Alam semesta adalah fizikal. Bila fizikal ia terbuka kepada cerapan empirikal.
Jika alam semesta bersifat infiniti, membuktikannya menjadi masalah, walaupun pelbagai teori telah dibangunkan.
Jika alam semesta bersifat finite (terhingga), membuktikannya juga menjadi masalah, walaupun pelbagai teori turut dibangunkan.
Cerapan empirikal sehingga hari ini masih belum mampu membuktikan secara muktamad sama ada alam semesta bersifat infiniti ataupun finite. Maka di sinilah falsafah mula memikul beban persoalan-persoalan besar berkaitan kewujudan, ruang, sempadan dan realiti.
Saintis Hardcore
- Stephen Hawking (alam semesta terhingga tetapi tiada sempadan)
- Roger Penrose (cenderung kepada alam semesta berkitar dan tidak terhingga)
- Sean Carroll (cenderung kepada alam semesta tidak terhingga)
- Alan Guth (cenderung kepada alam semesta tidak terhingga)
- Andrei Linde (sangat cenderung kepada alam semesta tidak terhingga dan multiverse)
- Leonard Susskind (cenderung kepada multiverse dan landskap tidak terhingga)
- Max Tegmark (sangat cenderung kepada infiniti matematik)
- Edward Witten (tidak pasti / dimensi tinggi spekulatif)
- George Ellis (berhati-hati dan agnostik terhadap infiniti fizikal)
- Lawrence Krauss (cenderung kepada kosmologi tidak terhingga)
Ahli Falsafah Sains Hardcore
- Tim Maudlin (agnostik / bergantung kepada fizik)
- David Albert (terbuka kepada model tidak terhingga)
- William Lane Craig (pendukung alam semesta terhingga)
- Quentin Smith (cenderung kepada kosmologi tidak terhingga)
- John Leslie (struktur kemungkinan tidak terhingga)
- Adolf Grünbaum (skeptikal / agnostik)
Persoalan apakah “di dalam” dan “di luar” alam semesta merupakan perbahasan panjang yang telah berlarutan sejak zaman Aristotle dan Plato lagi. Dan sehingga hari ini, ia masih belum benar-benar selesai.
Sebahagian daripada kita suka mentertawakan pemikiran ahli falsafah Yunani kerana merasakan manusia moden sudah jauh lebih maju memahami alam semesta. Tetapi hakikatnya, ramai saintis dan ahli falsafah moden yang jauh lebih canggih peralatannya masih terus mencerap, menyiasat dan berdebat tentang persoalan yang sama.
Alam semesta ialah makhluk yang dicipta. Maka mengkajinya sedalam mana pun tidak menjadi masalah.
Namun Allah SWT bukan makhluk, bahkan Al-Khaliq. Selain Allah SWT, semuanya ialah makhluk.
Apabila zat Allah SWT mula disamakan dengan kaedah keberadaan makhluk, maka pelbagai kekeliruan akan muncul. Di situlah manusia mula memasuki “rabbit hole” metafizik yang sangat panjang dan mungkin tiada penghujungnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan