Harga yang dikorbankan
Setiap perkara yang nak dicapai memerlukan sesuatu untuk dikorbankan. Tiada yang percuma. Kita boleh adjust hala tuju, tapi hasil darinya, kita tak boleh kawal. Penyudah elok, eloklah. Penyudahnya buruk, buruklah. Apa pun hasil akhir dari keputusan yang kita buat, terimalah seadanya.
Begitulah kata golongan Stoic.
Sebab itu apabila kita membuat keputusan, kita akan fikir panjang dan mendalam. Sudah tentu, keputusan yang dibuat adalah yang terbaik ketika itu. Namun, apa yang dilepaskan boleh tentu menjadi satu penyesalan.
Sebuah band rock/metal juga menghadapi situasi yang sama.
Sekarang ini beberapa posting luahan anggota band rock/metal yang menceritakan pada suatu ketika, band mereka adalah sebuah band yang metal. Namun disebabkan mengejar peluang, konsep metal itu terpaksa ditinggalkan dan terpaksa mengekor kehendak syarikat muzik yang berlandaskan sistem kapitalis. Money is king.
Majoriti band seperti ini sudah mengecapi zaman kegemilangannya. Semua dah dapat, walaupun tak kaya-kaya seperti yang diharapkan kerana terperangkap dengan sistem kapitalis yang menjerut mereka.
Sekarang, zaman itu sudah berlalu. Yang tinggal hanyalah cebisan kenangan.
Apa yang dicita, sudah pun dapat, tetapi dengan harga yang terpaksa dikorbankan. Show yang besar, pesta muzik, anugerah muzik, semua dah dapat.
Tetapi apa yang perlu dikorbankan? Boleh muhasabah. Itulah harga yang perlu dikorbankan.
Dahulu show di dewan-dewan besar, stadium dsbgnya sekarang guna venue yang kecil-kecil sahaja seumpama venue band underground sahaja.
Disebalik itu, band underground dari dulu sampai sekarang, sama je. Show pun average 50 orang je. Ramai itu pun dah syukur. Selalu juga main tak dibayar atau cukup2 buat makan hari tu je. Equipment ala kadar. Event semua buat sendiri dengan aktivis underground. Kalau promoter ambil untung lebih, siaplah kau kena boikot. 30 tahun lepas macam tu, sekarang pun sama je.
Apa yang perlu dikorbankan? Kemahsyuran takde. Kaya pun tidak. Bahkan duit sendiri yang banyak lebur.
Ada penyesalan? Tiada. Kemahsyuran dan kekayaan itu datang bukan dari muzik yang dimainkan jadi itu adalah perkara terakhir yang difikirkan bila main muzik underground.
Kemahsyuran band underground ada, bukan takde. Tapi orang yang tau, tau la. Itu pun dah kembang2 hidung bila "terasa" macam masyhur haha... tapi cukuplah sekadar itu. Janji, bebas!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan