Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Selasa, 23 Mei 2023

Maksud Veganism dan cara saya melaksanakannya

Veganism is the practice of abstaining from the use of animal product—particularly in diet—and an associated philosophy that rejects the commodity status of animals. An individual who follows the diet or philosophy is known as a vegan.

Distinctions may be made between several categories of veganism. Dietary vegans, also known as "strict vegetarians", refrain from consuming meateggsdairy products, and any other animal-derived substances. An ethical vegan is someone who not only excludes animal products from their diet but also tries to avoid using animals, animal products, and animal-tested products wherever practical. Another term is "environmental veganism", which refers to the avoidance of animal products on the premise that the industrial farming of animals is environmentally damaging and unsustainable. Further motivations for vegan diets include concerns about animal welfare.

WIKIPEDIA



Kalau diterjemahkan wikipedia tu; VEGANISM ialah gaya hidup makan tumbuhan sahaja dan tidak memakan apa-apa yang berasal dari haiwan. Lebih dari itu, veganism menolak dasar haiwan sebagai komoditi yang dijual beli untuk di makan.

Kategori veganism:

1. Dietary veganism - berkisar kepada diet pemakanan sahaja. Tidak makan apa-apa yang berasal dari haiwan termasuklah daging, susu, telur etc.

2. Ethical veganism - bukan sekadar diet pemakanan, malah menolak produk berasal dari haiwan (contohnya pakaian), menolak produk yang menggunakan haiwan sebagai bahan kajian atas dasar kekejaman terhadap haiwan, non-sustainable, merosak alam sekitar. Kawasan ternakan haiwan besar-besaran adalah punca besar kepada kerosakan alam sekitar.

---------------------

Ini adalah perbincangan yang sangat panjang.  Perbincangan falsafah veganism ni merata di alam maya. Cuba google atau youtube.

Jadi, apakah hala tuju saya?

Pertama-tamanya, saya lebih cenderung kepada Dietary Vegans tetapi bukan pada keseluruhannya. Saya akan makan makanan berdaging yang ada kaitan dengan anjuran agama Islam. Contohnya, daging korban, akikah etc. Saya tidak mengharamkan makan daging.

Namun pada kebanyakan keadaan apabila makan, saya memilih tumbuhan - selagi boleh. Ya selagi boleh. Nafsu ni bukan main-main kalau hendak dilawan.

Ataupun, saya tidak merasa "berdosa" apabila terpaksa makan haiwan namun saya akan rasa slack sikit sebab terputus diet saya. Namun, jika saya makan atas dasar anjuran agama, saya bersyukur kerana itu adalah kelebihan yang diberikan oleh Allah swt.

Layak ke saya dipanggil vegan? Atau, saya vegan hipokrit? Tak mengapa. Tidak menjadi masalah bagi saya setakat ini. Saya telah mentakrifkan definisi vegan (atau dietary vegan) ini mengikut acuan yang sesuai untuk diri saya.

Tetapi makan sayur ni telah membuka minda saya kepada dimensi yang baru, satu perjalanan yang agak menyeronokkan untuk diteroka. Tak tahu lagi apa nak jumpa di depan nanti.

Nanti kita sembang lagi dari perspektif berbeza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan