11 Mei 2026
Selesai bacaan Animal Farm (George Orwell) yang ditulis Nov 1943 - Feb 1944. Tiga bulan untuk menyiapkan novel parodi politik ini berhalaman 94 m/s. Antara 29K - 31K perkataan. Menjadi novel wajib baca sampai sekarang. Lebih 40 juta naskah cetakan pelbagai bahasa (termasuk bahasa Melayu).
Namun beliau tak sempat famous semasa hayatnya. Hanya selepas kematiannya baru jadi "viral".
Snipet yang saya tanda tu adalah taktik biasa mana-mana kerajaan dalam dunia ni. Tak kira apa pun ideologinya.
Animal Farm ditulis dengan bahasa yang mudah. Perkataan dan struktur ayatnya pun mudah seolah-olah mengisyaratkan ia perlu juga dibaca oleh murid sekolah rendah. Supaya sejak dari awal lagi, faham persamaan jalan cerita dengan keadaan politik semasa. Supaya tidak mudah terpedaya dengan retorik politik kerajaan yang memerintah mahupun yang membangkang.
Tiada yang pelik dan mengejutkan dengan keadaan geopolitik semasa. Semuanya seolah-olah been there, done that. Yang tinggal hanya nuansa. Sebab itu apabila Animal Farm dibaca, kita rasa sangat familiar walaupun ia ditulis pada tahun 1944. Dan sebab itu jugalah novel ini dibaca oleh generasi terkemudian.
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan