Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Selasa, 16 Mei 2023

Plant-based dinner day 43

Apa yang dimakan tadi untuk berbuka puasa (6)?


Masak kari macam biasa cuma isinya adalah kacang dal, terung, lobak merah, vegan-mutton dan kentang.

Disebabkan ada yang tak makan kari (sebab pedas), maka disajikan juga masak kicap macam biasa bersama vegan-mutton, kentang dan capsicum. 

Sayuran mentah - termasuk sayuran hijau 2 jenis, bawang, capsicum, kobis ungu dan timun. French dressing sebagai pilihan.

Pear dan epal.

100% animal-free.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan