Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Selasa, 5 Mei 2026

Wakaf Al-Quran perlu ke tidak?

 


Ada benarnya.

Anak tahfiz pakai satu sepanjang pembelajaran 3-4 tahun tu. Sampai lunyai. Bantuan sebenar yang diminta oleh madrasah/pondok adalah untuk kos binaan infrastruktur, bayar bil letrik/air, sumbangan makan/minum etc. Tak pernah lagi nampak mereka minta sumbangan naskah Al-Quran.

Yang keduanya di surau dan masjid kalian ada nampak tak Al-Quran? Ada banyak kan? Lepas tu tengok lagi sekali, berapa ahli jemaah yang ambil Al-Quran tu dan baca. Naskah yang diambil baca dengan yang tinggal di rak, ratio dia berapa? 1:100? 1:50? 

Nak bagi sumbangan pada madrasah/pondok tahfiz adalah seperti point pertama di atas. Untuk masjid/surau, QR atau selit je duit dalam tabung.

Maaf bang Yuzli Mohd Yusof screenshot. Jangan hantar LOD pada saya

Isnin, 4 Mei 2026

Beli madu tulen?



Setelah digasak oleh salesman Kash Honey (dalam gambar) dengan pelbagai “fakta” yang saya sendiri tak mampu nak sahkan betul atau tidak, akhirnya saya mengalah.

Madu tualang (cerah) dan cengal (gelap) pun saya beli.

Harga kombo RM330.

Keputusan itu, sebenarnya, banyak bergantung kepada kepercayaan.

Antara yang paling “meyakinkan” ialah dakwaan bahawa Kash Honey kerap menyertai program jualan anjuran kerajaan negeri di seluruh Malaysia untuk menjual madu asli (contoh seperti dalam gambar). Selain itu, diberikan juga pelbagai penerangan:

- Cara bezakan madu asli dan tiruan

- Cara makan madu yang “betul”

- Proses mendapatkan madu

- Dan pelbagai lagi “ilmu madu”

Masalahnya, salesman yang mahir memang boleh memberikan sales pitch dan persembahan dengan sangat meyakinkan.


Dan inilah realiti bagi orang yang “terdesak” seperti saya yang betul-betul nak cari madu lebah asli.

Kita beli bukan kerana kita pasti tetapi kerana kita percaya.

Asli atau tidak penyudahnya?

Saya tak tahu. Dan secara praktikalnya, memang sukar untuk saya sahkan.

Jadi sandaran terakhir hanyalah… penjual itu sendiri.

Kalau ada kawan-kawan yang ada maklumat, pengalaman, atau “fakta” yang boleh menyokong atau menyangkal, silakan kongsi. Terutama terhadap madu Kash Honey.

Sebab dalam hal seperti ini,

pengetahuan kolektif mungkin satu-satunya cara untuk kita kurangkan risiko kena kelepet oleh penjual madu yang menipu.

Saya berharap sungguh saya telah membeli madu yang asli. 

*Gerai Kash Honey ini terletak di Centrum Mall, Brinchang.

Ahad, 3 Mei 2026

Madu ori

 Sementara kita dalam viral kelepet ni, dari kelepet bank islamik ke kelepet zakat, satu lagi area kelepet yang patut diberi perhatian ialah...

MADU.

Seriously, orang Islam yang mahu mengamalkan pemakanan madu berada dalam dilema. Sebab, BERLELUASANYA penjualan madu tiruan.

Kerana madu disebut secara terang dalam Al-Quran and Al-Hadith sebagai makanan penyembuhan dan keberkatan.

Syaratnya mestilah madu asli bukan tiruan.

Pemakanan madu adalah anjuran agama Islam. Ia ada nilai agama.

Walaubagaimanapun, spertimana zakat, ia boleh dieksploit secara jahat jika tiada pemantauan.

Apabila melibatkan duit dan kekayaan; tiada beza mafia, kartel, orang awam mahupun orang agama. Semua boleh putih mata.

Yang jadi mangsa sudah tentulah orang Islam jika tidak keseluruhan manusia.

Takde ke badan autoriti nak ambil tanggungjawab?