Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Isnin, 3 November 2025

Kenapa “Ride the Lightning”?

 


Ride The Lightning sebagai lagu cover terakhir Megadeth

Kita dikejutkan dengan berita Megadeth akan merakamkan lagu Ride the Lightning (Metallica) sebagai lagu bonus track. Lagu ini signifikan kerana ia mempunyai kaitan sejarah dengan pengasas Megadeth, Dave Mustaine. Lagu ini akan rilis bersama dengan album studio terakhir mereka bertajuk Megadeth, yang dijadualkan keluar pada 23 Januari 2026. 

Woooo... atau... Woowwww?

------------

1. Kenapa “Ride the Lightning”?

Beberapa poin penting:

a. Dave Mustaine mempunyai kredit penulisan terhadap “Ride the Lightning” sewaktu beliau masih bersama Metallica sebelum dipecat pada 1983. 

b. Dalam wawancara, Mustaine menyatakan bahawa memilih lagu ini bukan semata-mata nak “buat versi” sahaja, tetapi ia adalah satu usaha untuk menutup bulatan (closing the circle) dalam kerjaya beliau: “it was about completing the circle … us showing what James and I as guitar players did to change the world.” 

c. Dia juga menegaskan ia adalah tindakan penghormatan (respect) terhadap James Hetfield dan Metallica, bukan sekadar balas dendam atau semata-kerana kontroversi. 

d. Versi Megadeth kelak akan mempunyai perubahan: lebih pantas sedikit, dimainkan dalam kunci yang lebih rendah, dan vokal Mustaine melakukan pendekatan berbeza daripada Hetfield dalam versi asal. 

-----------------

2. Apa Makna dan Implikasi Untuk Album & Band

a. Menjadikan “Ride the Lightning” sebagai bonus track pada album terakhir mereka memberi simbolisme kukuh bahawa Megadeth mula daripada akar yang berhubung dengan Metallica (melalui Mustaine) dan kini hendak menamatkan perjalanan dengan satu lagu yang mewakili permulaan tersebut.

b. Ini boleh dilihat sebagai satu jenis reklaim sejarah bagi Mustaine: beliau menulis bahagian lagu itu namun tak punya peluang merakamnya dalam versi asal bersama Metallica, dan sekarang beliau “mempunyai versi sendiri”.

c. Dari perspektif peminat dan muzik: ia membuka ruang untuk melihat bagaimana Megadeth akan mentafsir semula lagu yang sangat ikonik dalam thrash metal – adakah mereka akan mengekalkan struktur asal, atau membawa perubahan besar seperti yang dinyatakan Mustaine.

d. Dari sudut warisan, ini adalah penutup epik: selepas lebih 40 tahun, Megadeth memilih untuk ‘mengakhiri’ pada puncak mindanya sendiri, dengan album terakhir dengan event-besar untuk fans, dan bonus track yang menjadi titik pertemuan antara dua band thrash terbesar dunia. 

--------------------------

3. Beberapa Catatan Teknikal & Lubuk Kritik 

a. Sebagai cover, soal lesen / hak cipta pastinya sudah diuruskan; Mustaine menyebut bahawa Metallica belum mendengar versi tersebut sebelum pengumuman. 

b. Peminat mungkin akan membandingkan versi asal Metallica (1984) dengan versi Megadeth – dari segi tempo, kunci, solo gitar, vokal, produksi – satu perbandingan yang tak dapat dielakkan dan pasti akan berlaku.

c. Ada risiko reaksi: ada peminat yang melihat tindakan ini sebagai penghormatan tulus, namun ada juga yang mungkin skeptikal, “Kenapa Mustaine pilih lagu ini? Adakah sebab lama tersimpan?” Beberapa komen di forum sudah menunjukkan kedua--dua reaksi. 

------------

Sebelum ni pun dah ada, The Four Horsemen vs The Mechanix. Rasanya dah boleh agak DNA Megadeth dalam Ride The Lightning nanti, kan?

Dan saya RASA, bila album ini rilis, lagu pertama yang akan didengar ialah lagu Ride The Lightning, bukan lagu-lagu lain, kan?

Ahad, 2 November 2025

Nebiula 30th Anniversary

 


Nebiula 30th Anniversary malam tadi adalah istimewa dan melihat Langsuir masih ada lagi berdiri. Lagi berapa tahun berdiri? Tak lama.

Sebab itu show anniversary adalah penting haha...

Terima kasih kepada mereka yang datang, dekat dan jauh. Yang datang solo, bersama kawan dan juga keluarga. Terima kasih juga kepada keluarga2 mereka yang hadir kerana memahami minat pasangan anda yang terpaksa membuat perjalanan tersebut. 

Terima kasih kepada Jaie Ramzee Jokhannaz sebagai tonggak show, Max Sayuthi kerana menjadi penasihat teknikal gitar (bersama sound luruh jantung -Kemper Profiler), Goatlordth Records label yang membelakangi aktiviti Langsuir sejak dari Engkar dan band yang perform malam tadi dengan sepenuh hati kerana ia adalah show metal tempatan tonggak tahun 2025 ini.

Kepada mereka yang beramah mesra bersama saya, terima kasih. Segala feedbacks, perkongsian, pandangan, harapan, pujian anda sangat dihargai.

Jumpa lagi pada tahun 2055.

*kredit foto Rozairi Yahya: Keberanian Shah Shijjar naik pentas untuk aksi rasukan saka semasa set Langsuir. Aksi begini tak boleh didapati di Wacken. Sekian terima kasih 😉

Rabu, 29 Oktober 2025

Pembacaan buku The Prize karya Daniel Yergin

 


Pembacaan buku The Prize karya Daniel Yergin ini sudah bawa saya ke m/s 205 yang mana eksplorasi minyak yang bermula di US, kemudian Rusia dan Timur Jauh (Sumatera) sudah sampai ke Timur Tengah.

Perjanjian Garis Merah (Red Line Agreement) tahun 1928. Perkara pertama yang menarik perhatian ialah ketiadaan Isra di atas peta itu. Sebaliknya, kawasan tersebut masih dilabel sebagai “Paltine (British Mandate)” , wilayah di bawah pentadbiran British selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyyah.

Peta ini bukan dilukis untuk bangsa atau negara, tapi untuk minyak. Garis merah itu merangkumi hampir semua kawasan pengeluar minyak utama di Timur Tengah  kecuali Parsi (Iran) dan Kuwait. Syarikat-syarikat minyak Barat bersetuju untuk tidak beroperasi dalam kawasan itu melainkan secara bersama, di bawah Turkish Petroleum Company. Atas kertas nampak seperti kerjasama, tapi hakikatnya penuh dengan perebutan dan tipu helah.

Inilah wajah geopolitik kolonial. Garisan yang dilukis di London dan Paris menentukan nasib negara padang pasir dan suku-suku Arab beribu batu jauhnya. Garis Merah itu kononnya untuk membawa kepada kestabilan, tetapi sebenarnya adalah benih kepada konflik dan perebutan kuasa yang tak selesai sampai ke sudah.

Mereka lukis garisan atas peta je dah boleh ubah dunia. Apa garisan baru yang sedang dilukis hari ini tanpa kita sedar?