Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Ahad, 7 Jun 2026

Heavy Metal sebagai titik pisah

 Heavy metal adalah titik perpisahan antara peminat muzik metal. Berpisah kepada dua pada akhir 1980an.

Yang pertama menjadikan heavy metal sebagai aras paling tinggi yang sanggup ditempuhi. Lebih sikit pun, mungkin thrash metal yang masih ada elemen heavy metal, seperti Metallica (contoh lagu Seek & Destroy).

Yang kedua, menjadikan heavy metal sebagai batu lonjakan kepada subgenre yang lebih keras; thrash, speed, death dan black metal.

Kedua-dua golongan ini tidak menjadikan hard rock sebagai perbalahan malah bersetuju dengan kepentingannya sebagai asas utama. Lihat Ozzy Osbourne, Loudness, Scorpions, Motley Crue dsbgnya.

Golongan pertama survive di persada muzik mainstream negara disebabkan kemahiran asas bermain muzik itu sudah ada dan menjadi tunggangan korporat muzik tempatan untuk menerajui zaman rock kapak, cintan leleh dsbgnya. Positif.

Golongan kedua meneruskan keperluan untuk menjadi lebih ekstrim dan ini menyebabkan mereka menuju arah yang berlawanan dari mainstream, iaitu underground. Negatif.

Kedua-dua golongan ini bergerak menjauhi antara satu sama lain. Hormat yang mungkin ada bertukar menjadi persaingan. Tidak hairan pada ketika itu golongan pertama mengejek golongan kedua dan vice versa.

Golongan pertama ada yang mula meromantikakan zaman awal penglibatan mereka dalam muzik heavy metal yang tidak dapat dizahirkan pada ketika itu akibat dari tekanan korporat muzik negara. Sedangkan golongan kedua melahirkan kecewa kerana masih lagi dijadikan sasaran punca hedonisme golongan belia sehingga ke hari ini.

Kita redha dengan pilihan masing-masing. Perlunya ada sifat kasih sayang sesama pemuzik samada mainstream atau underground.

Tapi apa pun underground rules haha... We play what we want. Nak main thrash ka, death ka, black ka, rock ka, cintan ka, pop ka, michael jackson ka takde sape boleh dictate apa yang boleh dan tak boleh main haha... Penerimaan masyarakat? Itu benda paling akhir sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan