Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Rabu, 22 April 2026

 Catatan istiqamah jalan kaki ke surau. Pergi balik dapat la 1.5 km. Dua kali sehari, subuh & maghrib, dapat la 3 km sehari. Kalau setahun? 3 km x 360 hari = 1080 km!!!

Layan juga jalan kaki ke surau ni. Sebab di sebalik jalan kaki tu, destinasinya ialah surau, bukan pasar. Niat dah bagus, perbuatan pun bagus.

Kan ke senang lagi naik kereta? Ya memang senang. Tapi apa salahnya jalan kaki. Jimat petrol, hahaha...

Jalan kaki banyak manfaatnya. Satu, sebab ke surau. Fadilat dia boleh la check hadith2 Nabi saw.

Kedua, kalau bersubuh2 jalan kaki ni... dia lain macam sikit rasa dia.

Udara masih bersih, sejuk sikit. Kepala pun belum serabut dengan hal dunia. Jalan pun tenang, takde traffic, takde bunyi bising. Masa tu, langkah kaki kita jadi macam zikir. Actually, lagi senang nak zikir waktu ni. 

Ketiga, dari sudut kesihatan. 3 km sehari tu bukan sikit. Setahun 1080 km tu, kalau tengok atas peta, boleh “pergi jauh” dah tu. Jantung bergerak, otot bekerja. Otak pun berjalan masa tu sebab muhasabah. Ingat akhirat. Berapa lama masa kita bagi masa fikir pasal akhirat dalam sehari?

Keempat, disiplin. Istiqamah tu sebenarnya bukan pada besar mana amalan, tapi konsisten. Hari-hari jalan, walaupun malas, walaupun hujan renyai sikit, walaupun rasa mengantuk. Itu yang bentuk diri. Harapannya bila bersara nanti, terus sambung je dengan penambahan.

Kelima, hubungan dengan surau tu sendiri jadi lain. Bukan sekadar tempat singgah solat tetapi pergantungan. Attachment. Mahabbah. Jadi destinasi yang kita “usaha” untuk sampai dengan sikit susah payah. Ada nilai pada setiap langkah.

Dan yang paling menarik…

Kita sebenarnya bukan sekadar berjalan 3 km sehari. Tapi kita sedang “berjalan” menuju destinasi yang lebih besar.

Menuju redha.

Cewah… tapi betul la tu kan 😄

Tiada ulasan:

Catat Ulasan