Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Khamis, 6 November 2025

Kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York

 


Kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York bagi kesan juga pada saya. Saya telah mendengar podcast, interview dan ucapan kemenangan beliau. Dan akan mendengar yang lain. Kenapa? Apa kepentingan New York City pada saya?

Sebabnya, New York - saya telah beberapa kali berada di bandar ini lebih 10 tahun lepas. Pada saya, bandar New York ini adalah ikonik terutamanya dalam seni muzik dan filem. Saya ambil filem kerana lokasi klasik Hollywood – Banyak filem legenda seperti Men in Black (1997), Godzilla (1998) dan Sleepless in Seattle (1993) menjadikan bandar ini latar utama.

Dalam filem-filem ini kita dibiasakan dengan Central Park, Statue of Liberty & Ellis Island, Times Square, Empire State Building, Brooklyn Bridge...

dan SUBWAY! Bukan restoran tu, tapi New York City Subway yang dibuka pada tahun 1904, merupakan jaringan keretapi bawah tanah yang tertua dan terpanjang di dunia. 470 buah stesen!

Jadi apabila saya menonton wayang bersama keluarga bila ada shot di Central Park ataupun Subway, saya akan katakan pada mereka, I was there! 

kredit foto: New York Police Department (NYPD). Mana boleh tak bergambar dengan polis paling famous di dunia wayang gambar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan