Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Ahad, 7 Jun 2026

Pengulas album (Bahagian 1)

Saya jarang dah ulas album sebab sekarang ni boleh saja dengar sendiri kat yt atau spotify. Kenapa begitu? Mari kita tengok.

Pada suatu ketika dahulu ketika yt dan spotify masih belum wujud, keperluan ulasan itu sangat mendesak kerana ia menjadi "pedoman" kepada bakal pembeli. Dan ulasan yang "honest" adalah sangat perlu kerana biasanya pengulas tidak mahu dicop sebagai pengulas kosong - iaitu, semua yang diulas semuanya rilisan yang bagus-bagus. Jika demikian, apa perlunya diulas, betul tak? Dan bakal pembeli pun pening, mana satu yang nak dibeli. Bajet yang ada pun boleh beli 1-2 keping cd/kaset seminggu. Itupun dah dikira golongan kayangan. Majoriti pembeli, yang juga peminat, adalah di kalangan marhein.

Pengulas pun ada peminatnya tersendiri. Apabila pembeli sudah biasa dengan gaya pengulas, mereka akan meletakkan kepercayaan mereka kepada pengulas kerana biasanya kalau pengulas tersebut kata sesuatu rilisan itu wajib beli, pembeli akan beli tanpa was-was kerana memang betul pun pada pendapat pembeli tersebut, rilisan tu memang sedap. Dan jika pengulas kata sesuatu album itu tak berapa oommphh, kemungkinan besar pembeli yang juga pengikut pengulas tersebut jika beli, akan kecewa. Gara-gara tidak mengikut kata.

Pengulas yang honest, juga mudah terperangkap dalam kontroversi disebabkan ulasannya yang jujur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan