Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Khamis, 10 Ogos 2023

Wahai jantung


Wahai jantung,

Malam tadi kita berdua berjaga

Aku terjaga. Kau memang jaga sentiasa

Aku mendengar degupanmu

Degupanmu, sayup

Meresap ke setiap salur nadiku

Tenang

Ya aku mendengar keluhanmu

Asalnya aku buat tak tahu

Aku tak peduli sikit pun

Sedangkan kau berdegup

Ketika aku jaga mahupun tidur

Tanpa henti

Atas taatmu kepada perintah Tuhanmu

Sekarang aku mula peduli

Keluh kesahmu atas nafsu makanku


Wahai jantung

Terimalah ucapan terima kasihku

Atas khidmatmu

Aku berjanji untuk peduli

Makananku, untukmu

Agar tiada lagi keluh kesahmu dilanjutkan kepada Tuhanmu

Berdeguplah dengan aman

Tanpa lagi keluh kesah.

Seaman malam ini kita berdua seolah-olah tersenyum

Tenanglah Wahai Jantung

Izinkan aku menyambung tidurku

Dengan iringan degupanmu yang syahdu.


- Batara 10/8/2023

Rabu, 9 Ogos 2023

Kenyang dan sedap belum tentu berkhasiat.


Kenyang dan sedap belum tentu berkhasiat.

Tabiat diulang bertahun-tahun maka natijahnya akan muncul penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan kanser.

Generasi saya, bermula umur 40 tahun.

Generasi anak saya, bermula seawal umur 20 tahun.

Generasi mak bapak saya, bermula umur 60 tahun.

Makin jarang kita dengar kematian atas sebab tua. 

Bahkan kematian adalah sebab penyakit yang hinggap (asalnya tiada).

Sekuriti makanan

Radio ikimfm tadi ada syarahan tentang krisis sekuriti makanan.

Faedah yang saya dapat ialah bila kita 

1. belajar makan banyak sayuran, 

2. menjauhi makanan ultraproses dan 

3. masak sendiri (eksperimen ganti nasi dengan kentang, keledek etc); 

maka lebih mudah untuk menghadapi krisis sekuriti makanan.

Krisis sekuriti makanan yang pernah melanda negara kita antaranya; gula, telur, ayam etc. Ia akan berulang dan barangkali jadi lebih buruk lagi di masa hadapan.

Negara pengeksport beras pun sudah menghadkan eksport beras mereka. 

Sekuriti makanan adalah salah satu perkara yang menjadi perhatian PBB. Jika bukan perkara besar, ia tidak akan menjadi perhatian PBB.