Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Jumaat, 17 April 2026

Teater tak senonoh pelajar UM

Tular teater tak senonoh pelajar UM.

Saya ambil kesempatan ini untuk cerita pengalaman saya pula sebagai pelakon teater. Ya, saya pernah berteater. Jangan terkejut.

Ketika itu saya dan rakan-rakan dalam program persediaan MARA untuk ke luar negara selepas SPM. Kami, pelajar-pelajar MRSM seluruh negara dikumpulkan di Mara Language Academy (MLA), Cheras - untuk belakar bahasa Inggeris secara bersepadu sementara menunggu result SPM keluar. Kira-kira, result SPM keluar kami sudah sedia untuk dihantar ke seluruh dunia oleh MARA.

Salah satu aktivitinya ialah aktiviti berteater. Saya pun dah tak ingat hujung pangkal tetapi kisahnya ada watak syaitan. Saya menjadi watak syaitan itu. Sekejap je momen tu tapi saya menyumbang idea dari segi dialog, jampi serapah dan skrip syaitan dan juga apa yang perlu dipakai untuk menghidupkan watak syaitan. Adegan muncul syaitan dan "menjahamkan" wanita. Ya ada pelakon wanita sekali. Adegan censored (bayang2 dibelakang kain rentang).

Setelah beberapa kali rehearsal, waktu persembahan pun tiba. Saya telah berjaya melakonkan watak itu dengan jayanya.

Antara feedback yang saya dapat ialah ada kawan bagitau ada cikgu yang menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah kembali selepas selesai persembahan.

Begitulah. Zaman remaja.

Itu adalah kali pertama dan terakhir saya terlibat sebagai pelakon teater. Taubat. Tetapi saya masih terlibat dengan teater, sebagai pemain muzik, bukan pelakon beberapa tahun kemudian. Ni cerita lain pula. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan