Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Isnin, 18 Mei 2026

Belajar agama kekal dengan ilmu agama

Beginilah yang saya maksudkan tadi dengan anak yang belajar agama kekal dengan ilmu agama.

Susahnya ialah belanja sendiri dan ambil masa yang lama. Sabar kena tinggi.

Ada orang tuduh, kau nak tebus dosa kau tu pasal hantar anak kau belajar agama sedangkan agama kau tunggang-langgang.

Bukan begitu. Maksud kita hantar anak-anak kita belajar ialah supaya

1. Dia dapat jadi lebih baik dari kita sebab kita dah tau apa nak jadi dari pengalaman hidup.

2. Dia selamat dunia dan akhirat.

3. Bila berhadapan dengan Allah swt, kita boleh buktikan kita telah tunaikan tanggunjawab sebagai ibubapa.

Kalau kau hantar anak untuk jadi lawyer ke, saintis ke, banker ke, economist ke, cikgu ke, pemuzik ke, ustaz ke, maulana ke - sama je objektif 1-3 tu. 

Ke lain?

"Shaykh Yahya Rhodus, salah seorang permata Tarim di Amerika.

Yahya Rhodus atau namanya sebelum Islam, John Franklin Rhodus Jr dilahirkan di Kansas City, Missouri Amerika pada 1975.

Sejak kecil, Beliau telah menunjukkan minat yang besar terhadap agama dan spiritualisme. Ketertarikan itu mendorongnya untuk mempelajari tradisi dan filsafat banyak agama, termasuk Islam. Pada usia 19 tahun, Beliau memutuskan untuk memeluk Islam ketika berada di Santa Clara, California dan mula mempelajari Islam daripada Shaykh Hamza Yusuf yang merupakan seorang Ulama sunni terkenal Amerika.

1998, Beliau meneruskan kembara ilmunya ke Mauritania menuntut ilmu dari beberapa ulama besar Mauritania termasuk Murabit al-Hajj Ould Fahfu, seorang Ulama yang terkenal dengan keteguhan sanad, keluasan ilmu dan zuhud. Beliau kemudian melanjutkan pendidikan formal di Syria untuk menguasai bahasa arab dan Al-Quran. Setelah itu Beliau meneruskan kembara ilmunya ke bumi Tarim Hadramaut Yaman pada tahun 2000. Menjadi murid di Darul Mustafa dibawah bimbingan Al-Allamah Ad-Daie Sayyidil Al Habib Umar bin Hafidz, Sayyidil Al Habib Ali Al Jufri dan para Habaib yang lainnya.

Akhir 2005 Beliau sempat kembali ke Amerika dan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Institute Zaytuna yang diasaskan oleh Shaykh Hamza Yusuf sebelum kembali semula ke Tarim. Selepas menamatkan pengajiannya di Darul Mustafa, Beliau kembali ke Amerika dan belajar di beberapa institusi akademik dengan kemuncaknya Beliau memperolehi gelar PHD dalam Teologi dan Pengajian Agama dari Universiti Cambridge, England.

Beliau kini salah seorang cendekiawan Islam yang disegani di dunia barat khususnya Amerika dan aktif berdakwah. Beliau juga mendirikan Al-Maqasid, sebuah madrasah dan pusat pengajian Islam di Macungie, Pennsylvania, Amerika.

(Hidayah milik Allah) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan