Pendaratan buku beli dahulu, baca belum tentu.
Buku dibeli sebab pengarangnya, Syed Hossein Nasr (Islam In the Modern World dan Science & Civilization in Islam).
Beliau ialah salah seorang pemikir Islam kontemporari yang paling berpengaruh dalam dunia intelektual moden, khususnya dalam bidang falsafah Islam, tasawuf, metafizik, dan hubungan antara manusia dengan alam. Beliau banyak menulis tentang krisis spiritual manusia moden yang semakin jauh daripada nilai tradisi dan ketuhanan akibat dominasi materialisme serta pemikiran sekular. Buku-buku Nasr mengajak pembaca memahami Islam sebagai satu peradaban ilmu, adab, dan keseimbangan antara akal, roh, serta alam ciptaan Tuhan. Penulisan beliau juga banyak mempengaruhi golongan intelektual Muslim yang mencari jalan untuk memahami tradisi Islam secara lebih mendalam dalam menghadapi cabaran dunia moden.
Buku The Sublime Revelation pula dibeli secara impulsive; kerana adanya Sh Qadir al-Jilani. Buku pasal apa? Tak tau 😉
Bini kata nak kena beli rak buku baru sebab buku dah melimpah. Kalau itulah yang perlu dibuat disebabkan mematuhi falsafah beli dahulu baca belum tentu, ayuh, kita beli rak buku baru!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan