Taktik Trumpet guna sentiment Sunni & Syiah ni bukan baru. Dah digunakan zaman Ronald Reagan lagi (1981-1989). Matlamat mereka ialah biarkan peperangan ini berlaku sesama Muslim. Kita sapot dari belakang. Bila yang kuat tu menang, nanti2 kita jatuhkan la pulak. Two in one terus dengan minimal efforts.
Polisi "menakluk" secara direct ni dah lama US tinggalkan, sejak kekalahan memalukan di Vietnam. 2.7 juta anggota tentera terlibat dalam peperangan Vietnam dari tahun 1964 hingga 1975 dengan segala mak nenek alatan dan jentera peperangan. Tapi tak juga dapat "menyelamatkan" Vietnam dari pengaruh komunisme. Ditambah pula dengan tekanan dari dalam sendiri, pergerakan anti-peperangan; maka no more direct conflict, kata US.
Vietnam ok je. Berapa ramai dari kita yang dok bercuti kat Vietnam sekarang?
Jadi nak musnahkan rejim dan kerajaan, biar mereka berperang sesama mereka. Kita sapot dari belakang je melalui apa yang dipanggil sebagai proxy wars. Guna CIA la apa lagi.
Trumpet ni cuba juga la nak direct conflict dengan Iran. Maklumlah, the greatest nation with the greatest military power kan? Vietnam yang takde apa2 tu pun US tak boleh kalahkan inikan pula Iran berbangsa Parsi yang telah berhadapan dengan pelbagai jenis mak nenek konflik tu sejak 3000 tahun yang lalu? Piirah...
So sekarang dah tau penyesalan, apa lagi, cuba pula buat Sunni/Syiah berperang sesama mereka. Taktik Reagan. Bila betul berlaku perang Sunni/Syiah - siapa yang senyum dari jauh?
Moga pemimpin negara Islam ni tak kira la Sunni ke Syiah, jadi cerdik sikit. Netizen memang bodoh tak boleh diikut - kutip aje teks dan perkataan apa2 yang boleh membuatkan Sunni tengok Syiah rasa nak tenyeh muka.
Apapun, rajin la baca buku. Semua info ni ada je kat buku2. Perangai lies and deceit kerajaan US ni (bukan rakyat) melambak2 dah ditulis. Kerja mereka nak mencari titik yang boleh menyebabkan kita bertelagah dan berbunuhan sesama kita.
Kalau kau benci Syiah sampai mata jadi merah nak terkeluar dari soket, yang merentas kat fb kau kan tulisan2 yang berkaitan dengan "dosa" Syiah terhadap Sunni, kan? Itu kerja sape tu?
*ambilan dari buku Bad Muslim Good Muslim (Mahmood Mamdani), 2005.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan