Dalam On Palestine, perbincangan "lama" mengenai Palestin sering diletakkan dalam kerangka two-state solution — iaitu penyelesaian berasaskan dua negara dengan fokus kepada rundingan diplomatik, sempadan, dan kedaulatan.
Namun, seperti yang dapat difahami daripada wacana yang berkembang selepas itu, perbualan global telah mula beralih. Realiti di lapangan semakin dilihat sebagai one-state, di mana satu sistem mengawal keseluruhan wilayah tetapi dengan perbezaan hak yang ketara antara populasi. Dan ini menjadi perbincangan "baru".
Seiring dengan itu, analisis juga bergerak ke arah penggunaan kerangka seperti apartheid untuk memahami struktur ketidaksamaan yang wujud — menjadikan konflik ini bukan isu geopolitik semata, tetapi juga persoalan keadilan dan hak asasi.
Peralihan ini menunjukkan bagaimana perbincangan telah berkembang daripada fokus kepada pembahagian wilayah kepada penilaian terhadap sistem kesatuan yang mengatur kehidupan di dalamnya.
Buku ini mengajak para aktivis untuk meninggalkan perbualan lama dan mula bergerak ke arah perbualan yang baru.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan