Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Rabu, 17 Mei 2023

Plant-based dinner day 44

 

Menu berbuka puasa (6) hari ini.

Pasta warna-warni preggo (gambar kabur pulak dah... aduh)



Kuah spaghetti buat sendiri - tomato cincang dalam tin/kotak, kacang dal, jagung, timun cincang.


Sayuran mentah - daun hijau/ungu, timun, bawang, kacang walnut bakar dan beetroot (direbus) dan kacang hitam (direbus).

Buah epal dan pear.

Homemade mash potato dan homemade mushroom sauce.

Rasanya di mulut sangat lazat. Bermacam-macam rasa. Tekstur pun macam-macam. Rasa puas makan begini sebab bila kenyang tak sebu perut.

Disarankan untuk jalan kaki (saranan oleh kajian sains dan juga sunnah Nabi saw). Dari segi saintifik, apabila kita berjalan lepas makan, ia akan mengurangkan 'spike' blood sugar dalam badan. Kalau kerap spike, bawa kesan mudarat pada badan. Dari segi sunnah Nabi saw, kita dapat pahala sebab ikut cara Nabi saw.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan