Jangan terpedaya sihat sebab makan ubat. Makan ubat itulah tanda kita tak sihat.
Bila tak sihat, kenalah ubah gaya hidup i.e. jaga pemakanan dan aktif. Terpaksa buat walaupun tak suka.
Atas sebab tak nak mati sebelum umur 60-70 tahun.
Jangan terpedaya sihat sebab makan ubat. Makan ubat itulah tanda kita tak sihat.
Bila tak sihat, kenalah ubah gaya hidup i.e. jaga pemakanan dan aktif. Terpaksa buat walaupun tak suka.
Atas sebab tak nak mati sebelum umur 60-70 tahun.
Buah Nona lebih kurang RM5 sebiji (timbang berat) kat MBG. Lama tak makan.
Katanya elok untuk turunkan risiko darah tinggi, jantung dan kanser.
Annona squamosa is one of the most widely grown Annona species. The plant has also been shown to have various medical benefits, including antioxidant, anti-diabetic, anti-infective, and anti-dyslipidemic capabilities. LINK
Disebabkan segala teori perlu dibuktikan maka itulah perlunya ada kerja makmal dalam kerja sains.
Banyak teori yang dapat dibuktikan dengan kerja makmal yang mudah, macam students ni buat three-hinged arch. Hampir semua universiti kejuruteraan ada apparatus ni.
Ada pula teori yang susah nak dibuktikan. Kadang-kadang nak buktikan kena ada makmal yang mahal sampai berbilion ringgit. Macam makmal CERN tu.
Tu yang kadang2 buat research ni jadi mahal. Nak kena ada apparatus dan makmal yang sesuai.
Bacaan di google, internet, FB, tiktok tu bukan research, itu adalah literature review. Tu pun nak letak sebagai literature review pun rasa segan ya amat untuk mereka yang mengetahui.
Bagaimana dengan pembuktian untuk agama pula? Secara ringkasnya kena ada dalil dari Al-Quran, sunnah, ijmak dan qiyas. Tak serupa macam pembuktian sains.
Learn anything?
Ini adalah satu soalan yang selalu diutarakan oleh Richard Feynman.
Tak kira samada sesuatu aktiviti itu seronok atau tak seronok. Jika kita dapat belajar sesuatu dari aktiviti itu, maka masa yang dilaburkan untuk aktiviti tersebut adalah tidak sia-sia.
Jika tak dapat belajar apa-apa, maka aktiviti itu perlu ditinggalkan.
Belajar = manfaat.
Semasa jadi visiting researcher kat US 2013 dulu sempat la jadi mat stabak. Murah je kat sana secawan $1.50-$2 je. Outlet pun merata2 ada.
Sekali tu beli kopi decaf. Kawan orang US tengok, dia cebik bibir. Tak jantan la minum kopi decaf. Saya sengih kelat sebab kopi2 ni tak tau. Tau minum je.
Bila check decaf ni kafein dia dah dibuang lebih 90%. https://www.healthline.com/nutrition/decaf-coffee-good-or-bad
Apa benefitnya? Ya lah, ada orang sensitif dengan kafein ni tapi nak minum kopi, pilih yang decaf.
Bila check kat google samada ianya efek kat orang yang ada anxiety atau tidak, didapati kesannya tiada. Maksudnya, decaf better than kopi biasa untuk pengidap anxiety.
Salah seorang anak saya ada anxiety ni dan dia peminum kopi. Baru-baru ni doktor nasihatkan dia jangan minum kopi. Dia pulak mengadu, craving nak minum kopi. Rasa kesian.
Pertamanya, nak soal, betul ke kopi decaf ni boleh diminum oleh mereka yang ada anxiety ni? Sape ada pengalaman?
Yang keduanya, kalau betul takde efek pada mereka yang ada anxiety, maka ini adalah business opportunity untuk menu kopi decaf. Saya tau kat stabak ada dan kemungkinan besar chainstore kopi antarabangsa ni ada menu decaf.
Study: Over 1.6 Million M’sians Suffer From Anxiety, The Highest Rate in Southeast Asia https://worldofbuzz.com/study-over-1-6-million-msians-suffer-from-anxiety-the-highest-rate-in-southeast-asia/
Local players ada menu decaf tak? Saya check kat menu Zus Coffee macam takde kopi decaf.
Flaneuring malam di Presint 15 Diplomatik.
Buat first time saya parking jauh dan tidak merungut sebab memang niat nak berjalan kaki dan menikmati angin malam di sini.
Dengan bini.
Merungut atau tak dalam situasi yang sama bergantung kepada niat!
Power sebenarnya niat ni.
Kemudian kami buat keputusan untuk lepak kat Bask Bear Coffee. First time. Tengok boleh repeat atau tidak.
Balik ke kereta nanti kami ikut jalan yang berbeza.
What I see during 30 minutes briskwalking today.
Kata pakar kesihatan, lepas setiap kali heavy meals, berjalanlah. Baik untuk rendahkan spike gula dan improve penghadaman.
Bersama briskwalking kita amalkan flaneuring sekali. Two in one manfaatnya kita dapat.
Semua ini adalah ikhtiar untuk maintain kesihatan dan hidup sampai ke umur 60-70 tahun. Namun Allah swt jua yang tentukan ajal kita.
Sarap.
Bihun goreng sayuran. Ada udang tipu (plant-based) dalam tu.
Air teh susu multigrain.
Bini masak.
Kalian sarap apa tuu...
"Pada penghujung esei ini, Syeikh Nuh Keller mula menceritakan rihlahnya mengembara ke Kaherah demi menguasai Bahasa Arab di sana. Terdapat banyak detik-detik indah penuh hikmah yang melorong denai-denai beliau dalam memeluk Islam seperti keasyikan ta‘alluq seorang pemuda dengan Tuhannya saat bersolat di kaki lima Miqyas al-Nil di atas sekeping kertas kadbod. Sewaktu berjalan-jalan di Khan al-Khalili pula, beliau terserempak dengan pemuda sekolah menengah yang menceritakan tentang Islam dan mendoakannya agar memeluk Islam."
Melalui aktiviti FLANEURING bersama dengan niat yang betul, boleh membibitkan benih hidayat.
Kredit kepada penulis asal Nuruddin Asri
Bukan nak menunggang isu.
Patut ada tribute to Palestine album oleh band Metal Malaysia.
Sekadar cadangan. Tak perlu buat sekarang. Cuma perlu bergerak dah sekarang.
Ini adalah lagu Gaza yang saya nukilkan pada tahun 2009 dahulu ketika di Australia
https://www.soundclick.com/music/songInfo.cfm?songID=7397822
Mesej saya kepada anak-anak di group WhatsApp family
-------------
Happy Anniversary to Bapak and Ibu.
We got married on this date 24 years ago. 1999.
Tak minta dan tak harap, but we appreciate any kinds of ucapan, notes from you.
We hope that all of you remember this date from now on.
This date is so very much important in which this is the date that started this family.
This date is more important than my birthday. My birthday reminds me of kubur and beyond.
Anniversary date reminds me of how beautiful this family is. Despite all the struggles and hiccups, hey... We survived for the last 24 years!
And I hope we can survive for the next 24. Amin ya Rabbal Alamin.
Happy Anniversary Suzilawati Amir Hamzah
Roti sourdough. Harga kayangan RM14. Moga-moga sedap sapu dengan peanut butter.
Roti liat. Tak sesuai untuk gigi yang longgar.
Sourdough. Mahal sebab sihat?
Roti yang keras2 ni pada saya lebih sedap kot. Mungkin dah jemu dengan roti2 lembut manis ni.
Tapi tu la, tak semua bakery ada jual. Kalau ada, mahal sikit.
What makes sourdough different?
If you didn’t know, I’m kind of obsessed with sourdough, for a few different reasons.
Before yeast became a commercialized commodity, our ancestors relied on the wild yeasts of the air to give rise to their bread. This is what makes sourdough different.
Phytic acid is an anti-nutrient present in grains that aren’t properly prepared via soaking, sprouting, or fermenting. This is the traditional way of preparing grains, but in our modern culture, we have gotten away from it. Nowadays, there are more and more people who find that they can’t handle grains.
The process that sourdough undergoes during the bulk fermentation (the long, slow rise) increases the lactic acid bacteria, making it easier to digest. Some people who find themselves sensitive to gluten say that they can tolerate long-fermented sourdough just fine. Isn’t that awesome?
Jumaat cuti. Anak ke sekolah. Bawak bini shopping grocery, BookExcess dan makan kedai vegetarian.
Buku dibeli secara rawak. Dapat habis dalam masa seminggu?
FLANEURING - someone who walks around not doing anything in particular but watching people and society.
Merayau la maksudnya tu.
Kesimpulan dari rencana Live to 100: Secrets of the Blue Zones (Netflix). POSTING ASAL
1. EAT WISELY
- Makanan banyakkan sayuran (sikit sangat makan sumber haiwan), - berhenti makan sebelum kenyang.
- wine? Orang Islam boleh cari minuman alternatif yang halal
2. CONNECT
- Jaringan sosial positif (kawan, jiran, masyarakat),
- berdekatan dengan keluarga dan keluarga take care of each other - lagi sunyi seseorang dari keluarga terdekat, lagi cepat dia mati. Belonging.
3. MOVE
- Pergerakan secara natural (briskwalking, berkebun, bertukang etc) ie tak perlu pergi gym pun
4. RIGHT OUTLOOK
- Ada matlamat hidup yang menyebabkan kita semangat untuk bangun pagi setiap hari,
- Downshift tu maksud healing time dari kesibukan urusan harian melalui aktiviti/ritual agama, take a nap, party sosial (kenduri kot?)
Yang ada Netflix tu boleh la tengok dengan pasangan masing-masing. Ada 4 episod semuanya.
Highly recommended.
Inisiatif saya di universiti.
Buat kelab makan. Makan sayur lebih, selebih yang boleh.
Ni bukan kelab vegan ya.
So sesiapa yang makan ayam, ok. Makan daging, ok. Cuma lebihkan sayur ye. Step by step sampai ke tahap apabila diberi pilihan, mereka akan memilih plant-based berbanding animal products.
Kelab yoga dah ada, kelab Zumba dah ada, kelab rugby ada. Semua kelab aktiviti fizikal boleh kata ada semuanya.
Yang takde, kelab jaga pemakanan.
Tiada gunanya beraktiviti fizikal tetapi tak jaga pemakanan.
Aktiviti GO-Veg pertama pada bulan hadapan ialah buka booth dan offer plant-based food by donation. Nak makan free pun boleh. Donation yang dapat 100% masuk tabung kelab untuk next event. Tiada 30% management fee haha...
Ahli kelab juga volunteer-based.
Sumber inspirasi ahli kelab ialah apabila orang jadi sihat atau dapat reverse penyakit kronik mereka asbab jaga pemakanan berasaskan plant-based.
Semua aktiviti terhenti jika kesihatan tak mengizinkan. Kesihatan terjejas sebab pemakanan tak dijaga. Fikir-fikirkan.
Gambar sedang internal workshop.
Keje ofis punya level stress kepala otak memang tinggi. Tu yang ramai dapat sakit kronik jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Lagi tinggi jawatan, lagi besar tanggungjawab - lagi stress.
Lagi stress lagi senang mati sebab sakit kronik.
Jalan keluar ialah:
1. Ubah gaya hidup, pemakanan dan fizikal.
2. Bersara/pencen bila cukup masa. Jangan tambah2 lagi keje. Cukup2lah, keje kita tu ramai lagi yang boleh buat. Kita bukan penyelamat dunia bahkan kita yang kena diselamatkan dari Dunia yang penuh tipu daya ni.
Rumah persaraan:
1. Simple
2. Minimalis
3. Praktikal
4. Kos tak membebankan
Dengan fikiran bahawa ini adalah rumah terakhir kat dunia sebelum masuk kubur.
Dibina untuk memudahkan bukan menyusahkan kehidupan yang dah nak akhir kalam.
Bukan untuk menunjuk2 pada orang atau/dan nak masuk pertandingan rumah tercantik.
Semoga Allah SWT bagi ilham terbaik untuk rumah ini. Amin.
Inilah kampung pinggir bandar yang bakal menjadi tempat tinggal ketika bersara, InsyaAllah.
Harapan saya semoga ada AJK Band Kenduri untuk saya terlibat sama.
Mungkin boleh buat studio rakaman untuk band kampung juga. Kita aktifkan sebuah band pencen berkonsepkan garage heavy rock.
--------------
Lepas tu kita santai kat pantai Morib. Kurang 5 minit je dari tapak rumah.
Alasan:
1. Mereka dah duduk bandar dan kerja sejak usia 20an. Dah biasa suasana hiruk pikuk di sini.
Tiba-tiba duduk kampung sunyi sepi. Kemudahan semua jauh. Anak2 jauh. Line internet slow.
2. Kelas agama kat bandar lagi banyak. Ramai ustaz2 duduk bandar. Masjid lebih aktif.
3. Bila dah duduk 10-20 tahun, kawan baik dah ramai. Jiran semua dah kenal. Kat kampung, mereka jadi orang asing walau dulu membesar di kampung tu.
4. Dulu mak ayah masih ada. Sekarang, takde siapa lagi kat kampung. Adik beradik majoriti duduk Lembah Klang. Saudara jauh je ada.
5. Ada yang nak cuba bertani dan ternak binatang. Tapi tak menjadi dan rugi. Sebab tak fit dan takde pengalaman.
Sebenarnya, bagi yang asal kampung dan duduk bandar majoriti ada cita-cita nak kembali ke kampung.
Namun, realitinya tak semua indah seperti diharapkan.
Begitulah.
Sumber: Twitter | Faisal Rahim
Dokumentari menarik di Netflix bertajuk Live to 100: Secrets of the Blue Zones. Baru je tengok Episod 1. Dokumentari mengenai populasi centenary (hidup umur 100 tahun). Populasi kajian - Okinawa, Jepun.
Faktor/budaya yang menyebabkan ramainya golongan centenary di situ adalah:
1. Diet makanan (lebih 90% sumber makanan adalah plant-based).
2. Berhenti makan sebelum kenyang.
3. Keseimbangan badan (duduk atas lantai lebih dari atas kerusi). Aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bercucuk tanam (banyak bongkok, squating etc)
4. Aktiviti sosial - bersembang, main muzik, bersenam etc secara berkumpulan untuk elak rasa keseorangan. Ini contribute hingga 15 tahun umur!
5. Sense of purpose - walaupun umur dah 70, 80, 90, 100 semua ada "sense of purpose" yang merasakan aktiviti yang diorang buat tu beri manfaat kepada orang ramai, walaupun sekadar bercucuk tanam sayuran, volunteering dsbgnya.
https://www.youtube.com/watch?v=it-8MIm29bI
Point 4 dan 5 ni sangat membuka minda. Kebiasaannya kita bila lepas umur pencen, kita dah tak tau nak buat apa. Maka semangat untuk hidup pun takde dan ini contribute kepada mati awal.
Jantung pisang dengan sambal tanpa belacan
Sayuran daun mentah
Cendawan enoki goreng
Sup sayur (kentang, karot, bawang dan tauhu)
100% plant-based!
(Bini masak semua tu)
Layer pertama - Roti lebanon.
Layer kedua - Paste pizza beli kat supermarket.
Layer ketiga - paste bayam dan cendawan buat sendiri (tak nampak dalam gambar sebab 'dimakan' layer paste pizza.
Layer ketiga - cendawan hiris dan paste kacang gajus (paste kacang gajus ni caranya saya pun tak faham, kena tanya bini sebab dia yang buat)
100% plant-based!
Nampak tak tu, Brussel Sprout. Lama mencari, baru jumpa. Mahal juga kalau tak salah bungkusan 200-300gm harganya RM10. Rasanya ada kepahitan. Mungkin kena rebus/steam lagi lama sikit sebab yang ini masih keras dan kepahitannya agak menyerlah. Sos kat tepi tu vegan sos rasanya macam sos tartar, malas nak pegi dapur check haha...
Kat atas tu keledek rebus. Sos pulak black pepper/mushroom. Ada black beans rebus juga tu bersama grilled baby potato. Lain-lain boleh figure out sendiri la ye.
Namun sesiapa yang tak berapa nak target turun berat badan dengan cepat dan mahu jaga pemakanan sihat jangka panjang (seumur hidup), pastinya tak tinggal makan nasi, sekali-kala je skip. Macam saya ;)
Terima kasih kepada wife yang menyediakan juadah sihat ini.
Punca diabetes bukanlah gula.
Gula yang dimakan akan diserap oleh sel otot badan melalui darah. Untuk masuk ke dalam otot, gula perlukan insulin. Insulin adalah kunci pintu kepada otot untuk menerima gula yang dimakan.
Beliau buat perumpamaan, bayangkan kita balik rumah dan kita guna kunci rumah kita untuk buka pintu tapi lubang kunci tersumbat oleh chewing gum.
Jadi dalam kes otot tadi, insulin dah ada tapi rongga nak terima gula tu dah tersumbat. Yang menyebabkan sumbat tu apa?
Lemak.
Lemak yang telah menutup rongga sel otot tersebut.
Lemak tu berasal dari sumber haiwan dan juga minyak yang dimakan.
Jadi apa yang patut dibuat? Jangan makan makanan sumber haiwan. Lemak yang sumbat rongga lama-kelamaan akan mengurang dan rongga terbuka luas kembali. Kunci insulin pun ada, dan gula pun dapatlah diserap masuk ke dalam otot.
Setel masalah dan diabetes boleh dilenyapkan.
Dengar sendiri la. Tak panjang mana pun.
Cuba baca ramuan (ingedients). Jeng jeng jeng... ada gula!
Walaupun kita order milo kosong kat kedai mamak sebab tak mau gula, tapi dalam ramuan dah automatik ada gula.
Padanlah sama je keadaan kesihatan saya ye, walaupun dah potong gula.
Gula memang ada dalam kebanyakan makanan ultra-proses. Walaupun kadang-kadang kat bungkusan tu tulis TANPA gula. Dia boleh tulis gula tu dalam bentuk saintifik. Contohnya seperti di bawah: