Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Khamis, 27 November 2025

Maksud Melayu-Mystic Peninsular Tour

Melayu-Mystic Peninsular Tour dinamakan demikian dari awal lagi disebabkan di dalamnya ada dua -  Engkar dan Fitan.

1st leg (sudah berakhir Jan-Nov 2025) untuk Engkar.

2nd leg (baru nak mula Dis 2025-Jun 2026) untuk Fitan.

Selepas itu Langsuir akan berehat lama dari live show. 

Baki show hanya sampai Jun 2026 dan pada lokasi tertentu sahaja.

Jika ada kesempatan, hadirlah. Mungkin ini show terakhir Langsuir bersama anda. Yang lama bersunyi di dalam gua, keluarlah untuk kali terakhir.



Rabu, 26 November 2025

Master Jedi

Banyak nak cerita tapi tak cukup masa. Sikit-sikit dulu.

Master Jedi adalah sebuah lagu yang dicipta semasa saya berada di Australia. Demo untuk Langsuyr sebenarnya, untuk album Bullet. Tetapi tak terpilih. Stok lagu banyak dan saya hanya boleh bagi 4 lagu sahaja (4 lagi dari Azmaniac kemudian dirilis sebagai Bantaigram, cuma semua lirik saya ditukar hehe).

Anyway, Master Jedi ini kemudiannya jadi lagu Gentayangan Bajingan Malam (lirik oleh One Barchiel). Tukar lirik untuk selari dengan konsep album Dirgha Belasungkawa yang lebih dark.

Master Jedi kalau diteliti adalah cerita Star Wars The Empire Strikes Back keseluruhannya. Saya anggap lirik ini antara paling gila pernah saya buat haha... kenapa sesuai dengan Langsuyr? Kerana kita gila dengan Star Wars.



Isnin, 24 November 2025

42 pemimpin Muslim menang dalam pilihan raya Amerika Syarikat



kredit: Fathi Aris Omar

Seramai 42 pemimpin Muslim menang dalam pilihan raya Amerika Syarikat di pelbagai peringkat awal bulan ini, sekali gus mencipta rekod.

Perkembangan bersejarah ini membuktikan pengaruh dan sumbangan masyarakat Islam di negara kuasa besar itu semakin meluas.

Imej Muslim dan agama Islam banyak dicemari peristiwa serangan ke atas menara berkembar WTC New York pada 11 September 2001. 

Tuduhan terhadap penggerak serangan itu menimbulkan rasa takut terhadap Islam walau ada juga yang semakin berminat mengenali agama ini.

Hampir suku abad kemudian, tanggapan negatif terhadap umat Islam nampaknya makin pulih melalui pemilihan kumpulan 42 tokoh ini. 

Yang paling popular Zohran Mamdani yang menang  datuk bandar kota terbesar dan maju New York.

Mereka menang di sekurang-kurangnya sembilan negeri, dari New York dan Virginia hingga Michigan, New Jersey, Maryland, Washington, Ohio, Pennsylvania, dan Carolina Utara.

Jawatan yang dimenangi itu termasuk lima orang datuk bandar, empat penggubal undang-undang negeri, dua hakim, serta puluhan ahli majlis bandar, lembaga sekolah dan pegawai daerah. 

Pencapaian ini cerminkan keluasan dan kedalaman penyertaan Muslim dalam demokrasi Amerika.

Keputusan ini dipantau oleh Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) dan sayapnya CAIR Action. 

Kebetulan pula, arkitek utama "perang terhadap keganasan", bawah presiden George Bush, meninggal dunia pada 3 November.

Dick Cheney perancang utama perang terhadap Iraq dengan alasan wujud senjata pemusnah besar- besaran. Alasan ini kemudiannya didapati palsu. 

Taktiknya memperluas kuasa eksekutif, termasuk benarkan soal siasat yang kontroversial dan desak supaya suspek ditahan di luar proses mahkamah.

Memetik sumber CAIR, Muslim Network TV beri perincian Muslim yang menang seperti berikut:

Datuk bandar: 5 orang 

- Zohran K Mamdani (New York City, NY)

- Abdullah Hammoud (Dearborn, MI)

- Mo Baydoun (Dearborn Heights, MI)

- Faizul Kabir (College Park, MD) 

- Ted Green (East Orange, NJ)

Jawatan negeri dan dewan perundangan: 4 orang 

- Ghazala Hashmi (timbalan gabenor, Virginia)

- Sam Rasoul (Dewan Delegasi Virginia, Daerah 38)

- Atoosa R. Reaser (Dewan Delegasi Virginia, Daerah 27)

-:Al Abdelaziz (Dewan Perhimpunan New Jersey, Daerah 35)

Majlis bandar dan pekan, pesuruhjaya: 20 orang 

- Termasuk ahli majlis beragama Islam yang dipilih di Dearborn, Dearborn Heights, Hamtramck, Minneapolis, Paterson, Bellevue, Hilliard dan Bothell.

Kehakiman dan jawatan daerah: 2 orang 

- Ajmeri Hoque (hakim, Mahkamah Perbandaran Franklin County, Ohio)

- Soma S. Syed (Hakim, Mahkamah Agung Negeri New York)

Pendidikan dan lembaga sekolah: 6 orang

- Dr. Mohammad Alhawawsha, Alisha Khan, Anisa Liban, Kareem Moffett, Habeebah Haqq, dan lain-lain di daerah Ohio dan New Jersey.

Jawatan lain: 3 orang 

- Yusef Salaam (Majlis Bandaraya New York, Daerah 9) 

- Siddiq Kamara (Sherif, Delaware County, Pennsylvania) 

- Hamdi Mohamed (Suruhanjaya Pelabuhan Seattle, Washington)