Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Jumaat, 19 Mei 2023

Plant-based dinner day 46

Menu berbuka puasa (6) hari ini. Last day alhamdulillah.


Mock mutton. Kalau tak salah dari cendawan ataupun soya. Boleh beli kat pasaraya.


Sup ginseng ke apa ntah haha... beli kat Aeon big (perencah saja). Sayuran yang dimasukkan ialah cendawan shitake, celery dan lobak merah. Kalau demam atau tak sihat badan, sesuai sangat.


Salad mentah. Sayuran hijau, beetroot (rebus), kacang perang dan hitam (rebus), kacang walnut (air-fried). Nak tambah rasa masam sikit, boleh tuang french dressing.

Acar (jiran sebelah bagi, lebihan jamuan hari raya)

Epal dan pir.

Syukur alhamdulillah...

100% plant-based.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan