---------------
Kenapa jadi begini, Metal Sayur?
Saya telah menjadi mat metal sejak sekolah rendah lagi. Gara-gara tengok senior conteng bag sekolah dengan logo-logo band rock/metal.
Kaset pertama dibeli SCORPIONS Blackout. Cetak rompak. Tahun 1985 (Darjah 4).
Sampai la sekarang mat metal.
Kemudian, sedar-sedar dah 48 tahun umurnya.
-----------------
Keadaan fizikal saya 3 bulan lepas.
Tinggi: 172 cm
Berat: 105 kg
Penyakit: Gout (sejak 2008).
------------------
Makan takde pantang. Pantang pun ye ye je la bila dah kena gout baru timbul rasa penyesalan. Diet la 2-3 hari. Habis sakit gout, balun balik.
Monitor kesihatan di klinik kesihatan Presint 18, Putrajaya. Sekali sekala ambil darah dan air kencing monitor kandungan asid urik (punca gout). Itu je la masalahnya.
Tiba-tiba 3 bulan lepas, result darah dan air kencing, Dr detect sesuatu yang menggemparkan.
Kandungan gula dalam darah agak tinggi.
Dr tanya ada keluarga yang kencing manis? Saya kata takde (lepas tu bini kata, arwah mak ada kencing manis pada penghujung hayatnya).
So Dr kata, takpe, kita check lagi sekali. Takut bacaan tak betul.
Ambil sample air kencing balik dan result datang, sama.
Dr kata awak ada prediabetis. Takpe, saya masukkan awak dalam group diabetes kat klinik ni nanti datang appointment untuk belajar cara kawal diabetes. Muka saya dah mula pucat.
Awak kena ubah lifestyle, kata Dr.
(Dalam hati... aduh, nak kena cucuk penisilin ke? Nak kena potong kaki ke?)
Pegawai kesihatan diabetes bagitau, antara benda mudarat pada diabetes ni ialah buta mata, potong kaki dan ED (ED tu erectile dysfunction - mati pucuk la).
Dua jenis pil dibekalkan kepada saya, satu untuk kawal prediabetes (sebiji malam dan pagi) dan satu pil untuk kawal kolestrol. Next medical check, Jun 2023.
Kepala otak terus proses data, analisis dan buat beberapa keputusan.
Ya, kena ubah carahidup. Diet dan aktif.
Aktif tu OK, tapi diet???
Disebabkan sebelum ni dah berkawan dengan manusia makan sayur iaitu Ami (bassist The Pilgrims) dan dia dah bawa saya makan bersayur dan saya pun dah check serba sikit apa itu vegetarian dan vegan. Saya kata kat wife, saya nak diet vegan/vegetarian.
Maka bermulalah diet saya sebagai seorang vegan/vegetarian bermula kalau tak salah 10 Ramadan (1 April 2023).
Oleh kerana vegan/vegetarian tu boleh bawa kepada maksud yang berbeza, mungkin lebih mudah saya katakan sebagai plant-based diet. Diet yang berasaskan tumbuhan.
Hasil dari diet (43 hari):
Tinggi: 172 cm
Berat: 90 kg (turun wooooo hahaha... baju turun satu size)
Next, saya cerita pulak apa hasil setakat ini kepada prediabetes.

Laju beno update entry ni doc. Baru nak hadam je ni sekali bukak berterabur post baru. Keep it up
BalasPadamAku pula start Januari lepas join kelas boxing, 1.5 jam per sessi, 2-3 sessi seminggu... fuh memang terasa bezanya. Dari segi berat taklah jauh turun, tapi naik ketul-ketul badan tu nampak wooo
BalasPadamTapi bab makan belum ada pantang, setakat kurang-kurangkan gula/karb tu ada lah sikit 😅