Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Rabu, 7 Jun 2023

LANGSUIR live at Southern Metal Fest 6, Bakri Junction Ballroom, Muar, Johor (4 Jun 2023)





































Terima kasih organizer, semua band yang terlibat, kru Langsuir, ahli keluarga, dan paling penting semua supporters tegar yang datang dari jauh & dekat. Harap semua enjoy dan maafkan apa yang kurang. Next...jumpa di Sibu 29 September 2023!

Photo oleh Shahril Khazali & Mr Taib



Selasa, 6 Jun 2023

Lunch 6 Jun 2023

Kombo nasi basmati, sayur mentah dan kari cendawan/kentang


Kari cendawan shiitake dan kentang.



Sayur warna warni. Ada daun hijau, kobis ungu dan nanas. Add sprinkle of salt.



 Digabungkan kesemuanya dalam pinggan. Rasanya.... ummmphhh... terpaksa kawal diri untuk tidak tambah nasi. Tapi ratah lauk je haha...

100% plant-based!

*dah tak tulis hari ke berapa sebab dah tak ingat. 

Snek di ofis

 


Saya cuba rejimkan pemakanan saya.

  • Sarapan 7:00 am
  • Makan tengahari 12:45pm
  • Makan malam sebelum 7:00pm
Selain dari tiga waktu makan di atas, adalah snek.

Saya cuba pastikan snek saya di ofis ialah buah-buahan. Saya beli stok 5 hari. Kalau rasa lapar, atau mengada-ngada lapar, boleh terus makan buah-buahan yang tersedia. Disimpan dalam bilik ofis sebab ini bukan harta wakaf.

Sebelum lunch, snek buah
Sebelum balik ke rumah lepas habis kerja, snek buah.

Sebelum tidur pun, snek buah juga.