Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Rabu, 22 April 2026

Banyak fakta gila babi dalam Good Muslim, Bad Muslim


Cuba baca tu.

Gila babi.

Banyak fakta gila babi dalam buku Good Muslim, Bad Muslim (Mahmood Mamdani) ni.

Beliau argue, salah satu sebab dari beberapa banyak sebab; iaitu pembantaian di negara2 Islam timur tengah ni la yang menyebabkan lahirnya golongan ekstrimis "Islam".

Golongan ekstrimis bukannya tiba-tiba wujud dari padang pasir berdengung. Bahkan mereka ini adalah "produk" dari pembantaian berterusan, tanpa belas kasihan, tanpa perikemanusiaan. Mereka bukannya produk dari ajaran Islam.

Cuba try. Kumpulkan satu kampung. Kemudian mereka ni kau sekat, catu, seksa fizikal dan emotional - bertahun-tahun. Lepas tu kau lepaskan pada masyarakat. 

Dua je produknya, tak jadi gila jadi ektrimis. Yang pasti tak akan jadi manusia normal. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan