Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Sabtu, 6 Jun 2026

HERRIOT Celestial Chaos CD (2026 Goatlordth Records)

 


HERRIOT Celestial Chaos CD (2026 Goatlordth Records)

Saya asyik memainkan cd ini apabila berada di Rock At Large. Berulang-ulang kali. Ulangan permulaan adalah untuk mendengar sendiri hasil produksi orang Malaysia di Fredman Studio di bawah penyelenggaraan produser tersohor, Fredrik Nordström. Ulangan berikutnya, menikmati lagu-lagu di dalam cd ini.

Celestial Chaos menawarkan empat buah lagu rakaman semula, tiga dari Celestial Obelisk (2000) dan satu dari Transworld Chaos (2001). Plot twist ialah setiap lagu dinyanyikan oleh empat penyanyi undangan. Saya kira, salah seorang dari mereka bakal menjadi penyanyi HERRIOT kerana begitulah kata Shahamzeer Jotunblood. Jika cadangan saya ada nilainya, saya syorkan Nashriq Ikhmar (dari kumpulan Hiatus). Dalam cd ini, beliau menyanyikan lagu Light My Darkness.  Tetapi ini mungkin backfire kerana vokal harsh/growl beliau tidak diuji lagi.

Produksi memang tip top. Saya letakkan produksi ini sebagai yang terbaik setakat ini, yang dihasilkan dari band Malaysia. Ini mungkin tidak adil jika diambil kira rakaman dibuat (kecuali vokal) di Fredman Studio, Sweden. Tetapi jika itu yang akan menyebabkan band tempatan mengambil peduli dengan lebih terhadap kualiti rakaman dan produksi, mengapa tidak? Celestial Chaos jika didengar secara blind-test, adalah hasil kerja band dari Sweden!

Pemilihan empat vokali juga sesuai kerana sukar untuk memilih yang mana satu vokalis yang paling cocok. Ini memberikan kita dua makna, pertama; lagu-lagu Herriot mudah untuk dinyanyikan kerana kekuatan melodi muziknya sudah boleh membantu mana-mana vokalis yang ada, atau kedua; memang kita ada vokalis yang berkualiti tinggi. Saya memilih Nashriq disebabkan lagu yang dinyanyikan adalah pilihan lagu saya dan ianya lari dari tiga lagu yang lain.

Herriot dianggotai oleh pemuzik yang hebat dari segi teknikalnya. Dan ini memudahkan lagi proses rakaman. Kami diberitahu bahawa Fredrik memuji tahap profesionalisme anggota band yang telah berjaya merakam keseluruhan album dengan banyak masa berbaki.  Diteliti kerja drum, kerja gitar dan bass di dalam cd ini - saya angguk setuju. Memang hebat. Apabila pemuziknya pun bagus, rakaman menjadi mudah kerana apalah sangat nak dipeningkan oleh produser, apabila hasil yang Herriot mahukan ialah Gothenborg melodik death metal?

Herriot memainkan Gothenborg melodic death metal secara fotostat mutlak mengikut acuan In Flames, Dark Tranquillity dan lain-lain; dan mereka bangga dengannya. Dan ini adalah matlamat kenapa Herriot ditubuhkan. Dari segi itu, mereka telah berjaya dengan rakaman cd ini. Seterusnya, mereka perlu menempatkan diri mereka ke persada antarabangsa, kerana subgenre ini sudah ada lubuknya. Yang perlu diusahakan adalah bersaing dengan lambakan yang sudah sedia ada. Ini adalah cabaran yang lebih besar. 

Celestial Chaos, pada saya, jika dinilai dari segi lagu-lagunya, tidaklah sangat menyebabkan saya mahu membongkar dan mengkaji kerana ia adalah fotokopi 1:1 Gothenborg. Namun, lagu-lagu dalam cd ini adalah lagu lama, maka boleh difahami. Tetapi jika diteruskan selama-lamanya, pasti tidak lestari. In Flames & Dark Tranquillity sendiri sudah move on. Saya percaya ini adalah apa yang akan mereka lakukan seterusnya sebab fotokopi, jauh di lubuk hati, pasti tidak dapat memuaskan.

Apa yang Herriot harapkan dan citakan telah pun berjaya dengan Celestial Chaos dan Black Day Massacre. Fasa ini telah dibawa sejak dari tahun 2000 lagi. Ada gap lama apabila band terkubur selapas rakaman Transworld Chaos 2001 dan foundernya sendiri, Chen, hilang dari radar. Co-foundernya pula meninggal dunia. 20 tahun yang lompong itu sudah terlaksana dengan Celestial Chaos dan Black Day Massacre. Yang menjadi tanda tanya pada saya ialah yang seterusnya selepas BDM. Adakah kekal dengan semangat tahun 2000 atau bagaimana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan