vegans tetapi bukan pada keseluruhannya. Saya akan makan makanan berdaging yang ada kaitan dengan anjuran agama Islam. Contohnya, daging korban, akikah etc. Saya tidak mengharamkan makan daging.

Namun pada kebanyakan keadaan apabila makan, saya memilih tumbuhan - selagi boleh. Ya selagi boleh. Nafsu ni bukan main-main kalau hendak dilawan.

Ataupun, saya tidak merasa "berdosa" apabila terpaksa makan haiwan namun saya akan rasa slack sikit sebab terputus diet saya. Namun, jika saya makan atas dasar anjuran agama, saya bersyukur kerana itu adalah kelebihan yang diberikan oleh Allah swt.

Layak ke saya dipanggil vegan? Atau, saya vegan hipokrit? Tak mengapa. Tidak menjadi masalah bagi saya setakat ini. Saya telah mentakrifkan definisi vegan (atau dietary vegan) ini mengikut acuan yang sesuai untuk diri saya.

Tetapi makan sayur ni telah membuka minda saya kepada dimensi yang baru, satu perjalanan yang agak menyeronokkan untuk diteroka. Tak tahu lagi apa nak jumpa di depan nanti.

Nanti kita sembang lagi dari perspektif berbeza.

Komentari Metal: Artificial Intelligence mencacari dunia muzikal

Satu masa akan sampai kita akan sibuk bertekak, lagu ni bukan dia nyanyi la tapi AI yang nyanyi.

Yang kemudiannya tiada lagi bertekak kerana manusia telah dapat menelan AI 100%. Ia adalah sebahagian dari "kehidupan".

Dan band seperti Metallica akan wujud selama 450 tahun. Setiap 1-3 tahun pasti muncul album baru.

Tiada lagi fizikal. Semuanya cloud semata-mata.

Syukur kita hidup di zaman transition. Masih dapat mengenal apa yang "real" dan apa yang AI. Generasi akan datang tidak dapat membezakannya.

 baca berita asal --> LINK



Isnin, 22 Mei 2023

LANGSUIR di Muar 4 Jun 2023 - Southern Metal Assault 6

 

Tinggal lagi 2 minggu.

Band menarik dan hebat. Metalasia, Sekumpulan Orang Gila, Massacre Conspiracy, Samurai, Predicate Not Defined, Wunken Delirium, Crazy Grizzly, Nirrajum, Rythmask... dan of course, Langsuir. 

Kalau tak pancit, kami akan bawakan 9 buah lagu. Termasuklah tiga lagu dari demo Occultus Mysticism 93 sempena ulang tahun 30, demo tersebut (1993-2023).

Kami juga akan bawa barangan LANGSUIR untuk dijual. Baju, cd, kaset etc. Bawa la duit lebih ye. Jumpa di sana!

Ahad, 21 Mei 2023

Plant-based lunch day 47 and dinner day 48


 Lunch day 47. Grilled baby potato with cashew nuts cream sprinkled with yellow capsicum and roasted cashew nuts


Dinner day 48. Fried rice with asparagus and carrots. Grilled broccoli and cauliflower. Plus boiled corn.

100% plants.


Jumaat, 19 Mei 2023

Plant-based dinner day 46

Menu berbuka puasa (6) hari ini. Last day alhamdulillah.


Mock mutton. Kalau tak salah dari cendawan ataupun soya. Boleh beli kat pasaraya.


Sup ginseng ke apa ntah haha... beli kat Aeon big (perencah saja). Sayuran yang dimasukkan ialah cendawan shitake, celery dan lobak merah. Kalau demam atau tak sihat badan, sesuai sangat.


Salad mentah. Sayuran hijau, beetroot (rebus), kacang perang dan hitam (rebus), kacang walnut (air-fried). Nak tambah rasa masam sikit, boleh tuang french dressing.

Acar (jiran sebelah bagi, lebihan jamuan hari raya)

Epal dan pir.

Syukur alhamdulillah...

100% plant-based.

 

Vegan snack - Pisang air-fried

Senang je buat. Potong dua, sapu sikit minyak zaitun (extra-virgin), kemudian terus masuk dalam air-fryer.

Suhu 200°C selama 10 minit.

Tak perlu gula? Tak perlu kalau pisang dah masak. Kalau tak berapa masak, boleh tabur gula perang ke, madu ke.

Guna pisang apa? Pisang abu. Pisang yang biasa buat pisang goreng tu.

Atau boleh eksperimen guna pisang lain. Pisang nangka, pisang dole, pisang emas etc.

Rasanya? Sedaaaapppppp... cuba la sebab ini tidak menggunakan teknik deep-fried (jimat minyak). Sekadar sapu sikit minyak zaitun (ataupun minyak masak yang lain).

Pisang abu.


 

Khamis, 18 Mei 2023

Plant-based dinner day 45

Menu berbuka puasa (6) hari ini.


Kailan goreng

Sambal tempe, terung dan kentang

Cucur kobis ungu

Tembikai merah dan susu



Syukur alhamdulillah...

100% plant-based.
 






Kelebihan makan sayur berwarna-warni

 

Cantik kan? Kalau dah cantik mesti ada sebabnya.

Mata manusia ni memang dicipta Allah swt untuk tengok warna. Bila tengok makhluk yang berwarna-warni, timbul nikmat mata tu. Kalau hitam putih je pun tak seronok, apatah lagi bila dah buta.

Juga ada sebab sayuran yang kita makan tu berwarna-warni.Selain dari menimbulkan nikmat mata, ia juga menimbulkan nikmat, eh, sedap ke kalau makan?

Sedappp! Bila kunyah dan pejam mata, dan cuba rasa dalam mulut pelbagai rasa dan tekstur, masyaAllah... apsal la dulu aku ni tolak makan sayur? Selama ni makan sayur sekadar melepas batuk di tangga je.

OK... sekarang kita tengok apa kelebihan warna pada sayuran ini.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni mengandungi phytonutrients, sebatian yang memberikan warna-warna serta rasa dan aroma yang tersendiri. Phytonutrient juga adalaha satu alat untuk menjaga tumbuhan itu sendiri dari penyakit dan cahaya matahari.

Untuk manusia, phytonutrient ini menjadi sumber makanan kita untuk elak dari terkena penyakit kronik. Phytonutrient mengandungi zat yang anti-kanser dan anti-sakit jantung yang baik [KAJIAN].

----------

WARNA MERAHKaya dengan carotenoid lycopene, baik untuk mengurangkan kanser prostat serta penyakit jantung dan paru-paru.
Sumber - strawberi, cranberi, raspberi, tomato, ceri, epal, bit, tembikai, anggur merah, lada merah, bawang merah

WARNA KUNING/OREN - mengandungi beta cryptothanxin, yang menyokong komunikasi intrasel dan boleh membantu mencegah penyakit jantung.
Sumber - lobak merah, ubi keledek, lada kuning, oren, pisang, nanas, limau tangerin, mangga, labu, aprikot, labu madu (butternut, acorn), pic, tembikai susu, jagung

WARNA HIJAU - kaya dengan bahan kimia penyekat kanser seperti sulforaphane, isothiocyanates, dan indol, yang menghalang tindakan karsinogen (sebatian penyebab kanser).
Sumber - bayam, avokado, asparagus, articok, brokoli, pucuk alfalfa, kangkung, kubis, pucuk Brussels, buah kiwi, sayur kolard, teh hijau, herba hijau (pudina, rosemary, sage, thyme, dan basil)

WARNA BIRU/UNGUMempunyai antioksidan yang kuat dipanggil anthocyanin yang dipercayai melambatkan penuaan selular dan membantu jantung dengan menyekat pembentukan pembekuan darah.
Sumber - beri biru, beri hitam, elderberi, anggur Concord, kismis, terung, plum, buah tin, prun, lavender, kubis ungu

WARNA PUTIH/COKLATKeluarga bawang mengandungi allicin, yang mempunyai sifat anti-tumor. Makanan lain dalam kumpulan ini mengandungi flavonoid antioksidan seperti quercetin dan kaempferol.
Sumber - bawang besar, kubis bunga, bawang putih, daun bawang, daun parsnip, lobak putih, cendawan

----------

Apa lagi? Hari ni kita cuba warnakan makanan kita!

LANGSUIR Gurindam Jampi Pendinding rehearsal

Gurindam Jampi Pendinding adalah sebuah lagu baru LANGSUIR yang akan muncul dalam album "E".

Rakaman rehearsal lagu ini dibuat pada 13 Mei 2023 yang lepas. Tanpa vokal walaupun lirik telah siap.

Ditakuti jika liriknya dibaca, akan mengganggu jiwa dan perasaan mereka yang lemah dalaman.

Dengarkan (dengan waspada)



Rabu, 17 Mei 2023

Plant-based dinner day 44

 

Menu berbuka puasa (6) hari ini.

Pasta warna-warni preggo (gambar kabur pulak dah... aduh)



Kuah spaghetti buat sendiri - tomato cincang dalam tin/kotak, kacang dal, jagung, timun cincang.


Sayuran mentah - daun hijau/ungu, timun, bawang, kacang walnut bakar dan beetroot (direbus) dan kacang hitam (direbus).

Buah epal dan pear.

Homemade mash potato dan homemade mushroom sauce.

Rasanya di mulut sangat lazat. Bermacam-macam rasa. Tekstur pun macam-macam. Rasa puas makan begini sebab bila kenyang tak sebu perut.

Disarankan untuk jalan kaki (saranan oleh kajian sains dan juga sunnah Nabi saw). Dari segi saintifik, apabila kita berjalan lepas makan, ia akan mengurangkan 'spike' blood sugar dalam badan. Kalau kerap spike, bawa kesan mudarat pada badan. Dari segi sunnah Nabi saw, kita dapat pahala sebab ikut cara Nabi saw.

Metal vegans/vegetarians - CARCASS

 

Artwork ni selalu terpampang di socmed CARCASS bahkan juga dicetak di poster show/gig mereka. Cantik kan? Bukan sekadar cantik, ada maksud tu.



Sebenarnya, mereka berdua di atas adalah pengamal diet vegetarian. Gitaris Bill Steer dan bass/vokal Jeff Walker.

Among the first crust punk bands was Electro Hippies which included Jeff Walker, the bassist, and vocalist of Carcass; Extreme Noise Terror and Discharge. It is relevant to note that the members of these bands were vegans, vegetarians, or lacto ovo vegetarians. (LINK)

Steer has been a vegetarian since 1986 and was also vegan for a period of time.(LINK)

Kira tak sama langsung le dengan muzik death metal yang Carcass perjuangkan tu kan? Tak juga. Kita kena asingkan. Muzik/karier dengan diet. Takde masalah boss!

Jangan membazir makanan


Amalan tidak membazir makanan ni sepatutnya bermula dari rumah.

Zero waste.

Kita kena pesan pada keluarga kita, ambil apa yang boleh habis. Jangan tamak.

Waktu di majlis orang pun, kita pesan balik. Jangan tamak. Kalau tak cukup nanti, boleh tambah lain.

(Kita - Bapak, sebagai ketua keluarga. Atau Ibu).

Kalau masih ada sisa dan tak habis sebab terlampau kenyang, beliau (anak atau isteri/suami) wajib ditegur.

Zero waste ni bukan slogan direka zaman sekarang. Bahkan ia adalah anjuran agama.

Dari Anas RA,

أنَّ رَسولَ اللهِ ﷺ كانَ إذا أَكَلَ طَعامًا لَعِقَ أَصابِعَهُ الثَّلاثَ، قالَ: وَقالَ: إذا سَقَطَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيُمِطْ عَنْها الأذى وَلْيَأْكُلْها، وَلا يَدَعْها لِلشَّيْطانِ، وَأَمَرَنا أَنْ نَسْلُتَ القَصْعَةَ، قالَ: فإنَّكُمْ لا تَدْرُونَ في أَيِّ طَعامِكُمُ البَرَكَةُ.

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ apabila makan, Baginda akan menjilat tiga jarinya. Baginda juga bersabda: Sekiranya terdapat makanan salah seorang daripada kamu terjatuh (ke tanah), maka bersihkan kotoran yang menimpanya kemudian makan sahaja. Jangan biarkan makanan tersebut untuk syaitan. Selain itu, Baginda juga mengarahkan kami untuk menghabiskan dan melicinkan makanan yang berada dalam dulang (bekas makanan untuk 5-10 orang makan) lalu berpesan: Sesungguhnya kamu tidak mengetahui pada bahagian mana makanan tersebut yang mempunyai berkat”.

(Sahih Riwayat Muslim, 2034)



Selasa, 16 Mei 2023

Plant-based dinner day 43

Apa yang dimakan tadi untuk berbuka puasa (6)?


Masak kari macam biasa cuma isinya adalah kacang dal, terung, lobak merah, vegan-mutton dan kentang.

Disebabkan ada yang tak makan kari (sebab pedas), maka disajikan juga masak kicap macam biasa bersama vegan-mutton, kentang dan capsicum. 

Sayuran mentah - termasuk sayuran hijau 2 jenis, bawang, capsicum, kobis ungu dan timun. French dressing sebagai pilihan.

Pear dan epal.

100% animal-free.



Preamble Metal Sayur


 Gambar hiasan tadi beli kat pasar malam Putrajaya: Pelbagai jenis ubi. Ubi keledek oren, ubi keledek ungu (dua-dua ni kategori sweet potato) dan ubi kayu (cassava). Sedap dimakan dan berkhasiat. 

Sweet potato is high in fiber and antioxidants, which protect your body from free radical damage and promote a healthy gut and brain. They're also incredibly rich in beta carotene, which is converted to vitamin A to support good vision and your immune system.


Health Benefits of Cassava: Rich in Vitamin C, Resistant Starch, Serves as Energy Fuel, Protection Against Liver Cancer, Low in Sugar, Repairs Kidney Damage.

---------------

Kenapa jadi begini, Metal Sayur?

Saya telah menjadi mat metal sejak sekolah rendah lagi. Gara-gara tengok senior conteng bag sekolah dengan logo-logo band rock/metal.

Kaset pertama dibeli SCORPIONS Blackout. Cetak rompak. Tahun 1985 (Darjah 4). 

Sampai la sekarang mat metal.

Kemudian, sedar-sedar dah 48 tahun umurnya.

-----------------

Keadaan fizikal saya 3 bulan lepas.

Tinggi: 172 cm

Berat: 105 kg

Penyakit: Gout (sejak 2008).

------------------

Makan takde pantang. Pantang pun ye ye je la bila dah kena gout baru timbul rasa penyesalan. Diet la 2-3 hari. Habis sakit gout, balun balik.

Monitor kesihatan di klinik kesihatan Presint 18, Putrajaya. Sekali sekala ambil darah dan air kencing monitor kandungan asid urik (punca gout). Itu je la masalahnya.

Tiba-tiba 3 bulan lepas, result darah dan air kencing, Dr detect sesuatu yang menggemparkan. 

Kandungan gula dalam darah agak tinggi.

Dr tanya ada keluarga yang kencing manis? Saya kata takde (lepas tu bini kata, arwah mak ada kencing manis pada penghujung hayatnya).

So Dr kata, takpe, kita check lagi sekali. Takut bacaan tak betul.

Ambil sample air kencing balik dan result datang, sama.

Dr kata awak ada prediabetis. Takpe, saya masukkan awak dalam group diabetes kat klinik ni nanti datang appointment untuk belajar cara kawal diabetes. Muka saya dah mula pucat.

Awak kena ubah lifestyle, kata Dr.

(Dalam hati... aduh, nak kena cucuk penisilin ke? Nak kena potong kaki ke?)

Pegawai kesihatan diabetes bagitau, antara benda mudarat pada diabetes ni ialah buta mata, potong kaki dan ED (ED tu erectile dysfunction - mati pucuk la).

Dua jenis pil dibekalkan kepada saya, satu untuk kawal prediabetes (sebiji malam dan pagi) dan satu pil untuk kawal kolestrol. Next medical check, Jun 2023.

Kepala otak terus proses data, analisis dan buat beberapa keputusan.

Ya, kena ubah carahidup. Diet dan aktif.

Aktif tu OK, tapi diet???

Disebabkan sebelum ni dah berkawan dengan manusia makan sayur iaitu Ami (bassist The Pilgrims) dan dia dah bawa saya makan bersayur dan saya pun dah check serba sikit apa itu vegetarian dan vegan. Saya kata kat wife, saya nak diet vegan/vegetarian.

Maka bermulalah diet saya sebagai seorang vegan/vegetarian bermula kalau tak salah 10 Ramadan (1 April 2023).

Oleh kerana vegan/vegetarian tu boleh bawa kepada maksud yang berbeza, mungkin lebih mudah saya katakan sebagai plant-based diet. Diet yang berasaskan tumbuhan.

Hasil dari diet (43 hari): 

Tinggi: 172 cm

Berat: 90 kg (turun wooooo hahaha... baju turun satu size)


Next, saya cerita pulak apa hasil setakat ini kepada prediabetes.



Metal Sayur


Saya adalah mat metal sejak tahun 1985 lagi.

Baru-baru ini saya telah mengamalkan plant-based diet. Sudah 43 hari.

Metal.

Sayur.

Metal Sayur.

Konsep blog ini akan menyediakan artikel berkenaan plant-based diet dan diselit dengan kehidupan seorang mat metal warga emas haha...