Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Jumaat, 19 Mei 2023

Vegan snack - Pisang air-fried

Senang je buat. Potong dua, sapu sikit minyak zaitun (extra-virgin), kemudian terus masuk dalam air-fryer.

Suhu 200°C selama 10 minit.

Tak perlu gula? Tak perlu kalau pisang dah masak. Kalau tak berapa masak, boleh tabur gula perang ke, madu ke.

Guna pisang apa? Pisang abu. Pisang yang biasa buat pisang goreng tu.

Atau boleh eksperimen guna pisang lain. Pisang nangka, pisang dole, pisang emas etc.

Rasanya? Sedaaaapppppp... cuba la sebab ini tidak menggunakan teknik deep-fried (jimat minyak). Sekadar sapu sikit minyak zaitun (ataupun minyak masak yang lain).

Pisang abu.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan