Cantik kan? Kalau dah cantik mesti ada sebabnya.
Mata manusia ni memang dicipta Allah swt untuk tengok warna. Bila tengok makhluk yang berwarna-warni, timbul nikmat mata tu. Kalau hitam putih je pun tak seronok, apatah lagi bila dah buta.
Juga ada sebab sayuran yang kita makan tu berwarna-warni.Selain dari menimbulkan nikmat mata, ia juga menimbulkan nikmat, eh, sedap ke kalau makan?
Sedappp! Bila kunyah dan pejam mata, dan cuba rasa dalam mulut pelbagai rasa dan tekstur, masyaAllah... apsal la dulu aku ni tolak makan sayur? Selama ni makan sayur sekadar melepas batuk di tangga je.
OK... sekarang kita tengok apa kelebihan warna pada sayuran ini.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni mengandungi phytonutrients, sebatian yang memberikan warna-warna serta rasa dan aroma yang tersendiri. Phytonutrient juga adalaha satu alat untuk menjaga tumbuhan itu sendiri dari penyakit dan cahaya matahari.
Untuk manusia, phytonutrient ini menjadi sumber makanan kita untuk elak dari terkena penyakit kronik. Phytonutrient mengandungi zat yang anti-kanser dan anti-sakit jantung yang baik [KAJIAN].
----------
WARNA MERAH - Kaya dengan carotenoid lycopene, baik untuk mengurangkan kanser prostat serta penyakit jantung dan paru-paru.
Sumber - strawberi, cranberi, raspberi, tomato, ceri, epal, bit, tembikai, anggur merah, lada merah, bawang merah
WARNA KUNING/OREN - mengandungi beta cryptothanxin, yang menyokong komunikasi intrasel dan boleh membantu mencegah penyakit jantung.
Sumber - lobak merah, ubi keledek, lada kuning, oren, pisang, nanas, limau tangerin, mangga, labu, aprikot, labu madu (butternut, acorn), pic, tembikai susu, jagung
WARNA HIJAU - kaya dengan bahan kimia penyekat kanser seperti sulforaphane, isothiocyanates, dan indol, yang menghalang tindakan karsinogen (sebatian penyebab kanser).
Sumber - bayam, avokado, asparagus, articok, brokoli, pucuk alfalfa, kangkung, kubis, pucuk Brussels, buah kiwi, sayur kolard, teh hijau, herba hijau (pudina, rosemary, sage, thyme, dan basil)
WARNA BIRU/UNGU - Mempunyai antioksidan yang kuat dipanggil anthocyanin yang dipercayai melambatkan penuaan selular dan membantu jantung dengan menyekat pembentukan pembekuan darah.
Sumber - beri biru, beri hitam, elderberi, anggur Concord, kismis, terung, plum, buah tin, prun, lavender, kubis ungu
WARNA PUTIH/COKLAT - Keluarga bawang mengandungi allicin, yang mempunyai sifat anti-tumor. Makanan lain dalam kumpulan ini mengandungi flavonoid antioksidan seperti quercetin dan kaempferol.
Sumber - bawang besar, kubis bunga, bawang putih, daun bawang, daun parsnip, lobak putih, cendawan
----------
Apa lagi? Hari ni kita cuba warnakan makanan kita!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan