Zaman folo politik saya sudah lama berakhir. Kalau orang tanya atau bersembang politik, memang tak dapat nak join sebab apa pun tak tau dah.
Jadi apabila diperkenalkan dengan podcast Keluar Sekejap ni, saya rasa banyak coverage politik tempatan saya dapat dipenuhi. Sekurang-kurangnya, apa yang dirasakan penting oleh pembicara podcast ini, iaitu Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan (SH).
Untuk pengetahuan, KJ telah dipecat dari UMNO dan SH telah digantung keahlian UMNO selama 6 tahun.
Kata kawan saya, bila mereka ni dah kena pecat/gantung dari UMNO, barulah nampak/dengar butir-butir bicara yang elevated. Nampak intelek. Komen dan ulasan mereka berdua juga nampak agak bebas, tidak terikat dengan mana-mana parti, walaupun tidak boleh dielakkan bias yang mungkin dibawa dari pengalaman politik mereka.
Try la dengar.
Podcast mereka boleh didengar dari
Spotify https://open.spotify.com/show/4Eub0ggZzYiAQAAKqNPSod?si=817240f57b8e4166
atau di Youtube https://www.youtube.com/@keluarsekejap
Take note, saya mendengar podcast sekadar untuk dapat update isu-isu politik tempatan. Tidak lebih dari itu.
Juga saya ingin menyarankan agar ahli politik lain buat podcast seperti ini.


